Famili

Ini 6 K-Drama Terbaik 2022 Yang Anda Mungkin Tak Sempat Tonton Lagi, Rugi Tak Layan!

9
SHARES

Demam K-Drama kini, semakin mendapat perhatian masyarakat dunia. Ekoran gelombang K-Drama yang wujud telah membuka jalan dan berjaya mempengaruhi penonton untuk sentiasa menonton drama-drama baru yang dihasilkan.

Justeru itu, penulis ingin bawakan kepada anda senarai enam drama terbaik Korea pada tahun ini yang mungkin anda belum sempat layan lagi. Bukan sahaja elemen cinta yang biasa ditonjolkan dalam jalan cerita, malah penulis telah memilih beberapa drama yang mempunyai latar belakang cerita yang unik dan berbeza dari kebiasaan.

Baca juga: 5 Rancangan Realiti & Hiburan Korea Wajib Tonton Bersama Seisi Keluarga!

DRAMA TERBAIK KOREA TAHUN 2022!

Gambar hiasan: PEXELS/VLADA KARPOVICH – KataData.co.id

Antaranya watak peguam yang mempunyai sindrom Asperger, dunia industri pemakanan, realiti dunia hiburan dan PR, kehidupan seorang genius matematik, realiti pekerjaan sebagai pengkaji cuaca dan pencipta lirik yang mencari jiwa dalam lagunya.

Jom lihat senarai K-Drama di bawah!

SENARAI 6 K-DRAMA TERBAIK 2022

1. EXTRAORDINARY ATTORNEY WOO

Sumber poster: Soompi

Berkisarkan mengenai seorang peguam bernama Woo Young Woo, 27 tahun yang mempunyai sindrom Asperger. Disebabkan oleh IQnya yang tinggi iaitu 164, dia telah menamatkan pengajian di peringkat teratas dalam kelasnya dari Universiti Kebangsaan Seoul yang berprestij untuk kedua-dua kolej dan sekolah undang-undang.

Selain itu, dia juga mempunyai ingatan yang mengagumkan dan proses pemikiran yang kreatif. Walau bagaimanapun, dia mendapati dirinya masih bergelut apabila melibatkan interaksi sosial.

Dapat dilihat bagaimana kebolehan luar biasa peguam Woo menyelesaikan kes-kes di bawah seliaannya, selain berhadapan dengan perasaan cinta yang mekar antara dua watak utama. Apakah individu yang luar biasa ini tidak layak untuk bercinta?

Malah, di dalam drama ini juga menunjukkan pandangan dan diskriminasi masyarakat ke atas individu yang mempunyai ‘keistimewaan’ yang berbeza dari individu normal, sama ada dalam perhubungan dan bidang pekerjaan.

Extraordinary Attorney Woo, dilakonkan oleh pelakon hebat iaitu Park Eun Bin dan Kang Tae Oh sebagai peranan utama.

2. A BUSINESS PROPOSAL

Sumber poster: Soompi

Drama ini dipotretkan sebagai kisah romantik yang ‘cliche’ tetapi telah mendapat tempat di hati peminat KDrama kerana pembawakan karekter para pelakon yang begitu hebat dan jalan ceritanya yang menarik, lucu dan santai selain, penampilan fesyen yang digayakan.

Shin Ha-Ri ialah seorang wanita bujang yang tidak sengaja terpalit dengan perhubungan palsu bersama seorang CEO di tempat kerjanya. Dia yang bersetuju untuk membantu rakan baiknya iaitu Jin Young-Seo, merupakan anak perempuan kepada keluarga chaebol untuk menggantikan dan merosakkan janji temu jodoh yang telah diaturkan oleh dua buah keluarga kaya itu.

Apabila dia bertemu pasangan temu janjinya itu, Shin Ha-Ri  berasa terkejut kerana Kang Tae-Mu adalah seorang CEO di syarikat tempat dia bekerja. Kang Tae-Mu ialah CEO di sebuah syarikat yang diasaskan oleh datuknya. Perwatakannya seorang yang gila kerja membuatkan dia berasa marah apabila datuknya menetapkan janji temu jodoh untuk dia kerana telah menggangu masa kerja.

Justeru itu, dia memutuskan untuk berkahwin dengan wanita seterusnya yang dia temui pada janji temu supaya dia tidak akan diganggu dari kerjanya lagi. Wanita itu ialah Shin Ha-Ri, yang menyamar sebagai Jin Young-Seo.

Business Proposal telah dilakonkan oleh pelakon versatil Kim Se Jeong dan Ahn Hyo Seop sebagai peranan utama di samping, Seol In Ah dan Kim Min Kyoo sebagai watak kedua.

3. SH**TING STARS

Sumber poster: Soompi

Drama ini berkisar tentang individu yang bekerja di belakang tabir di dalam industri hiburan seperti pasukan perhubungan awam (PR), pengurus dan wartawan yang membersihkan kekacauan yang dicipta oleh seorang bintang terkenal.

Ia mengisahkan tentang Oh Han Byul yang merupakan ketua pasukan PR di sebuah agensi hiburan dan bintang terkenal yang memiliki kehidupan sempurna iaitu Gong Tae Sung, yang juga musuh semula jadinya.

Dua karakter utama ini boleh diibaratkan, “bagai anjing dengan kucing” yang selalu bertengkar sepanjang masa apabila bertemu. Namun apakan daya perasaan itu tidak boleh dikawal dan dipaksa kerana dari benci telah bertukar menjadi sayang antara satu sama lain.

Menariknya drama ini, masyarakat dapat melihat bagaimana dunia sebenar industri hiburan berkerja, terutama pasukan PR dalam mengawal berita gosip dan skandal selebriti di bawah naungan syarikat mereka.

Selain itu, bagaimana kehidupan realiti sebagai seorang selebriti yang sentiasa tingkah lakunya diawasi sehingga peminat tegar sanggup melakukan apa sahaja untuk mendekati idola mereka. Rupanya, dunia glamor ini tidaklah seindah seperti yang digambarkan.

Peranan utama dimainkan oleh pelakon hebat iaitu Lee Seong Kyong dan Kim Young Dae. Selain itu terdapat juga pelakon-penyanyi yang berbakat seperti Lee Jeong Shin (CNBLUE), Park Seo Jin (Girl’s Day), Lee Seung Hyeob (N.Flying) dan ramai lagi.

4. CRAZY LOVE

Sumber poster: Soompi

Crazy Love merupakan kisah antara seorang lelaki genius dalam bidang matematik yang memiliki syarikat berteraskan bidang pendidikan bersama seorang setiausaha rajin yang satu-satunya mampu bertahan berkerja bersamanya dalam tempoh yang lama.

No Go Jin ialah seorang pengajar matematik yang sangat popular dalam bidang pendidikan swasta dan beliau ialah Ketua Pegawai Eksekutif GOTOP Education. Walaupun hanya berpendidikan peringkat sekolah menengah, dia telah mencapai semua kejayaannya kerana kepintarannya yang luar biasa.

Dia kelihatan seperti seorang lelaki yang sempurna dengan penampilan yang kacak, IQ yang tinggi, dan kekayaan selain mempunyai sifat narsis. Dalam pada itu, kehebatan yang terlihat tidak bermakna kehidupannya indah belaka kerana memiliki rahsia yang disimpan sendirian, di mana dia berdepan amaran bahawa dirinya akan dibunuh.

Lee Shin A pula bekerja sebagai setiausaha No Go Jin adalah pekerja yang sangat penyabar, berdedikasi dan bertanggungjawab. Disebabkan keperibadiannya yang pendiam dan introvert, kewujudannya bagai tidak terlihat oleh bosnya dan rakan sekerjanya.

Rakan sekerjanya mula mengenalinya, kerana dia telah bekerja untuk No Go Jin yang terkenal selama lebih dari 1 tahun. Kemudian, dia mendapati bahawa dia tidak mempunyai banyak masa lagi untuk hidup.

Apa yang sebenarnya akan berlaku? Bagaimana pula hubungan CEO dan setiausahanya adakah sekadar rakan sekerja atau lebih dari itu? Jangan lupa saksikan drama Crazy Love yang dibintangi oleh peran utama Kim Jae Wook dan Krsytal Jeong, selain dibintangi Yoon San Ha (ASTRO).

5. FORECASTING LOVE & WEATHER

Sumber poster: Soompi

Drama ini merupakan sebuah drama yang unik dan jarang diterbitkan di kaca televisyen kerana berlatar belakang pekerjaan dan kehidupan cinta mereka yang bekerja di Pentadbiran Meteorologi Korea iaitu perkhidmatan ramalan cuaca negara Korea. Dilakonkan oleh Park Min Yeon dan Song Kang.

Jin Ha Kyung ialah seorang wanita yang bijak dan bersifat teratur, di mana melakukan segala-galanya mengikut buku dan sangat tegas dalam memisahkan kehidupan peribadi dan profesionalnya. Disebabkan sikapnya yang dingin, dia mempunyai beberapa kawan di tempat kerja dan telah menjadi “outsider by choice”.

Lee Shi Woo pula adalah lelaki bersemangat bebas yang sentiasa berfikir di luar kotak. Walaupun dia kelihatan tidak teratur, tetapi jejaka tampan ini mempunyai IQ yang mengagumkan sebanyak 150. Walau bagaimanapun, di sebalik kecerdasan dan kebolehannya, dia lebih mementingkan cuaca sehingga menjadikan dia tidak cekap dalam perhubungan cinta.

Menariknya drama ini, bukan sahaja memaparkan kisah romantik antara dua watak utama malah, perhubungan antara watak-watak sampingan juga ditunjukkan. Dapat dilihat tindakan yang diambil setiap pasangan dalam menyelesaikan konflik hubungan yang mereka hadapi dalam mencapai keharmonian.

Malah, penonton turut disajikan dengan realiti kehidupan dunia pekerjaan di pusat ramalan cuaca. Bagaimana pihak pengkaji cuaca berkongsi fakta ramalan cuaca kepada orang awam dan menangani krisis masyarakat yang terjejas sektor pekerjaan akibat cuaca.

Pada masa sama, langkah dan pengorbanan yang diambil pekerja di pusat ramalan cuaca bagi mengurangkan rakyat berasa bimbang dan negara menjadi kucar-kacir sekiranya bakal berlaku bencana alam.

6. SOUNDTRACK #1

Sumber poster: Soompi

Soundtrack #1 adalah kisah seorang wanita yang bekerja sebagai penulis lirik dan teman baiknya seorang jurugambar yang kacak. Sahabat ini telah berkawan selama dua dekad, namun dalam tempoh hanya dua minggu hidup bersama telah mengaburkan garis halus antara cinta dan persahabatan.

Han Sun Woo ialah seorang jurugambar baru yang kacak dengan personaliti yang mesra, manakala Seo Eun Soo seorang yang ceria, berterus terang dan jujur ​​yang meluahkan perasaannya secara terbuka.

Tiga tahun lalu, Eun Soo telah merebut peluang untuk menjadi seorang penulis lirik. Ekoran lagu cinta yang ditulisnya kurang mempunyai ‘rasa’ dia berasa tertekan sehingga meminta bantuan Sun Woo untuk membantunya supaya dapat mencari jiwa dalam lagu-lagu yang dicipta.

Maka, idea tinggal bersama menjadi realiti untuk membantu Eun Soo merasai sendiri perasaan dan pengalaman seperti kehidupan pasangan bercinta yang tinggal serumah. Namun, tanpa Eun Soo ketahui sebenarnya, Sun Woo telah lama menaruh hati kepadanya.

Oleh kerana hubungan persahabatan yang telah lama terbina, membuatkan jejaka itu berasa khuatir untuk meluahkan perasaan.  Adakah Seo Eun Soo juga tidak mempunyai sedikit perasaan cinta sebagai pasangan kekasih terhadap rakan baiknya itu? Jangan lupa saksikan drama ini yang dibintangi oleh pelakon hebat Han So Hee dan Park Hyung Sik.

Haa, anda nak start tengok drama yang mana satu dahulu?

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×