Famili

Kanak-Kanak Ini Hampir Buta Akibat Dijangkiti Covid-19, Awas!

32
SHARES

Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun terpaksa menyambut Hari Krismas di hospital, setelah mendapati dia hampir buta akibat jangkitan mata selepas dijangkiti Covid-19, lapor BBC hari ini.

Zac Morey, dari Bristol mula mengadu sakit pada mata 22 Disember lalu dan ibunya, Angela Morey menganggap ianya adalah hal biasa.

Baca juga: [TERKINI] Kerajaan Beri Dua Pilihan Kuarantin Kepada Jemaah Umrah

KANAK-KANAK INI HAMPIR BUTA AKIBAT DIJANGKITI COVID-19

Apabila ianya bertambah buruk, ibu kepada lima anak itu telah berunding dengan doktornya sebelum dirujuk ke Hospital Mata Bristol yang mendiagnosis anaknya menghidap selulitis orbital iaitu jangkitan kuman pada soket mata.

Pihak hospital memberikan antibiotik dan krim sebelum Zac dibawa pulang ke rumah.

Apabila tiada sebarang tanda-tanda perubahan baik, keluarga itu rujuk ke Bristol Royal Hospital for Children pada malam Krismas dan Zac ditahan wad.

Menurut laporan BBC, seluruh keluarganya telah dijangkiti Covid-19 pada 16 Disember lalu dan mereka terus mengambil langkah mengasingkan diri bersama-sama mengikut garis panduan kerajaan.

Tambah Angela lagi, kini Zac telah pulih sepenuhnya selepas menerima antibiotik intravena. Baginya, keseluruhan pengalaman itu sangat mengerikan dan menyedihkan ianya berlaku sewaktu Krismas.

Sumber: BBC

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×