Penyakit kayap ini juga digelar sebagai ‘shingles’ dalam Bahasa Inggeris dan berpunca daripada virus dipanggil ‘varicella zoster’. Virus ini juga merupakan penyebab kepada penyakit cacar air (chicken pox).Dalam kepercayaan masyarakat tempatan, ramai yang percaya bahawa sekiranya ruam kayap ini bertemu mengelilingi badan akan membawa maut, tetapi sebenarnya kepercayaan ini adalah salah dan penyakit ini jarang menyebabkan kematian.
Antara salah sayu jenis kayap yang seringkali dikaitkan dnegan mitos boleh membawa maut adalah kayap ular. Mungkin namanya agak mengerikan, namun ini adalah penjelasan dari pakar tentang penyakit ini yang sebenarnya perlu mendapat rawatan rapi.
BETUL KE KAYAP ULAR BOLEH BAWA MAUT?
Penyakit kayap ini diakibatkan oleh pengaktifan semula virus ‘varicella zoster’ yang juga merupakan punca penyakit cacar air. Sesiapa yang pernah menghidap penyakit cacar berkemungkinan untuk mendapat kayap pada masa hadapan.
KENAPA PANGGIL KAYAP ULAR?
Menurut pakar, kayap ini dipanggil kayap ular kerana ia akan menjangkiti saraf di sepanjang laluan (dermatome) saraf tersebut. Apa yang anda perlu perhatikan adalah, anda akan rasa pedih dan membakar di sepanjang jalur saraf tersebut sebelum naik lepuhan air.
Antara komplikasi kayap adalah:
Menurut pakar lagi, penyakit kayap ini boleh menyebabkan kematian jika terdapat komplikasi ekoran sistem imuniti badan yang lemah, bukan disebabkan lingkaran kayap. Jadi apa yang lebih penting adalah sekiranya berlakunya kayap ular atau apa sahaja jenis kayap sekalipun, pastikan anda dapatkan rawatan dengan segera supaya tidak mudarat.
Sumber: Dr.Kamarul Ariffin