Asuh

Jangan Suka Takutkan Anak-Anak, Kesannya Sampai Dewasa!

33
SHARES

“Pergilah belakang rumah, nanti hantu rambut panjang ambil dia…”

Mesti anda pernah dengar ayat-ayat sebegini semasa kecil bukan? Memang tujuannya mungkin berniat baik untuk mengelakkan anak-anak kecil keluar rumah pada waktu malam, namun rupanya kesan ini akan berlanjutan sehingga dewasa! Perasaan takut tersebut akan terus dirasai walaupun kita sudah dewasa dan boleh menganggu fikiran.

Jadi, ini sebab mak ayah jangan suka takutkan anak-anak semasa kecil.

Baca juga: 4 Perbuatan Mak Ayah Boleh Rosakkan Anak Tanpa Sedar!

JANGAN SUKA TAKUTKAN ANAK-ANAK

“Pegilah situ. Nanti momok ambik!”

Memang mudah disiplinkan anak dengan takut-takutkan mereka ni. Kelakar pun ada. Tapi ketahuilah, kesan jangka masa panjangnya lebih buruk. Kita mungkin fikir, sepanjang anak dewasa, ketakutan tu akan hilang. Hakikatnya, ia ibarat highway yang kita dah bina pada otak anak.

Yang tak bestnya, tanpa kita sedar, highway yang dibina itu menghubungkan cabang jalan yang banyak. Contohnya, bila kita takutkan anak dengan hantu. Ketakutan tersebut boleh pergi ke beberapa cabang :

– takut gelap

– takut orang berwajah luar biasa

– takut perempuan yang berambut panjang

– takut bila tengok kotoran pada dinding yang ada bentuk macam ‘hantu’

MEMORI KETAKUTAN AKAN TERBAWA SAMPAI ANAK BESAR

Apa yang menyedihkan, ia takkan hilang begitu sahaja. Memori ketakutan tersebut akan terbawa sampai ke anak besar. Dan ia akan menjadi punca mudahnya anak-anak trigger fobia dan anxiery apabila dewasa. Kesan yang sama juga berlaku bila kita biasakan anak tengok cerita seram dan ganas.

Seorang psikologis dalam rancangan dokumentari di Netflix (Brain Explained) ada berkongsi. Waktu kecilnya, dia terjebak tonton cerita Jaws. Memori trauma yang dia dapat dalam filem tu, menyebabkan dia diserang panik setiap kali berada dalam air, terutamanya laut.

Baru-baru ni juga ada seorang ibu yang berkongsi dengan saya. Seorang anaknya yang baru berusia 3 tahun menangis sambil menggigil bila masuk ke stesen minyak. Disebabkan terlalu takut dengan inflatable maskot yang melambai-lambai depan stesen minyak.

Rupanya si kakak selalu menakutkan adik dengan patung dalam siri cerita Squid Game. Kelakar bila bayangkan. Benda macam tu pun boleh takut. Tapi tidak bagi yang menanggung ketakutan. Saya sendiri pernah melalui episod panik nak buka ensiklopedia.

Nafas jadi laju dan dada berdebar-debar bila nak buka buku gambar dinosaur, gambar hutan, dan sebagainya. Padahal saya dah masuk sekolah menengah waktu tu. Pelik bagi orang lain. Tapi itulah cara otak saya proses benda yang pernah ditakut-takutkan pada saya masa kecil.

Jadi ibu ayah mithali sekalian. Mohon elakkan sakat dan takutkan anak-anak. Walaupun pada kita, senang nak disiplinkan anak. Dan lucu tengok mereka menangis. Sedangkan, kesan jangka masa panjangnya sangat tidak sihat dari segi emosi dan psikologi anak. Kesian tau. Bila ia terbawa sampai anak besar.

Sumber: Wawa Shauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×