Rakyat

Kanak-Kanak Usia 2 Tahun Cetus Kluster Baharu Di Sabah, 134 Positif

137
SHARES

Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 67 kematian dalam kalangan kanak-kanak akibat COVID-19 sejak Januari lalu hingga semalam, berbanding enam kematian pada 2020.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, statistik itu menunjukkan peningkatan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak di negara ini agak membimbangkan.

Baca juga: Belum Divaksinasi Punca Jangkitan Covid-19 Terhadap Kanak-Kanak Meningkat – Pakar

KANAK-KANAK BERUSIA 2 TAHUN CETUS KLUSTER LUNGKIDAU

Menerusi laporan Harian Metro, seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang  dijangkiti Covid-19 hasil saringan pra-kemasukan wad mencetuskan satu lagi kluster baharu di Sabah dikenali sebagai Kluster Lungkidau.

Bapa kes indeks juga turut disahkan positif Covid-19 hasil saringan pengiring kemasukan wad pada hari yang sama. Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, kluster yang dikenal pasti di daerah Ranau itu adalah jenis komuniti.

“Siasatan awal mendapati bapa kepada kes indeks mempunyai rekod menghadiri mesyuarat dan gotong-royong membersihkan lot tanah penanaman sawit di Mukim Paginatan.

“Siasatan lanjut mendapati terdapat beberapa aktiviti yang membabitkan perkumpulan orang, selain mesyuarat dan aktiviti gotong-royong.

“Saringan kontak rapat dijalankan mulai 7 hingga 20 September lalu membabitkan 177 orang dan 134 daripadanya dikesan positif termasuk tujuh kes baharu,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Sehingga kini, jumlah pesakit Covid-19 di Sabah masih kekal empat angka dan semalam mencatatkan 1,291 kes.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×