Teknologi

Cara Buat QR Code MySejahtera Check-In Untuk Pelawat. Tak Payah Tulis Buku, Lagi Mudah & Selamat

24.1K
SHARES

Musim raya hari tu mungkin ramai yang dah jalan sana sini sebab kerajaan pun dah longgarkan syarat boleh merentas negeri dan sebagainya.

Kebanyakan kedai dah boleh beroperasi dan kita juga boleh berkumpul dengan keluarga dan rakan-rakan dengan syarat bawah 20 orang.

Yang penting, kena patuhi SOP!

Perasan tak, kalau kita tulis maklumat dekat buku ni, leceh juga kan. Malah, ada yang tak bagi kerjasama dan bagi maklumat palsu pulak.

Jadi, kita boleh guna Apps MySejahtera Check-In ni untuk memudahkan pelawat yang datang ke premis kita.

Tak payah nak tulis-tulis dekat buku lagi. Lagi mudah, cepat dan terjamin lebih bersih!

Nak tahu cara buat QR Code MySejahtera?

Jom baca selanjutnya dalam artikel ini.

Apa itu MySejahtera Check-In?

Kebanyakan premis perniagaan macam AEON Mall pun dah pakai apps ni. Kalau kita nak buat untuk sekolah, pejabat, atau kenduri kahwin pun bagus.

Bagi yang belum tahu, MySejahtera Check-In adalah satu fungsi tambahan dalam aplikasi MySejahtera di mana ia memberi kebenaran kepada semua jenis premis untuk mengikuti SOP Pembukaan Semula Ekonomi yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia dalam keadaan wabak COVID-19 di Malaysia.

Pendaftaran MySejahtera Check-In adalah untuk perniagaan, premis, pengangkutan awam dan lain-lain, bagi mendapat dan memaparkan Kod QR MySejahtera.

Pengguna MySejahtera pula boleh menggunakan Pengimbas Kod QR MySejahtera yang terkandung dalam aplikasi tersebut untuk mengimbas Kod QR yang dipaparkan.

Cara Buat QR Code MySejahtera

Cara buat QR Code MySejahtera ni simple je…

Jom kita tengok langkah demi langkah kat bawah ni.

1. Pergi Ke Laman Web MySejahtera

Mula-mula pergi ke laman web MySejahtera di pautan: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/

Nanti akan keluar paparan macam dekat bawah ni.

cara buat qr code mysejahtera

Lepas tu klik dekat ‘Register MySejahtera Check-In’.

2. Sign Up

Seterusnya kita cuma perlu masukkan nombor telefon kita dekat bawah tu.

Nanti kod OTP akan dihantar pada nombor telefon yang kita masukkan.

Bila dah terima SMS, kita masukkan je kod OTP untuk sahkan nombor telefon kita tadi.

3. Isikan Maklumat Premis

Langkah berikutnya kita masukkan pulak maklumat premis yang kita nak daftarkan tu.

Guna alamat rumah pun boleh kalau kita ada nak buat majlis kecil-kecilan.

Contohnya kalau saya nak buat kenduri kahwin kan, saya bubuh je ‘Business Name’ tu sebagai ‘Majlis Perkahwinan Siti & Zul’.

Dah siap isi tekan butang ‘Submit’.

4. Print

Dah siap dah… Bolehlah print. Tekan je butang ‘Print’ dekat bawah tu.

Tapi kalau printer tengah tak ada ink atau kita tak ada printer dengan kita masa tu, kita boleh pilih option ‘Email me’ atau ‘Download’ untuk simpan dulu QR Code yang dah di generate oleh MySejahtera Apps ni.

Ni saya dah print tapi nampaknya printer tak cukup ink… Hehehe…

Nanti kena print balik sebab takut bila scan nanti tak boleh detect kodQR Code ni sebab dia sensitif kan.

cara buat qr code mysejahtera

Saya test scan balik QR Code MySejahtera tu dekat laptop untuk check fungsinya.

Caranya buka apps MySejahtera, lepas tu tekan ‘Check-In’.

Halakan je kamera phone dekat QR Code yang kita buat tadi.

Berjaya!

Nanti akan keluar notifikasi macam dekat bawah ni.

Maksudnya QR Code MySejahtera kita sah untuk digunakan oleh pelawat yang datang je premis kita.

Cara buat qr code mysejahtera

So dah tahu cara buat QR Code MySejahtera bolehlah buat dekat premis perniagaan korang atau majlis-majlis dekat rumah nanti.

Tak payah dah nak sediakan buku. Maklumat lebih tepat dan urusan pun lebih lancar.

Mudah je kan?

Selamat mencuba.

#kitajagakita

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×