40 Minggu

Jururawat Kongsi Langkah Yang Betul Untuk Buat Buku Pink Kalau Tak Nak ‘Late Booking’

1.4K
SHARES

Kehadiran cahaya mata sememangnya ditunggu-tunggu bagi setiap pasangan yang berkahwin. Lagi-lagi bagi mereka yang sudah menunggu lama untuk mendapatkan zuriat, pastinya teruja kan bila disahkan hamil?

Dalam pada anda teruja, jangan lupa untuk buat buku pink ya! Bagi anda ibu-ibu muda yang kali pertama bakal melahirkan cahaya mata, anda perlu tahu langkah-langkah yang betul untuk membuat buku pink ini. Nak tahu? Jom semak perkongsian oleh seorang jururawat, Lara Marina.

Buat buku pink sebelum kandungan memasuki 12 minggu

Foto: Kodok Info

Perkara paling penting sekali, anda perlu kenalpasti dahulu klinik kerajaan yang dikenali sebagai Klinik Kesihatan Ibu & Anak atau KKIA berdekatan anda ya! Di klinik inilah anda akan mendapatkan pemeriksaan sebelum bersalin dan pemeriksaan pertama pada fasa awal kehamilan.

Untuk pengetahuan anda, buku pink perlu dibuat eeloknya sebelum kandungan memasuki 12 minggu. Jika tidak ia akan dikira sebagai ‘late booking’.

Tidak kiralah anda merancang untuk bersalin di hospital kerajaan atau swasta, anda boleh mendaftar dan menghadiri pemeriksaan berkala di KKIA yang berhampiran. Waktu operasi dan hari pendaftaran berbeza antara klinik, jadi lebih baik menghubungi dahulu klinik untuk mendapatkan kepastian.

Foto: Astro Awani

Dokumen yang perlu dibawa

Apa yang perlu anda bawa semasa datang untuk pemeriksaan pranatal? Untuk kali pertama datang ke KKIA, anda perlu membawa dokumen seperti 

  • Kad pengenalan
  • Salinan kad pengenalan suami atau sijil nikah (ibu tunggal tidak perlu)
  • Bil api atau ari terkini untuk mengesahkan alamat rumah anda
  • Surat rujukan daripada doktor atau klinik lain (jika ada)

Kemudian anda akan diberi buku pranatal (juga dikenali sebagai buku PINK atau buku MERAH) yang merekodkan sejarah kehamilan anda termasuk tarikh temujanji antenatal di KKIA dan hospital kerajaan atau swasta.

Foto: Facebook

Sebagai pesakit baru, pendaftaran adalah PERCUMA bagi warganegara dan anda mungkin perlu membayar pendaftaran sebanyak RM5 jika kes dirujuk kepada Pakar.

Langkah-langkah ketika membuat pemeriksaan

1. Tinggi dan berat anda akan diukur

Jururawat akan bertanya soalan berkaitan kesihatan anda. Ini termasuk soalan rutin mengenai haid anda yang terakhir serta sejarah keluarga berkaitan penyakit-penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.

2. Tarikh dijangka bersalin (EDD)

Tarikh dijangka bersalin (EDD) akan dikira berdasarkan tarikh haid terakhir anda (HARI PERTAMA BULAN TERAKHIR).

3. Ujian air kencing

Anda juga perlu menjalani ujian air kencing untuk memeriksa kandungan protein dan gula dalam urine dan anda mungkin diberi suntikan kancing gigi.

4. Suplement

Sebelum pulang, anda akan dibekalkan dengan suplement pranatal seperti vitamin C, vitamin B kompleks, asid folik dan zat besi.

5. Temu janji seterusnya

Temu janji untuk seterusnya akan dijadualkan dan direkod dalam buku pranatal untuk rujukan anda.

** Pesakit bertanggungjawab untuk tetap pada satu klinik sahaja, dan mengikut temu janji dan rujukan yang diberi oleh KKIA. Anda juga dinasihatkan supaya tidak terlepas temu janji atau menukar tarikh temu janji kerana ini akan merumitkan pihak pentadbiran.

Jangan tunggu lama-lama untuk membuat buku pink ya!

Sumber: Lara Marina

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×