Kini Trending

Kecil-Kecil Cili Padi, Si Cilik Usia 7 Tahun Hebat Tebar Roti Canai!

862
SHARES

Sebut mengenai roti canai, siapa saja yang tak kenal. Juadah ini merupakan salah satu makanan terkenal yang sedap dinikmati waktu panas ketika bersarapan. Rakyat Malaysia sangat mencintai makanan ini tanpa mengira bangsa.

Walaupun sedap, nak buatnya bukan mudah ya. Perlukan kemahiran yang tinggi dan tak ramai mampu membuatnya jika tidak berlatih terutama untuk menebar roti canai tersebut.

Baca juga: Seramai 456 Bayi Berjaya Diselamatkan, Yayasan OrphanCare Jadi Pelindung Bayi Terbuang

KECIL KECIL CILI PADI, SI CILIK USIA 7 TAHUN HEBAT TEBAR ROTI CANAI

Tambah kagum bila seorang anak kecil perempuan berusia 7 tahun, mampu menebar roti canai dengan jayanya.

Kosmo melaporkan, kanak-kanak ini yang dikenali sebagai Yusra Asna Ruslin, memaparkan kemahirannya itu sebagai penebar roti canai yang hebat melalui satu video yang tular baru-baru ini.

Menurut kanak-kanak itu, dia belajar menebar roti canai daripada ibu bapanya, Ruslin Meli, 45, dan Yuwita Shuib, 35, lebih kurang tiga bulan lalu dan kini sudah mampu menebar antara 50 hingga 60 keping roti canai sehari.

“Saya memang minat tebar roti canai sebab selalu lihat ayah dan mak buat roti canai di kedai makan kami,” katanya kepada Kosmo ketika ditemui di gerai makan keluarga­nya, Uwita Enterprise di Balai Baru.

Menurut beliau pada awalnya, proses menebar roti agak sukar, tetapi lama-kelamaan ia menjadi mudah.

“Saya kemudian beritahu mak dan ayah bahawa saya sudah pandai tebar roti canai dan mahu membantu mereka,” kata anak ketiga daripada empat beradik itu.

Tambahnya lagi, dia mempunyai impian untuk membuka restoran sendiri bersama bapanya suatu hari nanti.

Sementara itu, bapanya, Ruslin berkata, anak perempuannya itu menunjukkan minat untuk mempelajari cara-cara menghasilkan roti canai.

“Mula-mula belajar banyak juga yang rosak, namun Yusra tidak jemu apabila dia banyak belajar dengan ibunya yang juga pandai menebar roti canai.

“Selain itu, ada juga pengunjung termasuk guru sekolah datang memberi sokongan kepada Yusra dan ia memberi keyakinan kepadanya untuk terus belajar,” ujarnya.

Berkongsi lagi bapanya, gerai dibuka bermula pukul 6 pagi hingga 11 pagi setiap hari kecuali Isnin dan Selasa. Mereka menjual pelbagai juadah berasaskan roti canai seperti roti sanggul, roti telur dan roti sardin selain martabak serta nasi lemak daun pisang.

Kami doakan semoga cita-cita adik Yusra dimakbulkan. Semoga berjaya!

VIDEO PENUH:

Sumber: Kosmo

FT Image: Majalah 3

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×