Dapur

9 Jenis Coklat Masakan Yang Biasa Dijual Di Pasaran & Kegunaannya. Jangan Tersalah Beli!

989
SHARES
jenis coklat masakan

Coklat sememangnya perisa yang sentiasa menjadi kegemaran ramai dalam pelbagai jenis masakan terutamanya pencuci mulut.

Coklat masakan digunakan dalam beraneka resepi, sama ada secara keseluruhannya atau sekadar ditabur bagi melazatkan lagi resepi seperti biskut cip coklat, kek coklat, brownies, aiskrim, pancake dan sebagainya.

Berbeza dengan coklat yang kita biasa makan, coklat masakan adalah coklat khusus untuk dicampurkan dalam bahan masakan, dan disebabkan itu mungkin kita kurang familiar dengannya.

Jadi sebelum nak buat kuih atau kek, apa kata kita kenali dulu jenis-jenis coklat yang paling sesuai untuk membuat masakan atau taburan dalam pencuci mulut ini.

5 Jenis Coklat Masakan Yang Biasa Terdapat Di Pasaran

1. Coklat Tulen / Couverture

Couverture adalah jenis coklat berkualiti tinggi atau dikenali sebagai coklat tulen.

Ia dihasilkan dari campuran massa koko dan lemak koko.

Harga bagi massa koko dan lemak koko adalah mahal sesuai dengan kualitinya. Namun agak rumit untuk mengendalikan coklat tulen ini kerana ia mudah cair dan tekstur lelehannya lebih cair berbanding coklat masakan lain.

Manakala dari segi jenisnya juga hampir sama dengan coklat compound iaitu bittersweet, semisweet, white, dan milk.

Oleh kerana ia diperbuat daripada mentega coklat, couverture tak tahan disimpan dalam suhu bilik.

Coklat jenis ini paling sesuai digunakan bagi menyaluti biskut, buah potong, atau marshmallow ke dalamnya.

2. Coklat Compound

Coklat compound adalah sejenis coklat masakan yang digunakan dengan meluas kerana ia lebih mudah dikendalikan dan murah.

Menurut Chef Amer, coklat compound ini dicipta dengan mengantikan massa koko dengan serbuk koko sahaja, manakala lemak koko digantikan dengan lemak sayuran iaitu lemak isirung kelapa sawit yang jauh lebih murah harganya.

Coklat Compound lebih tahan panas kerana lemak isirung kelapa sawit agak keras berbanding lemak koko.

Sebab itu ia banyak digunakan dalam pembuatan konfeksi dan salutan ais krim.

3. Cip Coklat / Chocolate Chip

Coklat masakan jenis ini adalah antara yang paling dikenali ramai dan amat versatile.

Ia boleh dipakai untuk pembuatan biskut, muffin, kek, dan macam-macam lagi masakan.

Dari segi komposisi, cip coklat biasanya mempunyai kandungan gula yang lebih tinggi dan mentega koko yang kurang supaya ia dapat mengekalkan bentuknya dalam masakan dan menghalangnya daripada menjadi terlalu cair apabila tededah kepada suhu tinggi.

jenis coklat masakan

4. Cocoa Nibs / Cacao Nibs

Berbeza dengan cip coklat, cocoa nibs adalah biji kako mentah yang ditumbuk menjadi cebisan yang lebih kecil.

Ada jenis yang telah dipanggang dan ada yang dijual mentah.

Cocoa nibs yang telah dipanggang mempunyai rasa yang lebih sedap (seakan kacang bercoklat), rangup dan amat sesuai digunakan dalam pembuatan biskut, terutamanya jika anda sukakan rasa coklat yang lebih kuat tanpa menambah rasa manis.

jenis coklat masakan

5. Serbuk Koko / Cocoa Powder

Serbuk koko diperbuat daripada biji koko yang dikeringkan lalu diproses hingga menjadi serbuk.

Biasanya serbuk coklat digunakan sebagai bahan pembuatan kek atau dijadikan minuman.

Terdapat 2 jenis serbuk koko pada amnya iaitu:

  • Dutch-processed cocoa powder – Serbuk koko di pasaran kebanyakannya terdiri daripada jenis ini, di mana ia dineutralkan dengan campuran kimia alkali.
  • Natural cocoa powder – Serbuk koko semulajadi pula bersifat lebih asidik kerana dalam pemprosesannya ia mengekalkan tahap asid koko. Dari segi fizikalnya, ia mempunyai warna yang lebih cair dan rasa yang lebih mild.

Jenis Perasa Coklat Masakan Yang Biasa Dijual Di Pasaran

1. Dark, Bitter-Sweet & Semi-Sweet

Jika dilihat pada label, kita dapat mengetahui bahawa jenis coklat ini mempunyai kurang rasa manis dan lebih rasa coklat yang agak pahit.

Selalunya semi-sweet mempunyai 35 – 45% cacao dan lebih manis berbanding coklat bittersweet dan dark.

2. Coklat Unsweetened

Coklat unsweetened adalah coklat liqour ( pes yang diperbuat daripada biji buah / kacang cacao ini memberi rasa asli coklat ) yang dijual di dalam bentuk padat.

Bar coklat ini adalah 100% coklat dan tidak mempunyai gula atau manisan.

3. Coklat Susu / Milk Chocolate

Dari segi rasa, coklat susu pula mempunyai rasa agak manis.

Coklat Cadbury Dairy Milk ialah salah 1 contoh coklat susu yang paling popular.

Dari segi warna pula, coklat susu warnanya lebih terang berbanding coklat gelap.

Ramai yang menggunakan coklat jenis ini untuk membuat brownies, chocolate jar dan sebagainya.

4. Coklat Putih / White Chocolate

Coklat putih mempunyai kandungan mentega koko tapi tidak ada campuran coklat liqour.

Disebabkan ini, ada pakar yang menyebut coklat putih bukanlah sejenis coklat.

Walau bagaimanapun, coklat putih ini tentu mempunyai peminatnya yang tersendiri kan?

jenis coklat masakan

Kesimpulan

Kesimpulannya, untuk memasak anda boleh melihat carta ini untuk memastikan jenis coklat yang dipilih adalah paling sesuai.

Foto Kredit: allrecipes.com

Pentingkah Memilih Coklat Yang Mahal?

Jawapannya Ya dan Tidak.

Ia sebenarnya bergantung kepada jenis masakan yang ingin dihasilkan dan juga selera kita masing-masing.

Jadi seeloknya ikut resepi tu betul-betul dan jangan sesuka hati gantikannya dengan yang lain sebab setiapnya mempunyai fungsi dan tekstur yang tersendiri.

Apapun, selain memilih jenis coklat, cara pengendalian yang betul juga penting supaya ia dapat menghasilkan tekstur yang cantik, berkilat dan meningkatkan rasa dalam masakan.

Sekiranya coklat adalah bahan utama dalam resepi, maka seeloknya pilihlah coklat yang lebih berkualiti supaya rasa coklatnya lebih lazat dengan aroma yang menyerlah!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×