Rakyat

Jaringan Prihatin B40: Cara Mohon Subsidi RM180 / RM300 Peranti & Data

694
SHARES
jaringan prihatin

Program Jaringan Prihatin yang baru dirasmi oleh YAB Perdana Menteri pada 5 Mei 2021 menawarkan dua manfaat kepada penerima B40 yang layak untuk mendapatkan pakej peranti atau pelan data bulanan.

Di sini diterangkan lebih lanjut tentang bantuan subsidi Jaringan Prihatin dan cara membuat permohonan.

Apakah Subsidi / Bantuan Jaringan Prihatin?

Untuk makluman anda, Program Jaringan Prihatin adalah inisiatif di bawah Belanjawan 2021 untuk 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) mendapatkan bantuan bagi perkhidmatan data Internet atau pembelian peranti mudah alih.

Program bernilai RM3.5 bilion ini merupakan pelengkap kepada inisiatif MyDigital yang diumumkan pada Februari 2021, yang bertujuan membina bakat dan kemahiran digital seiring dengan usaha keterangkuman berpaksikan objektif Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

program jaringan prihatin 5 mei

Jumlah Bantuan / Subsidi

Menurut kenyataan rasmi oleh Kementerian Kewangan (MoF), jumlah bantuan yang akan disalurkan adalah seperti berikut:

  • KATEGORI 1 : Isi rumah yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun – RM300 di bawah bantuan untuk pakej peranti dan RM180 untuk pelan data bulanan untuk 12 bulan.
  • KATEGORI 2 : B40 yang tiada anak bawah umur 19 tahun ditawarkan RM180 untuk pakej peranti dan RM180 bagi data bulanan.

Baca juga: Cara Print Dari Handphone Direct Ke Printer. Tak Payah Buka Laptop Dah

Tarikh Pendaftaran

Pendaftaran untuk Jaringan Prihatin akan dibuka daripada 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2021.

Cara Permohonan / Pendaftaran

Penerima yang layak boleh mendaftar dengan syarikat telekomunikasi pilihan mereka dan menyertai mana-mana pelan yang diiktiraf di bawah program ini. 

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan info lanjut tentang Program Jaringan Prihatin B40 ini, sila layari info penuh di Portal Belanjawan 2021 Kementerian Kewangan Malaysia.

https://belanjawan2021.treasury.gov.my/…/jaringanprihat…

jaringan prihatin b40

Sila rujuk syaikat komunikasi berikut untuk mengetahui lebih lanjut tentang perincian pelan yang ditawarkan di bawah Program Jaringan Prihatin B40 ini.

jaringan prihatin 5 mei b40

Semoga bantuan ini dapat membantu mereka untuk mengembangkan bakat dalam bidang berkaitan di samping memenuhi keperluan isi rumah dalam era digital.

Jadi jangan lupa daftar sebelum 30 Julai ini ya!

*Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Baca juga: Cara Buat QR Code MySejahtera Check-In Untuk Pelawat. Tak Payah Tulis Buku, Lagi Mudah & Selamat

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×