“Aku ni bawa anak kecil nak datang tengok wayang, takut pula menganggu orang lain sebab bising”
Membawa anak menonton filem kegemaran di panggung wayang kadang-kadang boleh mendatangkan kerisauan. Maklumlah, amat penting untuk anda tidak membuat bising dan mengganggu kententeraman awam kalau tidak mahu untuk dimarahi kan? Oleh itu, penting untuk ibu bapa alert dan tahu kepentingan untuk memilih panggung wayang yang bersesuaian.
Salah satunya adalah dengan memilih panggung wayang yang kids friendly di mana lebih sesuai untuk seisi keluarga menikmati filem yang ditonton. Tapi dekat mana ada panggung wayang macam ini?
Baca juga: Awas Propaganda Halus Racun Anak Kecil, Ini 8 Kartun Ada Selit Unsur LG*TQ
LOKASI PANGGUNG WAYANG MESRA KANAK-KANAK
Tapi, penting untuk ibu bapa mengikut sekali anak-anak ke dalam panggung wayang supaya dapat memantau aktiviti anak. Yang menariknya, segala dekorasi dalaman dalam panggung menitikberatkan warna yang cerah dan meriah. Memang kanak-kanak akan suka dengan pemilihan warna ini.

Foto: GSC
GSC PLAYPLUS
1.GSC IOI Mall, Puchong
2.GSC 3 Damansara
3.GSC Tropicana Gardens Mall
4.GSC The Mall, Midvalley Southkey
GSC PLAY – KLANG VALLEY
1.GSC Starling Mall
2.GSC Subang Parade
IPOH
1.GSC Falim Ipoh
KUANTAN
1.GSC Kuantan City Mall
JOHOR
1.GSC Bandar Dato’ Onn Jaafar
2.GSC Square One Batu Pahat
TGV FAMILY FRIENDLY HALL
Bukan sahaja GSC, anda juga ada pilihan

Foto: TGV
1.TGV Central i-City
2.TGV Toppen Johor Bharu
3.TGV Tasek Central
4.TGV Bintulu Boulevard

Foto: TGV
Untuk informasi lanjut anda boleh ke laman rasmi GSC dan TGV untuk pembelian tiket ya!