Didik

Kak Ros Kahwin, Melahirkan Dan Menyusukan Anak? Ini Sebab Ibubapa Wajib Pantau Anak Tengok Youtube

40
SHARES

Anak ketagih gajet pun dah mula merisaukan kita, inikan pula apabila anak ketagih gajet dan ketagih untuk menonton video di Youtube. Risau juga apa yang selalu ditengoknya kerana seperti yang kita tahu, banyak video-video di Youtube ini mungkin akan memberikan pengaruh yang buruk kepada anak-anak jika tidak dapat dikawal. Bahaya tu!

BAHAYA ANAK ANAK TENGOK YOUTUBE TANPA KAWALAN

Mulai hari ini aku haramkan anak anak aku tonton youtube. Lepas raya ni dah dua kali aku dapat detect anak aku tengok benda pelik yang tak sepatut dilihat pada usia kanak kanak. Ada manusia tak guna di luar sana yang mengambil kesempatan.Aku tak pasti apa matlamat mereka.Nak bagi view mencecah ribuan atau memang ada agenda merosakkan pemikiran budak budak.

www.facebook.com/photo.php

Bahaya youtube bila ruang search dah jadi autosearch dan autoplay. Kita sangka budak budak tengah tengok upin ipin tapi mereka dah dibawa ke channel lain.Benda ni dah berlaku masa Frozen tengah top. Sekarang upin ipin dan boboiboy pulak. Cuti raya dulu aku kesan anak aku perempuan tengah tengok video budak budak lelaki bersunat.Budak budak yang naif bukan tahu apa apa. Aku mengamuk dan bagi last warning. Hari ini pula tengok kak ros tengah beranak. Hangin betul aku.

www.facebook.com/photo.php

www.facebook.com/photo.php

www.facebook.com/photo.php

BILA ‘AUTOPLAY’, RUPA-RUPANYA…

Bila autoplay..walaupun budak budak taip upin ipin..video akan ditayang berterusan jadi channel yang banyak view akan turut masuk dalam waitng list. Budak budak ni akan klik sahaja dan algorithma youtube akan bawak banyak lagi video video dari channel lain yang makin deep. Nak kata apa yang ditaip tu keluar sebab history..aku jarang guna phone tu bukak youtube. Karang kata aku yang selalu tengok benda pelik pulak.

www.facebook.com/photo.php

Ada channel yang jahat ni dari negara seberang..mungkin ini salah satu agenda jahat sebab upin ipin ni terkenal sampai ke sana.Benda ni jadi top dekat list sebab jumlah view dan populariti video tersebut.Aku lampirkan gambar kat bawah dan korang nilai sendiri.

IBUBAPA KENA ‘ALERT’

http://www.oydad.com/

Jadi aku harap parent kena aware dengan benda benda macam ni.Budak budak tak salah dan depa tak tahu apa apa.Cuma yang kita risau akibat terdedah kepada benda benda pelik nanti mereka akan pergi ke fasa ‘mencuba’ pulak. Ngeri beb.So aku kena buat decision yang bersifat kuno dan konservatif serta anti establishment…no more Youtube for kids.Mungkin kena cari alternatif macam kindle.Nak block pun depa letak tajuk yang kita tak sangka.

*Mohon sebarkan supaya ibubapa aware dan jenguk jenguk bila tengok anak anak syok layan youtube tu.

Sumber: Cikgu Zahran

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×