CARA PRINT DARI HANDPHONE DIRECT KE PRINTER TANPA LAPTOP / PC
Musim PdPR ni mesti ramai ibu ayah yang makin sibuk menguruskan kerja sekolah anak-anak kan?
Kebanyakan cikgu menggunakan Whatsapp, Telegram dan ada juga yang guna aplikasi seperti Google Classroom untuk mengagihkan kerja sekolah anak-anak.
Untuk memudahkan kita print dokumen tu dengan cepat, kita boleh print dari hp terus tanpa memerlukan laptop atau komputer tau!
Tak perlu pakai printer canggih atau printer yang ada wi-fi pun.
Pengguna android khususnya boleh buat macam ni sebab ia hanya memerlukan sebuah kabel OTG yang murah dan mudah didapati.
Di sini kami kongsikan cara print dari handphone terus ke printer melalui kabel OTG.
Baca juga: Cara DIY Print Gambar Passport Untuk Kegunaan Sekolah Anak-Anak, Senang & Jimat!
Apakah Kabel OTG?
OTG adalah ringkasan untuk ‘On-the-Go’ di mana ia merupakan salah satu fungsi peranti Android yang membolehkan peranti mudah alih seperti telefon pintar ataupun tablet untuk terus mengakses pemacu kilat USB (USB Flash Drive).
Memandangkan printer kita semua ada USB, so bolehlah gunakan fungsi kabel OTG ni.
Selain itu, kabel OTG ni juga boleh berfungsi untuk membaca, menyunting ataupun memindahkan kandungan yang terdapat di dalamnya.
Ini bermakna kita tidak lagi perlu menggunakan komputer untuk memindahkan fail dari USB flash drive seperti pendrive ke telefon pintar ataupun tablet, kerana ia boleh terus diakses pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada.
Mudah kan?
OK, kalau nak tanya harga USB OTG ni range dia bergantung pada kualitilah. Tapi rata-rata boleh tengok harganya murah sangat, yang biasa paling murah boleh dapat bawah RM5 dan yang mahal sikit boleh dapat sekitar RM20 dan ke atas.
Cara Print Dari Handphone Ke Printer
Bila dah ada kabel OTG, bolehlah kita print terus direct dari handphone.
Caranya ikut langkah ni.
- Download aplikasi NokoPrint
- Sambungkan kabel OTG ke printer dan handphone. (cara sambungan boleh tengok gambar di bawah)
- On kan printer siap-siap dan sediakan kertas ikut dokumen yang kita nak print.
- Buka dokumen dan pilih dokumen untuk dicetak.
- Print menggunakan aplikasi NokoPrint.
- Siap!
Rujuk langkah bergambar di bawah:
Inilah kabel OTG tu.
Ada juga jenis yang lain sikit, bergantung pada jenis hp kita.
Kemudian kalau nak print kena ada satu aplikasi.
Download aplikasi NokoPrint ni untuk kita print dokumen.
Cara sambungannya macam dalam gambar ni.
Bila nak print, boleh buka melalui aplikasi NokoPrint tadi.
Siap!
Mudah kan?
Bolehlah cuba nanti. Tak payah nak pakai printer mahal-mahal, printer biasa pun boleh.
Bukan sekadar untuk print kerja sekolah saja, nak print dokumen pejabat atau urusan sendiri pun senang nanti.
Selamat mencuba.
NOTA: Untuk pengguna iPhone boleh guna aplikasi AirPrint untuk print dokumen terus dari handphone.
*Kredit: MiszZ Ella & Sarolyda Sal