Asuh

Jangan Biasakan Trend Bawa Bayi Tengok Wayang, Banyak Kesan Tak Elok!

36
SHARES

Sudah menjadi kebiasaan untuk mana-mana pasangan membawa anak kecil bersama-sama menonton wayang berikutan terdapat beberapa kekangan. Bagaimanapun, setiap pasangan perlu sedar membawa anak kecil menonton wayang kurang sesuai dipratkikkan dan akan memberi kesan terhadap anak tanpa kita sedar.

Menurut perkongsian seorang doktor di media sosial, beliau menjelaskan beberapa risiko yang bakal berlaku sekiranya membawa bayi di bawah usia 2 tahun ke pawagam. Ikuti perkongsian ini.

Baca juga: Tips Pilih Gunting Ikut Usia Anak, Bahaya Kalau Salah Pilih!

JANGAN BIASAKAN TREND BAWA BAYI TENGOK WAYANG

Jelas Dr Ahmad Firdaus, pawagam bukan untuk bayi dan beberapa faktor perlu dititkiberatkan sebelum membawa mereka.

Sebelum bawa bayi kecil menonton filem di panggung wayang fikir dulu. Ada banyak faktor yang menyebabkan ia tidak berapa sesuai.

1. Bunyi di ukur melalui nilai decibel (dB). Secara amnya, decibel yang selamat untuk pendengaran adalah 85 dB ke bawah. Lebih daripada itu dianggap tidak selamat jika terdedah secara berterusan. Ini untuk dewasa, kalau bayi pendedahan kepada bunyi yang kuat secara beterusan boleh menyebabkan kerosakan.

2. Suhu di pawagam biasanya sangat sejuk dan hanya orang yang mempunyai selaput lemak yang tinggi pun boleh rasa kesejukannya. Inikan pula bayi yang kecil. Jika terdedah kepada suhu rendah terlalu lama, ia akan akibatkan hipotermia.

3. Pawagam adalah tempat yang tertutup. Bayi pula tidak boleh mengenakan pelitup muka akibat risiko sesak nafas. Bayi akan terdedah kepada risiko jangkitan kuman bawaan udara (airborne) dengan lebih mudah.

4. Koyak. Banyangkan tengah syiok layan jiwang sambil meleleh air mata, bayi menangis sekuat hati. Hati penonton akan koyak. Stress. Nak marah tapi kena sabar. Akhirnya rasa rugi pula beli tiket mahal-mahal tetapi diganggu oleh tangisan si cilik yang mahu pulang dan tidur di rumah sahaja.

Jadi, janganlah bawa bayi atau kanak-kanak yang tak faham cerita “heavy” di pawagam. Duduk sahaja lah di rumah dan bergilir lah tonton di pawagam ataupun dapatkan khidmat penjaga.

Sumber: Facebook Dr Ahmad Firdaus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×