Hebahan

Kad Aktiviti Pintar Dutch Lady Tingkat Pembelajaran Kanak-Kanak

Selangor – Dutch Lady Malaysia telah melancarkan satu siri kad aktiviti pintar yang direka khas untuk merangsang minda kanak-kanak sambil menggalakkan pembelajaran mengikut tahap perkembangan mereka.

dutch-lady-anak-bijak-2

Kad ini dihasilkan sejajar dengan Dutch Lady Nutri Pelan dengan 5X DHA, iaitu susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang dihasilkan berdasarkan tahap perkembangan tubuh badan dan keperluan perkembangan mental mereka.

Direka untuk setiap tahap perkembangan si manja, siri kad aktiviti pintar ini membantu kanak-kanak melalui 2 cara utama iaitu pertama dengan memperkenalkan kosa kata yang diperlukan untuk menggambarkan haiwan, ciri-cirinya dan persekitaran habitat haiwan. Kad ini boleh meningkatkan kemahiran kanak-kanak dari segi bahasa dan ekspresi.

Print

Kedua, kad ini memberikan idea untuk menjalani aktiviti yang akan menggalakkan kanak-kanak untuk bertanya soalan, gemar meneroka, menjadi kreatif dan menyerap lebih banyak pengetahuan.

Sementara si manja mendapatkan nutrisi dan alat bantuan pembelajaran untuk tahap perkembangannya, kempen Anak Bijak, Mak Menang yang bermula dar 1 November hingga 31 Disember 2015 memberi peluang kepada ibu bapa untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM500,00. Dengan mengumpul kad aktiviti melalui setiap pembelian susu tepung rumusan Dutch Lady yang dirumuskan untuk kanak-kanak, setiap pengguna berpeluang untuk memenangi wang tunai antara RM50 hingga RM5,000 setiap minggu sepanjang tempoh promosi.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila layari www.smartmoments.com.my

“Dutch Lady berharap memberi ganjaran kepada ibu bapa yang setia bersama kami dengan menyediakan alat pembelajaran berfaedah agar mereka boleh menggunakannya dengan mudah demi meningkatkan dan memperkayakan pengalaman pembelajaran anak-anak mereka dan kami telah mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan pakar perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak dalam mencipta koleksi kad ini yang akan diberikan secara percuma dengan setiap pek susu tepung Dutch Lady yang dirumus khas untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun ke atas”.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×