Kerjaya

Jom Tambah Duit Raya Melalui Platform FastJobs dan FastGig! Mudah dan Fleksibel!

5.4K
SHARES

Anda mesti ingin berbelanja sebelum kedatangan Aidilfitri. Kita mesti nak yang terbaik sebab raya kan setahun sekali je!

Masa ni lah nak menyambut syawal dengan penuh bergaya selepas hampir 2 tahun kita tak beraya dan jumpa ahli keluarga yang tersayang.

Haa.. Jom admin share mengenai FastJobs dan FastGig yang mana anda boleh dapat duit extra dengan lebih cepat & mudah. Nak tahu dengan lebih lanjut?

Pelbagai Peluang Pekerjaan dan Dipercayai!

Platform FastJobs memudahkan anda untuk mendapatkan peluang kerjaya bersama syarikat yang boleh dipercayai dengan cepat dan mudah. Jadi tak perlu takut untuk apply melalui platform online lagi!

Beribu jawatan yang menarik ditawarkan kepada anda yang sedang mencari peluang pekerjaan sama ada anda mahu bekerja sepenuh masa, separuh masa atau secara kontrak.

Mohon Dan Komunikasi Melalui Whatsapp

Bagi fresh grad, mesti anda terfikir cara untuk buat resume yang menarik kan?  Jangan risau anda juga boleh create resume dengan “resume builder” FastJobs. Isi sahaja butiran yang diperlukan dan resume anda siap untuk digunakan! 

Sebelum ini, kebanyakan permohonan kerja perlu melalui emel dan walk-in sahaja. Tapi dengan FastJobs, anda boleh memohon melalui aplikasi WhatsApp, call, sms atau emel untuk berhubung dengan majikan.

Kerja Segera Dan Flexible Dengan FastGig!

FastJobs telah melancarkan FastGig, sebuah aplikasi mudah alih yang membolehkan mereka yang mencari peluang pekerjaan separuh masa dengan cara yang mudah. 

Tapi macam mana pula nak cari duit extra dengan FastGig? Senang je, anda cuma perlu muat turun aplikasi FastGig dan boleh mula kerja dengan segera! 

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menyusun jadual kerja mengikut kesesuaian masa anda. Flexible kan?

Tiada Temuduga Dengan FastGig!

Anda tak perlu rasa gementar atau berdebar untuk temuduga kerana melalui platform FastGig,  tiada temuduga yang diperlukan. Bestnya! Melalui platform ini, anda terus akan dapat tawaran kerja pilihan anda.

FastPayout Selepas Lengkapkan Tugasan Anda!

Bukan itu sahaja, melalui FastGig ini, anda akan dibayar gaji setiap 2 minggu selepas selesai tugasan. Tak perlu tunggu lagi sampai hujung bulan untuk menerima gaji anda! 

Ini antara syarikat yang anda boleh mohon melalui FastGig seperti Aeon, Lotus, Giordano, N-Square, Wing Tai. Bayaran bermula RM8 – RM10 sejam bersama insentif mingguan mencecah RM100 jika berjaya melengkapkan tugasan anda.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan peluang kerjaya melalui platform FastJobs dan duit extra melalui FastGig, jangan tunggu lagi. Jom download dan mohon sekarang!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×