Sihat

Begini Penglihatan Bayi Anda Sejak Lahir Hingga 1 Tahun. Menakjubkan!

8.4K
SHARES

Pernahkah anda tertanya-tanya sebelum ini bagaimana bayi anda melihat sejak hari pertama dia dilahirkan? Sebenarnya, penglihatan bayi adalah berperingkat dan tidak sama seperti kita.

Seorang Pakar Bedah Mata dan Perunding Oftalmologi di Moorfield Eye Hospital, London,  Romesh Angunawela dengan kolaborasi  Clinic Compare telah memperlihatkan kita bagaimana seorang bayi melihat dari bulan ke bulan melalui sebuah animasi GIF di bawah.

penglihatan bayi

Foto Kredit: brightside.com

Penglihatan Bayi Baru Lahir

Menurut BabyCenter, penglihatan bayi baru lahir adalah agar kabur di mana mereka hanya boleh mengecam sedikit cahaya, bentuk, dan pergerakan. Ketika ini juga, bayi belum belajar untuk memfokuskan kedua-dua belah matanya pada satu objek dan ketepatan penglihatannya hanyalah 20/400.

Dalam bulan pertamanya ini, bayi anda boleh memfokuskan sejauh kira-kira 20cm hingga 30 cm. Ini bermakna, mereka hanya dapat melihat wajah orang yang selalu mendukungnya. Jadi, jika anda melambai-lambai dari jauh, mereka sebenarnya tidak dapat melihat dan mengenal wajah anda!

sunat bayi perempuan

Foto Kredit: unfpa.org

Penglihatan Bayi 1-2 Bulan

Dalam tempoh 1-2 bulan selepas kelahiran, bayi sedang mempelajari cara memfokus kedua-dua matanya. Kadangkala, ada bayi yang terlihat sedikit juling kerana mereka masih dalam proses cuba mengkoordinasikan fokus tersebut. Hal ini adalah normal melainkan ianya sangat kerap dan berlarutan.

Sekali-sekala, anda boleh meletakkan mainan di hadapan bayi supaya bayi boleh menjejaki objek bergerak dengan matanya. Kalau anda perasan, bayi menunjukkan lebih minat pada corak hitam dan putih kerana corak sebegini mempunyai kontras yang tinggi dan mudah untuk dibezakan.

penglihatan bayi

Foto Kredit: naturelleshop.nl

Penglihatan Bayi 3-4 Bulan

Selepas tiga bulan, bayi boleh mula memfokus kepada wajah ibu bapa dengan baik. Bayi juga mula mengenal warna, tetapi mungkin masih sukar membezakan dua tona warna yang serupa.

Dalam tempoh ini juga, koordinasi otot pada wajah membolehkan bayi untuk memperlihatkan senyuman pertama kepada ibu bapa.

pakai sarung tangan bayi

Foto Kredit: momtastic.com

Penglihatan Bayi 5-8 Bulan

Menurut Persatuan Optometri Amerika, bayi dapat menentukan jarak objek dengan lebih baik pada tempoh ini. Ini selari dengan kebolehannya untuk melihat secara 3 dimensi dan menjangkakan kedalaman objek. Bayi juga kebanyakannya mula merangkak sekitar usia 8 bulan, di mana kebolehan ini akan membantu mempertingkatkan lagi kemahiran tersebut. Maka, galakkan bayi merangkak dan jangan ‘skip’ proses ini ya.

Sungguhpun bayi belum mempunyai penglihatan sebaik orang dewasa, pada ketika ini mereka sudah boleh mengenal warna-warna di persekitaran mereka dengan agak baik.

penglihatan bayi

Foto Kredit: babycenter.in

Penglihatan Bayi 9-12 Bulan

Dalam tempoh ini, bayi sudah mahir mengkoordinasikan mata dan tangan di mana mereka sudah bijak memegang dan mencapai objek.

Menjelang waktu ini juga, penglihatan bayi anda sudah setajam penglihatan orang dewasa. Malah, mereka sudah boleh melihat cebisan makanan atau objek kecil pada lantai. Oleh itu, anda perlu berhati-hati kerana mereka memang gemar ‘mengutip’ dan memasukkan objek ini ke dalam mulut!

bayi hisap jari

Foto Kredit: quiltingboard.com

Menakjubkan, Bukan?

Itulah sedikit sebanyak perkembangan mata bayi anda sejak dilahirkan hingga 1 tahun. Dalam tempoh tersebut, memang terlalu banyak perkara yang dipelajari oleh seorang bayi.

Hebatnya ciptaan Tuhan!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×