“Anak balik kelas mengaji petang nanti nak masak apa eh untuk minum petang ?”
Selain juadah sarapan, makan tengahari dan makan malam, juadah minum petang juga merupakan antara waktu yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak. Maklumlah, selesai sahaja kelas tambahan atau kelas mengaji perut pun akan berasa lapar sementara mahu menunggu waktu makan malam. Oleh itu, ini adalah antara 5 idea yang anda boleh cuba untuk dijadikan santapan minum petang anak-anak.
1. Lempeng pisang berangan
Antara menu yang paling sedap dimakan untuk juadah minum petang merupakan lempeng pisang. Mungkin ramai dalam kalangan anak-anak kita yang masih tak tahu apa itu lempeng pisang dan inilah masanya untuk kenalkan menu tradisional ini kepada mereka.
Resipi lempeng pisang berangan : http://myresipi.com/recipes/lempeng-pisang-berangan
2. Kuih gulung berlauk
Kalau dah bosan buat kuih gulung hanya berintikan gula melaka dan kelapa sahaja, jom tukar pula dengan inti berlauk dalam kuih ini. Bukan sahaja sesuai dijadikan sebagai juadah minum petang, kuih gulung ini juga amat sesuai untuk dijadikan juadah sarapan. Boleh pelbagaikan inti kuih mengikut kepada selera anda ya!
Resipi kuih gulung berlauk : http://myresipi.com/recipes/kuih-gulung-berlauk
3. Bergedel tauhu
Inilah merupakan antara menu minum petang yang tengah viral! Bergedel tauhu ini sudah pasti dapat memikat selera sesiapa sahaja dan amat sesuai untuk dimakan tidak kira masa. Kalau mahu lebih pedas, boleh juga dicicah bersama kuah bercili yang pastinya dapat buat anda makan tak henti.
Resipi bergedel tauhu : http://myresipi.com/recipes/bergedel-tauhu
4. Bergedel ikan
Selalu kita hanya tahu bergedel ayam dan daging sahaja kan? Untuk kelainan bagi anda yang merupakan peminat bergedel, jom cuba pula buat bergedel menggunakan ikan. Nampak macam menarik kan?
Resipi bergedil ikan : http://myresipi.com/recipes/bergedel-ikan
5. Bebola daging hitam
Meatball atau bebola daging sudah pastinya boleh dijadikan menu juadah minum petang dan juga menu makan malam buat anak-anak. Ditambah pula dengan kuah lada hitam atau kuah cendawan, memang anak-anak pasti suka!
Resipi bebola daging lada hitam : http://myresipi.com/recipes/bebola-daging-lada-hitam
Sumber : MyResipi.com