Famili

Kajian Buktikan Lelaki Rajin Buat Kerja Rumah Ada Akal Yang Lebih Bijak

1.1K
SHARES

Perhatian untuk kaum wanita semua, jika pasangan anda merupakan seorang yang rajin buat kerja rumah ini bermakna mereka tergolong dalam kalangan orang yang mempunyai EQ yang tinggi! Menurut kajian, lelaki yang cenderung membantu pasangan dengan hal-hal di rumah akan menjadi lebih sihat dan bahagia!

KAJIAN: LELAKI RAJIN BUAT KERJA RUMAH LEBIH BIJAK

Menurut kajian oleh Dr. Huang Wei Li daripada Taiwan, lelaki yang rajin melakukan kerja rumah akan mendapat 3 manfaat ini, iaitu tinggi EQ, badan yang sihat serta kehidupan yang lebih baik.

Manfaat ini dapat dilihat melalui kecekapan mereka dalam menyelesaikan tugas. Apabila mereka pulang dari kerja dan terus membantu dengan kerja rumah, ini bermakna mereka hebat untuk mengaturkan masa untuk tugas yang berbeza dan menyelesaikannya.

Tambah lagi, lelaki yang rajin mengemas rumah tahu bagaimana untuk meredakan tekanan dan mengelakkan dari menggunakan emosi dalam apa-apa keadaan. Mereka juga mempunyai kehidupan yang baik kerana banyak meluangkan masa di rumah bersama keluarga.

Dr. Huang juga menerangkan bahawa membasuh pakaian, membersihkan lantai, menyediakan hidangan merupakan semua bentuk latihan dan sangat baik untuk dilakukan terutama selepas makan malam.

Antara kelebihan lelaki membantu isteri membuat kerja rumah adalah:

1. Mereka lebih empati terhadap pasangan dan keluarga mereka yang akan memberi manfaat dalam jangka masa panjang. Hal ini dapat membantu membina hubungan yang berpanjangan dan bahagia.

2. Suami yang tidak keberatan berkongsi kerja rumah dengan pasangan menjadi semakin bijak mengawal emosi.

3. Menjaga rumah dengan adil dan mempunyai gaya hidup sihat kerana mereka banyak menghabiskan masa di rumah berbanding luar.

*Jadi, suami anda rajin buat kerja rumah tak?

Sumber : Goodtimes

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×