Dapur

Jom Tambah Kandungan Protein Badan Dengan 5 Jenis Masakan Ikan Yang Menyelerakan Ini!

77
SHARES

“Asyik makan ayam je aku ni, nak juga makan lauk ikan. Tapi, nak masak apa eh?”

Bosan juga kalau setiap hari asyik makan lauk ayam dan daging sahaja kan? Nak dapat lauk ikan di restoran, rasa dan harganya pun agak berlainan dari menu ayam. Nak masak dekat rumah, buntu pula nak fikirkan menu apa yang sesuai dimasak bersama ikan. Jangan pening kepala lagi, kami senaraikan 5 jenis menu masakan ikan yang sangat sesuai untuk anda yang nak ubah rasa tekak tu. Makan ikan selalu pun bagus untuk tambah protein juga kan?

giphy.com

1. Ikan keli goreng berlada

http://myresipi.com/

Merupakan salah satu menu yang paling popular ketika menjamu selera, menu ikan keli goreng berlada ini sudah semestinya akan membangkitkan selera sesiapa sahaja. Ikan yang digoreng garing dan diletakkan bersama sambal berlada yang pedas, sangat sesuai untuk dimakan bersama nasi panas. Mesti tambah nasi banyak kali lah!

Resipi ikan keli goreng berlada : http://myresipi.com/recipes/ikan-keli-goreng-berlada

2. Ikan masak taucu

http://myresipi.com/

Masakan taucu adalah salah satu masakan Cina yang digemari ramai. Bukan itu sahaja, masakan ikan taucu ini juga sangat sesuai untuk anda yang tidak gemarkan makanan pedas! Jadi, kalau bosan selalu masak menu ikan yang sama sahaja, boleh lah anda cuba untuk masak masakan taucu ini pula. Anak-anak pun mesti akan suka.

Resipi ikan masak taucu : http://myresipi.com/recipes/ikan-masak-taucu

3. Asam pedas ala nyonya

http://myresipi.com/

Sebut sahaja asam pedas, mesti kita akan terbayang rasanya yang pedas dan masam kan? Sedapnya! Namun, bukan semua orang pandai masak asam pedas yang betul-betul ‘kaw’ tau kerana anda kena ikut resipi yang betul. Oleh itu, jom cuba resipi asam pedas ala nyonya ini bersama ikan kegemaran anda supaya anda dapat menjamu selera bersama keluarga dengan juadah yang enak ini.

Resipi asam pedas ala nyonya: http://myresipi.com/recipes/asam-pedas-ala-nyonya

4. Kerabu telur ikan

http://myresipi.com/

Selalu kalau beli telur ikan, anda asyik, goreng atau masak kari sahaja kan? Untuk kelainan, apa kata anda cuba pula buat kerabu telur ikan. Mesti sedap kan? Untuk menghasilkan kerabu telur ikan yang enak dan cukup rasa, anda kenalah ikut resipi ini. Barulah anda tak bosan asyik makan menu yang sama sahaja setiap hari.

Resipi kerabu telur ikan : http://myresipi.com/recipes/kerabu-telur-ikan

5. Ikan bakar berlada pedas

http://myresipi.com/

Ikan bakar sudah menjadi menu yang sangat sinonim buat penggemar ikan dan makanan laut. Tapi, kalau nak masak ikan bakar dekat rumah, macam mana nak jadikan menu tersebut sama seperti apa yang kita pesan di restoran? Haa, anda kena ikut resipi ikan bakar berlada pedas ini kalau nak tahu bagaimanakah caranya. Bukan itu sahaja, menu ini juga sangat sesuai untuk dijadikan menu makan malam bersama seisi keluarga.

Resipi ikan bakar berlada pedas : http://myresipi.com/recipes/ikan-bakar-berlada-pedas

*Sedap-sedap kan?

Sumber : MyResipi.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×