Tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadan, lepas tu kita dah sambut Hari Raya pula. Sempena dengan bulan mulia ni, lebih baik kalau kita mempertingkatkan amal ibadah dengan perkara-perkara yang bermanfaat seperti bersedekah dan membantu mereka yang kurang bernasib baik.
Haa..cakap pasal sedekah, kami nak kongsikan satu perkara bermanfaat iaitu program inisiatif pemberian makanan yang dianjurkan oleh Kawan Food bersama badan-badan kebajikan terpilih. Nak tahu macam mana anda boleh turut serta?
JOM BELI SAMBIL BERAMAL!
Sejak ditubuhkan pada tahun 2017, Kawan Food sentiasa prihatin dengan keadaan masyarakat sekeliling dan tak jemu menyumbang kepada komuniti dengan mengadakan pelbagai program CSR KawanCare seperti program sukarelawan di rumah orang tua dan anak yatim serta program alam sekitar.
Terbaru, Kawan Food ingin memberikan kembali kepada masyarakat dan menolong mereka yang memerlukan dengan KawanCare Food Giving Project bersama dengan badan-badan amal seperti PERTIWI Soup Kitchen, Daily Bread Food Bank dan Great Heart Charity.
Usaha ni mungkin nampak kecil, tetapi sebenarnya ia sangat bermakna buat mereka yang menerima. Anda nak jadi sebahagian daripada program murni ini? Mudah je.
Apa yang anda perlu lakukan adalah:
- Beli mana-mana 2 pek produk siri Kawan Paratha di kedai dalam talian KawanFood.
- Kawan Food akan mendermakan satu pek kepada badan amal pilihan anda (PERTIWI Soup Kitchen, Daily Bread Food Bank & Great Heart Charity)
- Tempoh program: 13 April 2021 hingga 30 Jun 2021
ADA PROMOSI BELI 1, PERCUMA 1!
Bersempena dengan bulan Ramadan, KawanFood juga nak berikan tawaran istimewa kepada anda dengan promosi Beli 1 pek Malabar Roti, Percuma 1 pek Super Milk Tea Kit berserta dengan baucar bernilai RM5!* Yeay!
Kalau anda tak sempat nak masak untuk berbuka puasa tu, cuma panaskan je roti malabar ni dan nikmati dengan kari, dal atau apa-apa kuah kegemaran anda. Jangan lupa hidangkan dengan secawan Super Milk Tea. Sebiji rasa macam kat kedai mamak!
Tempoh promosi: 9 April 2021 – 16 Mei 2021
EH, ADA LAGI PROMOSI?
Bukan itu je, dengan setiap pembelian mana-mana produk Ready Cooked Meal KawanFood, anda juga berpeluang untuk dapatkan 1 pek PERCUMA 1 mini paratha.* Best kan?
Tempoh promosi: 6 April 2021 – 1 Mei 2021
Jadi, apa tunggu lagi, sambil-sambil beli produk KawanFood yang enak-enak belaka ni, dapatlah juga anda beramal di samping memberikan impak positif kepada masyarakat.
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pembelian dalam talian, layari laman web KawanFood.
*Tertakluk terma dan syarat
*Promosi hanya terdapat di daerah Lembah Klang sahaja