Famili

Alif Satar Puji Mall Sediakan Nappy Room Di Tandas Lelaki- “Tukar Lampin Anak Bukan Kerja Mak Je..”

2
SHARES
jenis lampin anak

Baru-baru ini selebriti terkenal dan juga seorang ayah, Alif Satar telah memuatnaik satu gambar di laman Instagramnya yang mendapat impak positif dalam kalangan ramai. Posting berkenaan amat berkait rapat dengan situasi yang dihadapi oleh ibu dan ayah apabila ingin menukar lampin di pasaraya.

Baca juga: Anak Dah Banyak Ajak Tonton Movie? Ini Lokasi Panggung Wayang Mesra Kanak-Kanak

ALIF SATAR PUJI MALL SEDIAKAN NAPPY ROOM DI TANDAS LELAKI

“Paling happy bila nappy room kat mall..senang untuk bapak-bapak. Kalau tak, most places letak tempat nappy change in the ladies WC. Good job IPC”

Rupanya, ramai dalam kalangan warganet yang berkongsikan kelegaan yang sama seperti Alif Satar apabila pasaraya besar menyediakan kemudahan ‘nappy room’ di tandas lelaki juga. Ini amatlah penting supaya menyedarkan tanggapan orang ramai bahawa tugas menukar lampin bukan hanya kerja si ibu sahaja.

“BUKAN KERJA MAK JE..”

Ada juga dalam kalangan warganet yang meninggal komen bahawa di Sweden, dia juga sering melihat si ayah yang sering menukar lampin anak-anak apabila keluar berjalan-jalan. Jadikan perkara ini normal supaya tugas tidak terhad kepada si ibu atau ayah sahaja, malah jadikan tugas ini sebagai kebiasaan buat dua-dua pihak.

Sumber: Alif Satar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×