Famili

Jangan Sakat Anak Dengan Penipuan, Boleh ‘Rosak’ Minda!

2.4K
SHARES

“Eee tak comel lah awak ni. Jauh sikit…”

Itu merupakan ungkapan sering diucapkan oleh ibu bapa jika anak tidak mahu mandi. Walaupun kita menggangap sebagai usikan biasa tetapi kerana usikan itulah sebenarnya mampu melukakan hati anak sehingga menyebabkan anak hilang keyakinan diri dan malu akan dirinya.

Perkara ini sama seperti penerangan yang diberikan oleh Dr. Suriyakhatun di laman Facebook di mana beliau turut tidak setuju dengan tindakan ibu bapa yang sering sakat anak.

Baca juga: Perangai Ibu Bapa Mengumpat Anak Sendiri Ibarat ‘Makan Daging’ Mereka…

JANGAN SAKAT ANAK DENGAN PENIPUAN, BOLEH ROSAK MINDA

Yang komen tentang sakat anak semuanya wanita. Kebanyakkan tak setuju dengan perbuatan menyakat anak.Ada juga yang mengatakan kena lihat pada personaliti anak. Ada anak yang sensitif dan lurus. Anak begini tak boleh di sakat. Ada anak yang faham sakat itu gurauan dan suka dengan sakat yang merupakan interaksi anak dan ibu-bapa.

Bagi saya, jangan sakat dengan menipu anak. Jangan sakat anak yang ada masalah mental seperti autisma. Ada seorang ayah semasa anak nya sedang buang air besar sakat anak dengan mengatakan najis nya busuk dan mengelikan. Selepas itu, anak ini menahan berak dan terjadi sembelit sehingga najis keluar sendiri kerana terlalu banyak berkumpul.

Ada yang sakat anak dengan mengatakan dia anak angkat, pungut dari tempat sampah, ada yang sengaja kata pada anak dia tak sayang anak. Anak yang kecil cepat serap apa yang kita katakan dan walaupun kita nafikan kemudian, luka sudah terbentuk.

Pada Ahad lepas harijadi cucu sulung saya. Ibunya, anak sulung saya pakat dengan semua ahli keluarga untuk buat surprise birthday party untuknya dan pada siang nya tak ada seorang pun ucapkan selamat hari jadi kepadanya. Ini berlarutan hinga lepas Maghrib, barulah dia di kejutkan dengan hiasan dan ucapan happy birthday hadiah dan hidangan dengan ahli keluarga keliling.

CUCU HILANG KEYAKINAN KERANA DISAKAT

Terus cucu saya menangis. Hari ini saya tanya padanya. Adakah Ainayya rasa sebarang trauma sekarang. Adakah Ainayya rasa orang semua tak sayang kerana seorang pun ahli keluarga ucap Happy Birthday? Cucu saya ini amat di sayangi semua ahli keluarga dan pengalaman nya adalah semua orang sayang dia maka, sakat ini tidak menyebabkan trauma berpanjangan.

Saya dapat jangka cucu saya ini ada keyakinan dia disayangi dan dihargai. Bagi seorang remaja lain yang mungkin tak yakin dengan somongan dan kasih sayang ibu bapa, sakat begini mungkin melukakan mendalam.

Walaupun pada satu aspek kita tak boleh lindungi anak kita dari terluka mungkin dari cikgu, rakan sebaya atau orang lain, biarlah anak rasa ibu ayah serta ahli kelurkan nya adalah safehouse dia, tempat untuk dia rasa selesa dan penuh yakin dengan kasih sayang dan belaian serta sokongan.

Hanya satu ucapan tetapi ucapan inilah yang membentuk emosi dan personaliti ansknya itu hingga dewasa. Be careful of what you say. It may leave a lasting impression cause deep seated wounds.

Sumber: Facebook Dr Suriyakhatun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×