40 Minggu

Jangan Soal 10 Perkara Ini Dekat Wanita Hamil Kalau Tak Nak Kena ‘Sound’!

239
SHARES

” Ehhh, mengandung lagi ke? Kerapnya mengandung!”

Sudah menjadi lumrah manusia, apa yang kita buat semua tak kena. Termasuklah hal mengandung. Bila kita mengandung, macam-macam perkara nak disoalkan sehingga ke hal privasi pun tetap nak dipersoalkan. Wanita yang sedang hamil ni sangat sensitif orangnya, jadi tak salah kan kalau anda jaga perasaan mereka? Jangan nak tanya macam-macam sangat.

www.lovepanky.com

10 PERKARA YANG ANDA JANGAN SOAL KEPADA WANITA HAMIL

1. “Eh, kecilnya perut awak”

www.pinterest.com

Memang setiap perut ibu yang mengandung mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Ada yang perutnya kecil dan ada yang perutnya besar. Bila ada antara anda yang mempunyai perut kandungan yang kecil, mulalah orang bercakap. Mungkin boleh diambil sebagai pujian pada permulaannya, tapi bila ada orang cakap perut kandungan kecil ni disebabkan masalah kesihatan, mulalah kita geram kan? Oleh itu, biarlah apa orang nak cakap,yang penting kita sihat.

2. “Eh, besarnya perut awak”

www.yourchineseastrology.com

“Ish besarnya perut! Mesti anak dalam kandungan tu besar”. Pernah tak anda berada dalam situasi macam ni? Penat nak menjawab bila orang asyik pertikai saiz perut kandungan kita ni. Yang pentingnya, kandungan dalam perut tu sihat dan proses bersalin dapat dilakukan seperti sediakala kan?

3. “Boleh tak nak pegang perut awak?”

http://www.webmd.com/

Takkan pula nak cakap tak boleh. Kadang-kadang, pertanyaan nak pegang perut tu seolah-olah kita yang mengandung ini aneh. Jadi, buat anda yang suka nak minta pegang perut orang mengandung tu, selepas ni tak payah tanya dah okay.

4. Suka membandingkan pengalaman

http://www.quickanddirtytips.com/

Haa, ini yang kadang-kadang orang tak suka. Anda perlu sedar bahawa setiap ibu yang mengandung itu mempunyai pengalamannya yang tersendiri. Tak salah kalau nak berkongsi pendapat atau pengalaman, tetapi janganlah pula membandingkan pengalaman anda dengan orang lain. Masing-masing ada caranya yang tersediri.

5. Tak boleh makan itu, tak boleh makan ini

www.verywell.com

Tahukah anda bahawa wanita hamil ini sangat sensitif orangnya? Kalau anda datang melawat wanita hamil dan macam-macam pantang larang anda hujahkan, rasanya boleh dapat ‘serangan balas’ kot. Mereka tahu apa yang mereka boleh makan atau tidak. Kalau semasa anda mengandung dahulu tak boleh makan buah durian, tidak semestinya orang lain pun tak boleh makan.

6. “Nanti lepas bersalin, tak nak berhenti kerja ke?”

http://www.sheknows.com/

Kalau tak kerja pun kenapa? Haish, zaman dah maju pun masih ada pertanyaan sebegini. Masih ada lagi dalam kalangan masyarakat kita yang tak boleh senang duduk kalau tak sibuk hal orang sampai ke hal masa hadapan pun nak tanya. Kalau kerja ke tak kerja ke, masih lagi boleh jaga anak tau. Bukannya nak biarkan anak terbiar macam itu saja.

7. ” Ada anak nanti tak tidur malam la”

www.whattoexpect.com

Ini sejenis yang suka menakut-nakutkan orang. Mungkin kita akan jawab ” Yeke? Kenapa tak tidur pula?”, dan lepas tu macam-macam hujah la yang keluar dan salah satunya adalah sebab anda terpaksa melayan kerenah anak sampai ke pagi.  Tak mengapa, kalau anda tak mahu berjaga sampai lewat malam untuk jaga anak, tak perlu la nak cakap macam ini dekat orang lain kan?

8. ” Ingatkan tak mahu anak, tapi mengandung juga..”

http://www.goodtoknow.co.uk/

Kalau anda sedang berada dalam kelompok orang yang suka bergosip, mungkin anda akan dapat sindiran macam ini banyak kali. Terutama sekali pada wanita yang lambat atau susah untuk hamil. Orang akan beranggapan bahawa selama ini, anda tidak mahukan anak, padahal sebaliknya. Biarkan mereka, meraka tak tahu kesusahan yang anda alami untuk mendapatkan anak.

9. ” Muda-muda dah mengandung”

www.mnn.com

Rezeki semua itu ditangan Tuhan, jadi tak kira muda atau tua pun kalau dah dikurniakan rezeki untuk mengandung, apa salahnya. Bila muda-muda dah ada anak, nanti anak dah besar tu si ibu masih nampak muda lagi kan?

10. ” Aik? Mengandung lagi?”

http://www.shape.com.sg/

Kadang-kadang, anda mungkin akan alami situasi begini kerana ada dalam kalangan orang sekeliling yang cemburukan anda. Bukan semua wanita mendapat kurniaan untuk mengandung dengan mudah tau. Jadi, kalau orang asyik cakap kenapa anda mengandung lagi atau kenapa mengandung kerap sangat, cakap saja yang itu semua rezeki.

*Jangan asyik nak tanya banyak soalan lagi tau!

giphy.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×