Suami Isteri

7 Sebab Kenapa Kahwin Muda Itu Indah. Biar Awal, Elak Zina!

18
SHARES
Kahwin muda itu indah

Jangan salah anggap, kahwin muda itu maksudnya kahwin awal. Bukannya kahwin perempuan muda!

Ramai pasangan muda yang takut nak berkahwin awal. Yang dah berusia pula takut sebab belum kahwin-kahwin. Pokoknya sekarang, selagi jodoh belum sampai, maka belumlah kahwinnya. Tapi bagi yang dah cukup syarat, mampu dan merancang untuk berumahtangga di usia muda, anda perlu tahu apa kelebihan yang anda dapat nanti.

Kahwin muda itu indah

  1. Kongsi hidup susah – Kata orang, 5 tahun pertama perkahwinan adalah zaman menempuh kesusahan. Baru-baru nak menyewa rumah. Baru-baru nak membayar bil. Baru-baru nak belajar buat kad kredit. Tambahan bila dah punya anak.Fasa ni adalah fasa yang cukup menguji. Kadang-kadang terpaksa catu duit untuk pastikan famili boleh survive sampai hari gaji seterusnya. Tapi selepas fasa ini berlalu, itulah memori manis yang nak dikenang-kenang. Pasangan akan lebih menghargai pasangannya kerana sanggup sama-sama makan nasi lauk kicap.
  2. Belajar selok-belok alam rumahtangga – Kalau dah nama kahwin, nak tak nak si isteri mesti kena masak. Paling sendu pun goreng sardin atau goreng nasi. Muda-muda dah mula belajar masak, masuk umur 25 tahun dah expert semua jenis lauk.Campak saja apa-apa bahan atas meja dapur, isteri anda akan buat magik dalam masa sejam. Suami muda cepat gemuk itu perkara biasa.  Bagi suami muda, waktu ni lah nak belajar pergi pasar basah. Kenal jenis-jenis ikan. Tak adalah dalam kamus hidup tu kenal ikan bilis dan ikan jerung saja. Suami juga kena tahu nak order gas kalau habis, nak betulkan switch box bila ada trip, bayar bil, dan lain-lain.
  3. Kumpul pahala ibadah – BerWhatsapp rindu-dendam-lautan-api-sanggup-kurenangi hari-hari pun tak apa sebab dah dikira pahala. Pegang tangan isteri/suami pun sudah gugur dosa. Pandang muka suami pun dapat pahala, tak kiralah suami handsome level berapa pun.Lagi cepat kahwin, lagi panjang tempoh untuk kumpul pahala. Jadikan solat berjemaah, tadarus dan halaqah antara suami-isteri sebagai amalan. Dah tua baru nak mula, baca surah pun dah ingat-ingat-lupa.
  4. Fokus – Kalau masa bercinta susah nak fokus pada pelajaran atau kerja sebab asyik dok Whatsapp dan call buah hati, usahakanlah untuk berkahwin lebih awal.Kalau kerja tak boleh fokus pun dah bahaya, macam mana pula kalau solat pun tak boleh fokus? Tengah sujud tiba-tiba dengar handphone masuk mesej, terus terdetik “Girlfriend aku kot tu?” Aci?
  5. Zuriat – Salah satu antara tiga perkara yang membantu kita di alam lain kelak adalah doa anak yang soleh. Mungkin amalan kita di dunia tak banyak.Banyak pun entah banyak mana pula yang diterima Allah. Sedekah pula mungkin tak cukup. Bagi pasangan berkahwin muda, peluang untuk melahirkan, membesarkan dan mendidik anak adalah lebih cerah dan tempoh juga lebih panjang.
  6. Teman bergaduh – Bukanlah bergaduh style terajang-perut-hentak-kepala tu. Ini gaduh-gaduh manja. Teman berbual, teman ketawa, dan teman berkongsi cerita. Kalau suami atau isteri ada masalah, boleh share dengan pasangan.Tak adalah nanti stress sendiri atau tertekan. Pasangan pun boleh beri kata-kata nasihat dan semangat. Kalau dah berumahtangga, kongsilah perasaan dengan pasangan. Bukan dengan rakan sepejabat, apatah lagi suami/isteri orang lain. Bahaya!
  7. Masa tua yang senang – Bila dapat zuriat awal, maka cepatlah mereka membesar. Pasangan suami isteri yang cecah 40 tahun, anak semua dah besar-besar. Sebelum pencen pun anak-anak dah mula kerja sendiri. Jadi mudah untuk pasangan suami isteri fokus kepada waktu tua pula.Nak kumpul harta, ibadah, atau habiskan masa bersama anak-anak pun mudah sebab badan masih kuat dan larat. Dapat duit pencen atau gratuiti, boleh joli sakan dengan isteri. Bila lagi, ye tak?

 

Kahwin muda itu indah

Foto Kredit: ikahwin.my

Bagi yang belum mampu, tak perlulah paksa diri untuk kahwin muda sebab tanggungjawabnya besar. Persiapkan diri dahulu dan kalau sudah bersedia, insyaAllah dipermudahkan.

Selamat berkahwin!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×