Rakyat

Anwar Ibrahim Lantik Johari Ghani Ketuai Pasukan Petugas 1MDB

2
SHARES
johari ghani

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim telah melantik Bekas Menteri Kewangan II, Johari Ghani untuk mengetuai pasukan petugas berkaitan skandal 1MDB.

Anwar bersetuju melantik Johari kerana kritikan beliau terhadap penyelesaian Putrajaya bernilai AS$2.5 bilion dengan Goldman Sachs. Penyelesaian tersebut berjaya dibuat pada tahun 2020 ketika Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.

Baca juga: KWSP Perkenal i-Sayang, Suami Boleh Carum 2% Untuk Isteri…Macam Ni Baru Sayang!

PM LANTIK JOHARI GHANI KETUAI PASUKAN PETUGAS 1MDB

johari ghani

Jelas Anwar, beliau sendiri tidak bersetuju dengan keputusan yang lalu kerana terlalu ringan. Goldman Sachs membayar kepada kerajaan sebanyak USD2.5 bilion tunai dan menjamin pemulangan aset 1MDB bernilai USD.4 bilion yang disita pihak berkuasa di seluruh dunia.

“Saya sendiri malu dengan keputusan terbabit. Amat sedikit ketika persefahaman itu dibuat. Goldman Sachs mengaut keuntungan daripada kerja keras kita,” Jelas Anwar di Dewan Rakyat semalam.

Terbaharu, Johari meminta agar kerajaan menyiasat semula peranan pihak yang terbabit dalam penyelesaian dengan Goldman Sachs itu kerana menganggap perkara itu tidak adil dan meragukan.

Ahli Parlimen Titiwangsa itu menjelaskan Goldman Sachs bertindak sebagai penasihat kewangan dan pengurus utama kepada tiga bon yang dikeluarkan 1MDB bernilai AS$6.5 bilion, sekali gus meraih AS$600 juta sebagai yuran komisyen.

Sabitan jenayah terhadap dua bekas pegawai Goldman Sachs menjadi bukti bahawa penyelesaian itu sangat meragukan dan perkara ini tidak boleh dibiarkan sahaja.

Sumber: Berita Harian & FMT

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×