Hebahan

Kajian Mengumumkan Jenama Terunggul Pilihan Generasi Y Di Malaysia 2016

14
SHARES

IB PR Table MY Final.pptx

Influential Brands® (sebuah syarikat Brand Alliance) dengan sukacitanya mengumumkan Jenama Terunggul pilihan Generasi Y* di Malaysia (rujuk lampiran untuk senarai penuh) yang deperolehi daripada kajian dan penyelidikan meliputi 5 negara – Singapura, Malaysia , Indonesia, Thailand dan China.

Untuk menentukan Jenama Terunggul Gen Y Malaysia, perkongsian ditubuhkan bersama Open University Malaysia Business School (OUM) untuk menjalankan kajian melalui atas talian dan bersemuka dalam bahasa tempatan. Lebih daripada 50 kategori, termasuk perdagangan atas talian. Makanan dan Minuman ( F & B ) dan Fast- Moving Consumer Goods (FMCG ), Electronik dan kategori Kecantikan & Kesihatan diliputi dalam kajian tersebut.* Ditakrifkan sebagai 21 – 31 tahun.

Untuk menentukan Jenama Terunggul di Asia, Brand Alliance menbuat kajian dan menganalisis maklum balas daripada lebih 6,000 pengguna Gen Y dari negara-negara yang disebutkan. Hanya 5 jenama teratas bagi setiap kategori disenaraikan dalam siaran akhbar ini.  Sebagai perbandingan dengan Gen Y dari bandar-bandar Asia yang lain, jenama-jenama yang dipilih pengguna Gen Y Malaysia disifatkan sebagai penguna yang praktikal yang mengimbangi kepentingan untuk mengecapi gaya kehidupan yang sederhana dengan kehendak akan produk-produk prestij. Ini berbeza dengan hasil penyelidikan daripada penguna Gen Y dari China yang memaparkan minat mereka untuk meneruskan gaya hidup yang berkualiti melalui pilihan jenama mereka, yang lebih terdiri daripada jenama-janama import dan mewah. Oleh itu, Gen Y dari China mempertimbangkan imej atau status sesebuah jenama sebagai faktor penting dalam pertimbangan, sepadan dengan identiti dan status mereka.

Bagi Generasi Y di Malaysia secara umum, nilai dan kualiti produk adalah hampir sama penting dengan imej sesebuah jenama. Produk buatan Malaysia dan jenama asal Malaysia dianggap utama bagi kehidupan seharian majoriti responden. Trend yang digambarkan ini konsisten dengan pilihan generasi-Y merentasi pelbagai kategori – kereta dan restoran ke barangan gunaan harian seperti kopi dan biskut.

Profesor Madya Dr Zorah Abu Kassim dari OUM Business School berkata, “kajian menunjukkan bahawa Generasi Y Malaysia telah terbiasa dengan produk buatan Malaysia dan jenama Malaysia kerana jenama-jenama tersebut mudah didapati secara meluas di negara ini.” “Ini juga kerana produk-produk dan jenama ini mendapat perhatian dan sokongan baik dalam media tempatan (dari segi pengiklanan dan publisiti). Ia juga membuktikan bahawa jenama tempatan mempunyai kehadiran unggul di pasar raya tempatan, pusat membeli belah dan kedai-kedai runcit di negara ini.” 

 

(A) Jenama yang mengungguli minda pengguna (Top-of-mind) yang digemari pengguna Generasi Y Asia

Dari lebih daripada 500 jenama yang disenaraikan dalam kajian di 5 negara ini, 39 jenama telah muncul sebagai jenama yang popular dan disayangi ramai penguna Gen Y diseluruh Asia (lihat di bawah Rajah 2). Apabila ditanya apakan jenama pilihan mereka dalam setiap kategori, responden menyebutkan kesemua 39 jenama ini secara konsisten, sebagai 5 jenama utama (top 5) pilihan mereka. Salah satu penemuan yang menarik menunjukkan bahawa ada kenaikan bagi bilangan jenama Asia yang menduduki di minda Gen Y Asia sebagai jenama top-of-brand.

Rajah 2 - Jenama Top-of-Mind yang sering digemari pengguna generasi Y Asia

Rajah 2 – Jenama Top-of-Mind yang sering digemari pengguna generasi Y Asia

Notes :

  • Ini merujuk kepada jenama yang muncul dalam 5 kedudukan teratas dalam sekurang-kurangnya 4 buah negara yang dikaji, melainkan dinyatakan sebaliknya
  • Nota:Jenama Top-of-mind tidak sementinya berada di semua kategori.
  • Jenama tidak disenaraikan mengikut keutamaan. 

 

– Kepentingan dan Kekuatan (Strength) jenama dari Asia – Daripada 39 jenama top-of-mind yang dinyatakan, 14 daripadanya terdiri dari jenama Asia yang membentuk 36% dari jumlah keseluruhan. Trend ini bukan sahaja mencerminkan kebangkitan jenama-jenama Asia, tetapi kekuatan dan kepentingan mereka juga di mata pengguna-pengguna muda walaupun jenama-jenama Asia sering dianggap sebagai ‘late comer’. Uniqlo , Watson , AirAsia dan Samsung – adalah beberapa contoh jenama Asia yang semakin meningkat tinggi. Kajian ini juga menunjukkan bahawa syarikat penerbangan Asia menjadi pilihan dan adalah sangat popular dikalangan Gen Y – mendominasi sehingga 88 % di atas 5 syarikat penerbangan pilihan mereka. Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia telah membina reputasi yang kukuh bukan sahaja di Malaysia, bahkan di negara-negara Asia yang lain. Ia telah mendapat perhatian yang luar biasa dan muncul sebagai 5 jenama pilihan teratas (top 5) yang dipilihi responden di kelima-lima negara dikaji. 

(B) Kesetiaan terhadap Jenama Tempatan dalam beberapa kategori dipilih

Ia agak megejutkan kerana Gen Y di Asia telah menunjukkan kesetiaan yang ketara terhadap jenama kebangsaan dan tempatan mereka, walaupun di era globalisasi dengan pengaruh dan pendedahan jenama-jenama antarabangsa berleluasan dengan peningkatan pengunaan media social / digital. Berdasarkan hasil penyelidikan, Gen Y menunjukan kesetiaan yang ketara untuk jenama tempatan bagi kategori:

Syarikat Penerbangan ( Full Service ) – Dalam kategori ini , syarikat penerbangan tempatan telah muncul sebagai pilihan paling utama Gen Y di Asia. Ini termasuk Thai Airways, Garuda Indonesia , Singapore Airlines dan Malaysia Airlines adalah pilihan mutlak dan utama responden Gen Y masing-masing. Banks – Untuk industri perbankan pula, secara kebiasaannya bank-bank tempatan menjadi pilihan utama mereka. Bagi kategori ini, kajian menunjukkan bahawa bank-bank antarabangsa masih belum mendapat sambutan keutamaan responden Gen Y . Malah , CIMB adalah satu-satunya bank yang disebutkan di 2 negara (Malaysia dan Indonesia), yang mungkin disebabkan oleh keperluan perbankan Islam sebagai faktor utama di negara tersebut.

Biskut (FMCG) – Khong Guan (Singapore) , Want Want (China), Jacob’s (Malaysia) dan Roma (Indonesia) adalah beberapa contoh jenama tempatan yang digemari Gen Y selain produk dan jenama antarabangsa yang lain. Gen Y di Malaysia menunjukkan kesetiaan yang paling ketara kepada jenama-jenama biskut tempatan mereka, seperti Julie’s , Munchy’s dan Hup Seng sebagai pilihan utama mereka (susunan jenama yang disenaraikan tidak mengikut kedudukan/ranking) . Kereta – Dari hasil kajian, kesetiaan Gen Y Malaysia terhadap jenama tempatan adalah jelas di banyak kategori termasuk kereta. Dalam kategori ini, mereka memilih Perodua dan Proton antara jenama yang disenangi.

Aplikasi Tempahan Teksi – Walaupun baru dalam industry, ini mungkin adalah berita baik kepada penyedia tempatan seperti MyTeksi dan EzCab untuk mengetahui bahawa mereka tetap menduduki kedudukan 5 teratas dalam minda pelanggan Gen Y meskipun terdapat kebangkitan aplikasi tempahan teksi.

Online Marketplace– Meskipun jenama-jenama terbesar seperti Amazon dan Lazada telah pun ditubuhkan dan memperolehi pilihan majority di kebanyakan negara yang dikaji, terdapat sokongan yang kuat bagi jenama-jenama tempatan seperti Mudah dan Lelong (jenama-jenama yang disenaraikan ini tidak mengikuti susunan keutamaan).

“Kami gembira untuk menyatakan bahawa kedua-dua jenama tempatan dan jenama antarabangsa telah hadir di puncak dalam pelbagai kategori dalam kajian yang dilakukan antara Gen Y di Asia,” kata Jorge Rodriguez, Pengarah Strategi di Brand Alliance®. “Maklumat daripada kajian ini adalah penting kerana, walaupun ia benar bahawa globalisasi telah mengakibatkan penumpuan orang ramai kepada memilih jenama-jenama terkenal antarabangsa, ia juga membukitakan bahawa Gen Y lebih terbuka untuk menerima jenama-jenama lama dan baru. Kajian juga menunjukkan bahawa, jenama kebanggaan negara dan juga jenama-jenama yang lazim digunakan daripada muda menjadi faktor asas bagi pilihan Gen Y ini. Bagi kategori baru seperti Aplikasi Tempahan Teksi dan Online Marketplace pula, pengguna Gen Y mempertimbangkan cadangan dari sumber yang mereka percayai, kredibility jenama, nilai bagi wang dan kemudahannya, dalam proses keputusan mereka.

(C) Talian masih berpecah-belah dan peluang menanti pemain besar akan datang Kajian ini menunjukkan bahawa walaupun membeli-belah secara online telah meningkat dengan pesat, ia masih fragmented di dalam kebanyakkan kategori. Malah, peluang menanti bagi syarikat dalam talian dan juga luar talian.

Pelbagai Jenama Fesyen & Aksessori (Online) – Walaupun Zalora menduduki tempat teratas dalam kajian yang dilakukan di semua pasaran online (kecuali China), terdapat sekumpulan besar Gen Y yang masih tidak membeli-belah online untuk barangan fesyen dan aksessori. Dari segi peratusan pengguna Gen Y yang tidak membeli Fashion dan Aksessori online, Thailand mengetuai posisi ini (52%), diikuti dengan Indonesia (26%), Malaysia (24%) dan Singapura (14%). Dalam kategori ini, kedua-dua jenama antarabangsa dan tempatan menduduki posisi yang sama.

Tempahan Penerbangan (Online) – Dalam kategori ini pula, kajian menunjukkan bahawa majority daripada Gen Y di Malaysia, Thailand dan Singapura (dalam turutuan menurun) lebih senang memilih untuk membuat tempahan penerbangan mereka secara langsung dengan syarikat penerbangan pilihan. Ini berbeza dengan Gen Y di China yang lebih mengutamakan tempahan penerbang mereka melalui pembekal bersepadu yang menawarkan kemudahan bagi tempahan hotel dan penerbangan.

Minuman Tidak Berkarbonat (FMCG) – Ia amat menarik untuk memperhatikan bahawa setiap negara mempunyai keutamaan sendiri dalam kategori minuman yang tidak berkarbonat ini. Dari kesuluruhannya, pilihan jenama adalah tersendiri, pelbagai dan berdasarkan citarasa tempatan. Walau bagaimanapun, Gen Y di Malaysia dan Indonesia lebih suka memilih pilihan-pilihan berkarbonat.

IB PR Table MY Final.pptx

[box type=”info” align=”” class=”” width=””]ABOUT BRAND ALLIANCE

Brand Alliance amasses more than 18 years of knowledge, proven track record and expertise in regional branding for businesses in Asia Pacific. From consumer insights, corporate to retail branding and digital branding, Brand Alliance applies its unique COMPLETE BRAND INTEGRATION™ framework, which ensures a holistic approach for building sustainable brands. The Group developed Influential Brands® as a think-tank to recognise brand excellence and promote brand thought-leadership in Asia.[/box]

[box type=”info” align=”” class=”” width=””]ABOUT OPEN UNIVERSITY MALAYSIA BUSINESS SCHOOL (OUM)

The OUM Business School offers programmes designed to meet the country’s demand for management and accounting graduates at both management and supervisory levels. The programmes are aimed at producing graduates sensitive to changing market trends affecting both the business and non-business worlds as well as emerging issues confronting organisations.[/box]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×