Asuh

Kalau Nak Bayi Pintar, Bacakan Mereka 7 Jenis Buku Ini

2.8K
SHARES

“Katanya baby kalau baru lahir dah elok kita mula bacakan buku. Tapi, buku apa yang sesuai untuk bayi agaknya ya? Takut kita yang syok sendiri pulak.”

Ibu ayah mesti teruja untuk memilih bahan bacaan pertama untuk anak. Sememangnya, kajian telah menunjukkan bahawa bayi baru lahir sudah dapat memberi respon positif apabila dibacakan buku yang sesuai untuk mereka.

Walaubagaimanapun, memilih bahan bacaan untuk bayi baru lahir mungkin boleh mengelirukan. Nak pilih buku yang macam mana? Fahamkah dia? Subjek apa yang menarik untuknya?

Menurut pakar, berikut adalah antara jenis bahan bacaan yang boleh anda dapatkan untuk si kecil.

Kalau Nak Bayi Pintar, Bacakan Mereka 7 Jenis Buku Ini

1. Nursery Rhyme / Puisi

Alunan nursery rhyme atau lagu-lagu kanak-kanak sebenarnya boleh menenangkan bayi. Ia juga seronok dibacakan oleh ibu bapa kerana ia terdiri daripada bait-bait yang pendek serta mudah dihafal. Walaupun buku ini boleh dihabiskan dalam 1-2 minit, ia sesuai sangatlah dengan attention span bayi yang pendek.

Irama yang dialunkan bersama bukan saja menarik perhatian bayi, tetapi juga boleh menghilangkan stres ibu dan ayah!

Foto Kredit: languagelizard.com

2. Buku Bergambar

Memandangkan penglihatan bayi anda masih dalam proses untuk berkembang, buku yang dimuatkan dengan imej berkontras tinggi adalah yang paling mudah untuk dilihat olehnya.

Jadi, carilah buku yang simple dengan 1 gambar menonjol dan berlatarbelakang kosong – untuk bayi bawah 18 bulan. Buku seperti ini sesuai untuk memperkenalkan si kecil dengan huruf, nombor, warna, haiwan, dan banyak lagi.

Foto Kredit: kaplanco.com

3. Buku Dengan Gambar Bayi 

Kebanyakan bayi juga gemar melihat bayi yang lain. Maka anda juga boleh menggunakan buku yang menggunakan wajah bayi untuk mempamerkan emosi atau aktiviti tertentu yang mudah dikaitkan dengan dirinya.

Foto Kredit: momtomadre.org

4. Cloth / Board Books

Buku yang diperbuat daripada kain atau kertas keras amat sinonim dengan bayi. Selain direka agar tahan lama, ia dapat menggalakkan bayi anda meneroka dengan mendalam: Apakah benda ini? Bagaimana rasanya? Bagaimana nak buka mukasuratnya? Bagaimana mengangkatnya? Semua ini akan membantu bayi anda merangsang mindanya.

Tak payah risau kalau bayi anda menggigit, melempar, atau menumpahkan makanan di atasnya. Lagi lunyai buku tu, bermakna lagi kerap bayi anda mendampinginya. Inilah antara proses membesarkan seorang ‘ulat buku’!

Foto Kredit: swingstore.com.sg

5. Buku Cerita Tanpa Perkataan

Buku cerita tanpa perkataan adalah sesuatu yang fleksibel dan sesuai untuk minda yang kreatif. Macam-macam versi boleh anda ketengahkan untuk si kecil, bergantung kepada kesesuaian usia dan perkara yang baru dilaluinya.

Bahan bacaan seperti ini juga adalah pilihan yang tepat bagi ibu ayah yang nak ajak bayi berbual – tapi kekok atau tak tahu dari mana nak mula. Secara tak langsung, dapat juga bonding dengan si kecil.

6. Buku Soal Jawab

Buku jenis ini biasanya mempunyai soalan yang berulang atau mempunyai jalan cerita yang boleh diagak. Contohnya : Brown Bear, Brown Bear, What Do You See?

Pengulangan membantu mengasah memori si kecil di samping membantu mereka meneka apa yang berlaku seterusnya. Dengan cara ini juga, si kecil boleh menjawab soalan dan menyertai aktiviti bercerita bersama-sama.

Foto Kredit: amazon.co.uk

7. Buku Interaktif

Berbeza dengan bahan bacaan biasa, buku interaktif mampu merangsang deria bayi dengan menggalakkan proses sentuhan. Pelbagai tekstur yang disentuh oleh bayi menambah keseronokan di samping membina kemahiran motornya.

Apabila bayi sudah semakin besar, anda boleh memilih buku jenis selak / lift-the-flap supaya si kecil boleh bermain ‘cak’ dan menguji mindanya mencari benda yang tersembunyi. Tentunya proses ini akan membuat si kecil begitu teruja!

buku untuk bayi

Foto Kredit: walmart.com

Tips Baca Buku Untuk Bayi

Membaca untuk bayi tidak sama seperti membaca untuk orang dewasa. Bagi bayi, ianya lebih fleksibel dan sepatutnya lebih menyeronokkan.

Oleh itu, Dr. Dipesh Navsaria, yang terlibat dalam program Reach Out and Read menyarankan agar ibu bapa melakukan rutin ini dengan bayi seawal mungkin. Menurut beliau, berikut adalah tips yang ramai ibu bapa terlepas pandang:

  • Anda tak perlu membaca setiap mukasurat.
  • Anda tak perlu membaca buku tersebut dalam urutannya (tunggang-terbalik pun tak kisah!)
  • Anda tak perlu membaca setiap patah perkataan dalam setiap mukasurat.
  • Biar anak anda memegang dan melakukan apa yang mereka suka dengan buku tersebut.

Mudah bukan? Jadi, rajin-rajinlah membaca untuk si kecil. Tiada istilah terlalu awal atau terlalu lewat untuk anda memulakan rutin ini SEKARANG. Mudah-mudahan, usaha anda menjadi titik tolak kepada kecintaan si kecil terhadap buku serta ilmu yang terkandung di dalamnya.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×