Tidak kira zaman, ilmu hitam atau sihir masih lagi dipercayai oleh segelintir individu. Sihir adalah ilmu berkaitan perbuatan halus melalui pertolongan makhluk ghaib untuk menyakiti, memudaratkan atau mengelirukan manusia. Sihir sering digunakan dengan niat jahat kerana hasad dengki dengan kejayaan atau kehidupan seseorang.
Antara situasi yang sering dikaitkan dengan sihir ialah apabila penemuan ayam mati di hadapan rumah, kain kuning dan juga telur.
Baca juga: Perangai Ibu Bapa Mengumpat Anak Sendiri Ibarat ‘Makan Daging’ Mereka…
JUMPA TELUR TAK PECAH DI HALAMAN RUMAH, INI CARA BUANG
Menerusi satu perkongsian pengguna Facebook bernama Raihana Mohammad Fauzi, dia menceritakan pengalamannya menjumpai satu biji telur ayam yang masih elok dan tidak pecah. Menurutnya, tidak mungkin ayam bertelur di dalam halaman rumah kerana rumahnya mempunyai tembok pagar yang tinggi.
Cerita dia. Pagi tadi, jumpa telur seketul dalam longkang dalam pagar rumah. Dia sebiji je dekat situ. Siap elok lagi tak pecah. Memang telur ayam, bukan ular bukan biawak. Dekat sini ada je ayam hutan belakang dok masuk tapi sejak buat tiny house jarang ayam masuk pun sebab tembok tinggi. Kalau ada pun dulu ayam-ayam tu masuk bertelur kat pasu bunga dan celah-celah pokok gelap.
Pelik kann, tiba-tiba je telur elok tengah tu tak pecah pula tu. Dulu dah la pernah jumpa kain perempuan dekat tangga pintu tu. Seluar dalam laki la apa la dalam kawasan rumah.
CARA BUANG SIHIR YANG ORANG HANTAR
So dah tanya ustaz, dia cakap jangan sentuh. Ada cara-cara dia nak buang telur tu tapi kalau boleh jangan langkah /pegang sebab takut-takut orang letak sihir/ ilmu hitam ke apa.
Cara:
– ambil air panas dan letak dalam baldi
– baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali atau 11 kali
– selawat ke atas Nabi Muhammad 21 kali atau 11 kali
– dah habis baca,niat semoga dengan berkat bismillah dan berkat selawat keatas Nabi yang dibaca baca ni dapat mematikan apa yang tak baik pada telur (apa-apa barang yang kita jumpa) dengan izin Allah
– siram dekat telur tu.
– Ambil apa-apa berlapik angkat telur tu buang dalam tong sampah /buang la jauh-jauh..(jangan pegang dengan tangan)
*Jumpa benda pelik-pelik tolong jangan ambil dengan tangan
Sumber: Facebook Raihana Mohammad Fauzi