Didik

Ini Peluang Untuk Anak-Anak Anda Penuhi 30 Hari Ramadan Dengan Kebaikan Bersama Dutch Lady! Boleh Menang Hadiah Pula Tu!

1.4K
SHARES

Memandangkan Ramadan pun dah tiba, mesti ibu bapa sibuk dalam membuat persiapan kan? Tambah lagi yang mana ada anak-anak kecil tu. Kalau boleh dalam bulan yang mulia ni, mesti anda nak mengajar mereka berpuasa dan melakukan perkara yang baik.

Bukan apa, itu juga adalah salah satu tanggungjawab dalam mendidik mereka kan? Ha..cakap mengenai ini, Dutch Lady nak ajak anda untuk sama-sama membimbing anak-anak dalam melakukan kebaikan sepanjang Ramadan dengan menghasilkan kalendar 30 Hari 30 Kebaikan untuk memudahkan para ibu semua.

Dengar cerita, siap boleh menang hadiah lagi tau. Nak tau macam mana? Ha..jom kami kongsi!

Dapatkan kalendar Dutch Lady 30 hari 30 kebaikan & berpeluang menang baucar Shopee!

Buat ibu di luar sana yang cuba sedaya upaya mahukan anak-anak untuk berpuasa di samping membuat perkara yang baik, anda boleh cuba dengan mengajak mereka bermain permainan kalendar interaktif dengan menggunakan kalendar yang disediakan dan berpeluang untuk memenangi** hadiah menarik setiap minggu!

Terdapat 120 hadiah berupa baucer Shopee untuk dimenangi mengikut terma dan syarat.

Apa yang anda perlu buat adalah:

Langkah 1: Dapatkan kalendar Dutch Lady 30 Hari 30 Kebaikan di laman web INI

Langkah 2: Anda dan anak-anak perlu membuat apa sahaja aktiviti kebaikan harian mengikut kalendar.

Langkah 3: Seterusnya, muat naik gambar yang jelas dan kreatif yang mempamerkan anda atau anak anda mengambil bahagian dalam mana-mana tugas harian seperti yang disiarkan di laman sesawang https://www.berkatramadan.smartmoments.com.my

Setiap hari, anda dibenarkan untuk memajukan satu ruang di papan kalendar itu dan melengkapkan satu perbuatan baik. Anda juga boleh akses kalendar tersebut menggunakan telefon pintar anda. Mudah kan?

Pengambilan nutrisi juga penting untuk membantu anak-anak dalam melakukan sesuatu yang terbaik!

Dalam pada anda dan anak-anak seronok berpuasa dan melakukan kebaikan tu, anda juga boleh usaha untuk  memberikan mereka nutrisi yang cukup dengan DUTCH LADY 5X DHA*. Susu ini menyediakan nutrisi yang sesuai untuk kanak-kanak berumur antara 1 hingga 6+ tahun. Dengan 5X DHA* juga, ia akan menyokong perkembangan otak kanak-kanak.

Formulanya tinggi dengan protein membantu perkembangan fizikal anak anda serta mengandungi campuran 20 vitamin dan mineral. Selain itu, susu ini tinggi dengan vitamin A,C,D, dan E dan ia membantu menyokong daya ketahanan badan kanak-kanakˇ.

DUTCH LADY MaxGro pula adalah pemakanan pendietan berformula berasaskan susu untuk kanak-kanak yang berumur antara 1 -9 tahun. Ia dirumus khas untuk menyokong si manja dengan membekalkan 80% nutrien harian yang disarankan^ (Malaysia RNI 2017) bagi memastikan si manja mempunyai pemakanan yang lengkap dan seimbang.

Jadi, walaupun seharian penat berpuasa, anak-anak anda tetap mendapat nutrisi dan tumbesaran yang cukup melalui susu tepung rumusan untuk kanak-kanak DUTCH LADY 5X DHA* dan DUTCH LADY MaxGro.

Jom beli produk Dutch Lady! Anda boleh dapat RM5 percuma dari Touch n Go tau!

Kalau anda nak tahu, Dutch Lady nak berikan RM5 rebat percuma melalui Touch n Go untuk anda yang membuat pembelian produk mereka sekurang-kurangnya RM35. Tempoh promosi ini bermula dari sekarang sehingga 30 April 2022.

Ha…disamping membeli produk dari mereka, bolehlah anda berkongsi kebahagiaan dan melakukan lebih banyak kebaikan dengan membantu mereka yang memerlukan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di SINI.

*5X DHA:  Berbanding dengan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang terdahulu (Tahun 2009)

**Tertakluk kepada terma dan syarat

ˇVitamin yang menyokong daya ketahanan badan: Vitamin A & D (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2906676/); Vitamin C & E (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK230984/)

^80% Nutrien Harian: Memenuhi sekurang-kurangnya 80% nutrien terpilih daripada saranan pengambilan nutrien yang disyorkan di Malaysia (Malaysia RNI 2017) Seperti Kalsium, Fosforus, Zat Besi, Magnesium, Zink, Vitamin A, D3, E, K1, B1, B2, B3, B6, B12 dan C

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×