Famili

Jom Pra-Tempah Siri Xiaomi 11T Pro Hari Ini & Bawa Pulang Goodies Percuma Bernilai RM688!

2.3K
SHARES

Dunia dah makin canggih, teknologi pun makin laju berkembang. Tak hairanlah saban hari ada je peranti terbaru yang diperkenalkan. Xiaomi sebagai pemimpin teknologi global tak ketinggalan dan akan melancarkan siri telefon pintar terbaru iaitu Xiaomi 11T. Ia terdiri daripada dua model berbeza iaitu Xiaomi 11T Pro dan Xiaomi 11T  yang bakal menemui peminatnya di Malaysia tak lama lagi!

Mesti ramai yang dah tak sabar nak tahu apa yang menarik tentang peranti canggih ni kan? Jom kami kongsikan!

Ciri Cinemagic untuk pengalaman fotografi dan videografi yang lebih menarik!

Kalau anda nak tahu, siri telefon pintar Xiaomi 11T Pro dan Xiaomi 11T ni direka untuk memberi inspirasi dan kreativiti terutamanya bagi pembuat filem. Yelah, pembuatan filem biasanya memerlukan peralatan yang berat dan mahal, tapi dengan siri Xiaomi 11T ni, korang boleh menghasilkan kandungan video bermutu dan berkualiti tinggi dengan satu peranti sahaja. Sebab itulah ia digelar Cinemagic!

Kedua-dua model Xiaomi 11T dan Xiaomi 11T Pro ni nampak je macam sama, tetapi berbeza dari segi prestasi, di mana Xiaomi 11T adalah telefon pintar berkuasa tinggi yang dilengkapi cip terbaik Mediatek iaitu Dimensity 1200 Ultra dan pengecasan pantas 67W, manakala Xiaomi 11T Pro pula menggunakan cip Snapdragon 888 bersama teknologi pengecasan pantas 120W!

Bukan itu je, Xiaomi 11T Pro juga dilengkapi dengan ciri tri-kamera di belakang dengan tetapan ultra-lebar 108-MP, 2x telemakro dan kamera hadapan serta lensa ultra-wide 120°.

Di samping itu, telefon pintar ini juga mempunyai keupayaan filemografi komputasi yang mengagumkan dengan mod AI Cinema satu klik, rakaman 8K dan HDR10 +, yang membolehkan anda merakam footage dengan teknologi ISO pintar sama seperti yang terdapat dalam kamera digital. Canggih betul!

Teknologi HyperCharge 120W dengan ketahanan bateri yang lama!

Kalau cakap pasal telefon pintar dengan kamera berkualiti tinggi dan keupayaan canggih, mesti bateri cepat drained dan asyik nak kena caj je.

Haa..untuk pengetahuan anda, Xiaomi 11T Pro ni adalah telefon pintar Xiaomi pertama yang dilancarkan ke seluruh dunia dengan teknologi HyperCharge tau!

Ini bermakna, ia membolehkan anda caj penuh telefon pintar ini hanya dalam 17 minit je tanpa overheating. Baterinya pun tahan lama dengan kapasiti 5000mAH. Wow boleh tahan hampir satu hari tu!

Dengan teknologi bateri yang inovatif ini, walaupun anda hanya caj selama 10 minit, anda akan dapat menikmati 11 jam panggilan, 7 jam video playback, 5 jam navigasi, dan rakaman video 2 jam pada 1080p.

Xiaomi 11T Pro juga mempunyai 34 ciri keselamatan pengecasan bateri, dimana ia dapat mengekalkan 80% kesihatan bateri selepas 800 kitaran, dan juga memperoleh Sijil Sistem Pengisian Cepat Selamat TÜV Rheinland.

Paparan Cinemagic yang menakjubkan dan responsif!

Lebih menarik, Xiaomi 11T Pro ni dilengkapi dengan paparan DisplayMate A + 6,67 “FHD + skrin AMOLED 120Hz, TrueColor, dan HDR10 +, yang menawarkan lebih dari 1 billion warna serta tahap kecerahan sehingga 1000 nits!

Bukan itu je, dengan Dolby Vision®, anda juga dapat menikmati gambar dengan keterangan dan kecerahan yang menakjubkan. Pasti hasil gambar dan video anda awesome tak ubah seperti menggunakan kamera dan peralatan canggih!

Tapi jangan risau, walaupun paparannya terang dan cerah, mata anda masih akan dilindungi dengan ciri True Display yang secara automatik akan menyesuaikan suhu warna agar sesuai dengan persekitaran dan juga Reading Mode 3.0.

Oh ya, bukan sekadar video, malah Xiaomi 11T Pro juga didatangkan dengan audio Dolby Atmos® serta dwi pembesar suara, sekaligus menjadikan kandungan audio dalam muzik, filem, podcast dan permainan anda lebih menarik dan jelas. 

Jom buat pra-tempahan sekarang dan dapatkan goodies premium percuma bernilai RM688!

Mesti ramai yang dah berkenan dan jatuh cinta dengan siri Xiaomi 11T ni kan. Apa lagi tunggu, jomlah buat tempahan sekarang sebelum jualan rasminya pada 2 Oktober ini! 

Tempoh pra-tempahan: 23 – 29 September 2021

Xiaomi 11T Pro (8+256GB): RM 2,099

Xiaomi 11T Pro (12+256GB): RM 2,299

*Terdapat dalam 3 warna pilihan iaitu Meteorite Gray, Moonlight White dan Celestial Blue.

Yang lagi best, sekiranya anda buat pra-tempahan, anda layak untuk mendapatkan *produk Xiaomi PERCUMA yang bernilai RM688 seperti di bawah:

  • 1 X Mi Watch Lite
  • Mi True Wireless Earphones 2 Basic
  • 1+1 Tahun Waranti
  • Pembaikan skrin dalam masa 6 bulan

*Semua item di atas adalah tertakluk terma dan syarat. Sementara stok masih ada.

Beli siri Xiaomi 11T dan menang televisyen Mi TV P1 43 inci!

Eh..ada lagi..Sekiranya anda beli mana-mana peranti siri Xiaomi 11T sepanjang tempoh penjualan pertama dari 2 hingga 4 Oktober 2021, anda layak untuk dapat 1 penyertaan cabutan bertuah bagi memenangi Mi TV PI 43′‘ terbaru yang bernilai RM1,799! Bestnya!

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini dan buat pra-tempahan dari sekarang hingga 29 September 2021 di Kedai Rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee, atau anda boleh pergi ke Kedai Fizikal Xiaomi yang sah di seluruh negara bermula 2 Oktober ini untuk lebih banyak tawaran menarik!

Kedai Rasmi Xiaomi: https://mi11tseries-preorder.3ex.com.my/ 

Lazada: https://bit.ly/3hROlSM

Shopee: https://bit.ly/3hS5DPo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×