keselamatan

Budak Lelaki 8 Tahun Dicabul Dalam Tandas Awam Di Ipoh, Warga Bangladesh Ditahan

7.5K
SHARES

Polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh yang dipercayai mencabul seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di dalam tandas sebuah pasaraya di Station 18 di Ipoh pada Ahad lalu, 28 April 2019.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 3.30 petang, ketika mangsa membuang air kecil sendirian sementara ibunya yang berusia 38 tahun menunggu di hadapan tandas lelaki.

Penjenayah Masuk Ke Tandas Mangsa, Lakukan Seks Oral

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby berkata, ibu mangsa menyedari perbuatan itu selepas melihat muka anaknya pucat sejurus keluar dari tandas.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipanggil oleh suspek yang berusia 29 tahun masuk ke dalam bilik tandas dan bertindak melondehkan seluar mangsa serta melakukan seks oral sebanyak dua kali.

“Suspek kemudiannya melepaskan mangsa dan ketika itulah mangsa memberitahu ibunya mengenai perbuatan suspek,” katanya di sini.

Menurutnya, suspek bertindak menguncikan diri dalam tandas selepas perbuatannya diketahui keluarga mangsa.

Orang Awam Bantu Tangkap Suspek

“Kejadian itu turut disedari orang awam yang membantu menangkap suspek sebelum dia diserahkan kepada pihak polis,” ujarnya.

Mohd Ali berkata, suspek yang bekerja sebagai pemotong buah, telah direman selama tujuh hari sehingga 5 Mei.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan.

Ibu Bapa Perlu Lebih Berhati-hati

Tak sangka, dalam keadaan ditemani ibu ayah pun ada penjahat yang berani bertindak begini di tempat awam.

Semoga kita lebih berhati-hati dan sentiasa alert memantau anak masing-masing tak kiralah di mana kita berada.

Tambah lagi nak dekat musim perayaan ni, mesti banyak tempat yang sesak dan boleh menjadi tempat bagi penjenayah.

Jadi, sama-sama beringat ya!

*Sumber: Astro Awani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×