Zat besi merupakan mineral yang penting untuk semua orang dan ia sangat diperlukan bagi menghasilkan sel darah merah dalam tubuh kita. Selain itu, ia membantu menguatkan otot dan memainkan peranan penting untuk menyokong sistem badan.
Oleh itu, salah satu cara untuk anda mendapatkan khasiat ini dengan mudah adalah dengan menyediakan makanan yang kaya dengan zat besi menggunakan Kiub Pati Knorr. Anda juga boleh pelbagaikan menu sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam yang menarik.
Kiub Pati Knorr Baharu ini bukan sahaja boleh digunakan untuk buat sup saja tau, anda juga boleh gunakan ia untuk pelbagai jenis hidangan lain.
Tiada idea nak masak apa? Jom cuba menu ringkas ini di rumah!
Buat anda yang dah kering idea untuk masak apa dengan menggunakan Kiub Pati Knorr ini, jangan risau! Boleh cuba menu yang kami senaraikan di bawah. Memang menarik dan sedap tau!
1. Menu sarapan pagi
Bahan-bahan:
-
3 Kiub Pati Ayam Knorr
-
2000ml Air
-
2sudu besar Minyak
-
4biji Bawang merah, hiris
-
½sudu kecil Serbuk kunyit
-
1sudu besar Rempah sup
-
1ketul Sup Bunjut
-
1sudu kecil Serbuk lada putih
-
1keping Ayam bahagian peha tanpa kulit
Bahan sampingan:
-
Begedil
-
Nasi impit
-
Meehoon, dicelur
-
Telur, direbus
-
Taugeh
-
Bawang merah goreng
-
Daun bawang
-
Limau nipis
Langkah-langkah:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah sehingga wangi.
- Kemudian, masukkan Kiub Pati Ayam Knorr, air bersama bahan-bahan lain. Biarkan sehingga mendidih. Keluarkan ayam, biarkan sejuk, buang bahagian lemak dan carik halus.
- Hidangkan sup dengan bahan sampingan.
Bihun Goreng Pedas Dengan Ayam
Bahan-bahan:
-
500g Bihun, rendam dalam air dan tos
-
3sudu besar Minyak masak
-
2biji Bawang besar, dihiris
-
100g Kubis, dihiris
-
1kiub Kiub Pati Ayam Knorr
-
150ml Air panas
-
1sudu besar Kicap manis
-
Garam secukup rasa
Bahan kisar:
-
4biji Bawang merah
-
4ulas Bawang putih
-
30g Udang kering, rendam dalam air dan tos
-
20g Cili kering, rendam dalam air dan tos
Untuk hiasan:
-
2sudu besar Bawang goreng
-
2biji Cili, dihiris
-
Segenggam hirisan daun bawang
Langkah-langkah
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
- Masukkan bawang besar dan ayam. Goreng selama 2 minit. Masukkan bihun, kubis dan kacau rata.
- Campurkan Knorr Kiub Pati Ayam bersama air panas dan kemudian masukkan campuran itu bersama kicap manis kedalam kuali dan kacau rata. Perisakan dengan garam jika diperlukan.
- Hias dengan bawang goreng, cili dan daun bawang. Dihidangkan panas.
2. Makanan Tengahari
Bahan-bahan:
-
1L Air
-
350g Kimchi sayuran
-
50g Cendawan shitake
-
100g Tauhu lembut
-
1kiub Kiub Pati Sayuran Knorr
-
30g Daun bawang
-
1tsp Minyak bijan
Langkah-langkah:
- Didih air di dalam periuk. Masukkan Kiub Pati Sayuran Knorr dan kimchi. Biar mendidih.
- Kemudian, masukkan cendawan dan tauhu. Reneh selama 30 saat.
- Padamkan api, masukkan daun bawang dan minyak bijan. Hidangkan panas.
3. Makan Malam
Resepi Nasi Goreng Ayam & Telur Masin Pedas
Bahan-bahan:
-
¼kiub dikisar + 2 sudu besar air panas Kiub Pati Ayam Knorr
-
3sudu besar Minyak masak
-
15g Bawang putih, dicincang
-
120g Dada ayam, dihiris
-
60g Lobak merah, didadu
-
50g Kacang hijau
-
2biji Telur masin, direbus dan dicincang
-
1tangkai Daun kari
-
2biji Cili padi, dihiris
-
3mangkuk Nasi Putih
-
1sudu teh Kicap cair (ikut kesukaan)
-
½sudu teh Serbuk lada sulah
-
Daun bawang dihiris untuk hiasan
Langkah-langkah:
- Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih sehingga wangi dan masukkan ayam, lobak merah dan kacang hijau.
- Kacau sehingga sebati.Masukkan telur masin, daun kari, cili padi dan goreng sehingga wangi. Kemudian, masukkan nasi dan kacau sehingga sebati.
- Tuangkan campuran Kiub Pati Ayam Knorr dan kacau sehingga sebati. Perasakan dengan kicap cair dan serbuk lada sulah.
- Hias dengan daun bawang dan hidangkan panas.
Bahan-bahan:
Untuk inti gyoza
-
16keping Kulit gyoza
-
80g Cendawan shitake, diparut halus
-
120g Kubis, dihiris halus
-
30g Lobak merah, didadu halus
-
100g Buah pear, didadu halus
-
2tangkai Daun ketumbar
-
¼sudu teh Serbuk lada sulah
-
1sudu besar Minyak bijan
-
2sudu besar Kicap cair
Untuk sup
-
1kiub Kiub Pati Sayuran Knorr
-
1liter Air
-
150g Bok choy
-
60g Lobak merah, dihiris
Langkah-langkah:
- Di dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan-bahan untuk inti gyoza dan campur sehingga sebati.
- Ambil sesudu kecil inti gyoza dan letakkan di bahagian tengah kulit gyoza, basahkan sedikit bahagian tepi dan lipat. Tekan sedikit di bahagian tepinya untuk kelim dengan kemas. Ulangi langkah dengan kulit gyoza yang lain dan sehingga habis. Ketepikan.
- Didihkan air di dalam periuk, masukkan gyoza dengan perlahan ke dalam air. Sebaik sahaja gyoza menghanyut ke permukaan air keluarkannya dari periuk
- Untuk sup, didihkan air di dalam periuk. Masukkan Kiub Pati Sayuran Knorr dan biarkannya melarut, kemudian masukkan lobak merah dan bok choy. Biar mendidih.
- Akhirnya, masukkan cendawan enoki dan gyoza yang sudah dimasak. Padamkan api dan hidangkan panas.
Ha…macam mana? nampak sedap kan menu yang kami cadangkan untuk anda.
Kiub Pati Knorr ini juga membekalkan pengambilan zat besi harian untuk penghasilan tenaga anda tau. Jom dapatkan sekarang!
Untuk pengetahuan anda, selain kaya dengan zat besi yang memberi tenaga pada tubuh anda, kiub pati Knorr ini juga dibuat dengan ayam direbus empuk selama 4 jam untuk menghasilkan rasa daging yang lebih sedap apabila dicampur dalam masakan anda.
Selain itu, dengan bungkusan berwajah baharu dengan warna hijau semula jadi ini juga melambangkan khasiat baik untuk setiap hidangan anda. Bukan setakat Kiub Pati Ayam saja, terdapat juga Kiub Pati Ikan Bilis, Lembu dan Tom Yam yang anda boleh cuba. Paling penting, kiub pati Knorr ini dijamin halal oleh JAKIM tau!
Jadi, kalau anda mahukan hidangan anda menjadi lebih menarik dan sedap, jangan lupa untuk dapatkan Pati Kiub Knorr ini di mana-mana pasaran berdekatan anda.
Dapatkan idea resepi-resepi sihat dari Knorr di SINI. Selamat menjamu selera semua!