Famili

[VIDEO] Bila Si Ayah Yang Jaga…Terus ‘Modify’ Kereta Control Tarik Car Seat!

30
SHARES

Sudah pasti bila ayah yang ditugaskan untuk mengasuh anak-anak, pasti akan ada sahaja teknik nakal atau licik yang dicuba. Tidak membahayakan malah selalunya trik yang digunakan oleh para ayah ini pasti akan menghiburkan hati orang ramai. Begitu juga dengan perkongsian video di Tiktok ini yang memaparkan seorang ayah mengubahsuai kereta mainan supaya boleh menarik car seat bayi. Kreatif!

Baca juga: [VIDEO] Jiran Suka Sidai Baju Di Pagar Macam Rumah Sendiri, Geram Tengok!

Ayah modify kereta control, hasilnya siap boleh tarik car seat bayi

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan gelagat si ayah yang mengubah suai kereta mainan atau ‘control car’ untuk anaknya telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video berkenaan, kelihatan si ayah sedang bermain kereta control dengan anaknya di luar rumah.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila si ayah dilihat mengubah suai kereta mainan itu supaya boleh membawa satu lagi car seat di belakangnya. Lebih melucukan lagi, dia dilihat meletakkan anaknya duduk di car seat sambil dia bermain dan mengawal kereta mainan itu.

Bukan sahaja kreatif, malah ramai juga yang ingin mencuba dan turut terhibur dengan telatah kucing di kawasan sekitar.

“NAK TRY BUAT JUGA..”

“Jaga-jaga, nanti kucing tu serbu sebab nak try jugak” – Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat si ayah. Malah, ramai yang ingin cuba duduk di tempat bayi itu.

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 339K tontonan, 28K tanda suka dan 655 komen di TikTok. Ada yang nak cuba juga ke?

Sumber: Tiktok @linabougas

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×