Rakyat

Jiran Tak Berhati Perut, Biar Air Basuh Baju & Pinggan Mengalir Macam Longkang!

1.8K
SHARES

Hidup berjiran ini memang agak menguji fizikal dan minda. Bila tinggal di kawasan perumahan tidak kira di bandar atau di kampung, ada sahaja gelagat jiran yang mencuit hati dan ada juga yang menyakitkan hati. Seperti kisah yang dikongsikan ini apabila jiran saudara ini membiarkan kawasan rumah seperti longkang! Sudah ditegur banyak kali masih seperti itu juga, tiada tindakan diambil. Macam-macam….

Baca juga: Anak Tak Sengaja Order 100 Mangkuk Mi, Duit Ayah Lesap RM866!

‘JIRAN TAK BERHATI PERUT’

Seperti perkongsian seorang lelaki dikenali sebagai Man Tem di kumpalan Facebook Rembau Macam-Macam Ado tampil menceritakan nasibnya menerima jiran yang disifatkan tidak berhati perut dan mementingkan diri. Lelaki ini mendakwa, jirannya hanya membiarkan air basuhan daripada rumahnya mengalir terus ke depan rumah. Bahkan, lelaki ini turut berkongsi beberapa foto sebagai bukti kepada orang ramai.

Bila dapat jiran yang tidak berhati perut. Mementingkan diri sendiri .
Air basuhan dari rumahnya dibiarkan menggalir hingga ke depan rumah dan ada kalanya hingga memasuki ke dalam kawasan.

Mengulas lebih lanjut, lelaki ini cuba menegurnya dengan sebaik mungkin namun, jawapan yang diberikan menyakitkan hati. Jiran oh jiran!

Bayangkan air basuhan baju pinggan mangkuk ayun. Seangkatan dengannya. Sudah ditegur secara terhormat tapi jawapan dia boleh mendatangkan marah. Nanti kena jual lah plak!!

JALAN SAMPAI JADI LONGKANG!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi pandangan supaya lelaki ini membuat laporan kepada pihak berkuasa dan ada juga yang turut memberikan solusi bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Sumber: Man Tem via Rembau Macam-Macam Ado

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×