Famili

Ini Nilai Penting Perlu Dipupuk Sejak Anak Masih Kecil & Sukan Ialah Guru Terbaik Luar Kelas!

4.1K
SHARES

Baru-baru ini, MILO® Malaysia mengadakan satu seminar secara talian dengan memanggil beberapa pakar dari panel hebat seperti pendidikan, korporat dan syarikat permulaan. Anda sebagai ibu bapa pasti tertarik kerana perbincangan mereka berkaitan elemen ‘grit’ yang penting untuk kejayaan masa depan anak-anak.

Untuk pengetahuan anda, ‘grit’ bermaksud minat dan kesungguhan dalam melakukan perkara bermakna dalam hidup untuk jangka masa panjang.

Menurut pandangan 79% majikan dalam Laporan Kecekalan Tangga Kejayaan MILO®, perjalanan karier yang tidak konsisten atau sering tukar pekerjaan mengakibatkan generasi muda kini menderita kekurangan ‘grit’ yang meluas.

Oleh itu, Forum Grit Advantage MILO® telah diadakan bagi para pakar memberi pandangan lanjut mengenai keperluan ‘grit’ untuk masa depan anak-anak.

Forum Grit Advantage MILO®, perbincangan keperluan Grit dalam diri anak-anak

Pada 3 Disember 2020, kami mengikuti Forum Grit Advantage MILO® yang menampilkan Datuk Dr Habibah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai tetamu khas.

Panel pakar lain iaitu Timothy Johnson, Naib Presiden Kanan Pemasaran, Produk & Perkongsian, Kolej Universiti Antarabangsa INTI; Shahzad Umar, Pengarah Eksekutif – Sumber Manusia, Nestlé (Malaysia) Berhad; Ben Ho, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, Talentbank; dan Nina Othman, Pengasas, Grow the Goose dan Borneo Cocoa turut mengikuti forum ini.

Menurut Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan-MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad, Laporan Kecekalan Tangga Kejayaan MILO® yang menjadi asas perbincangan Forum Grit Advantage MILO® telah mencapai objektifnya untuk mencetuskan perbincangan dan meningkatkan kesedaran tentang ‘grit’ dalam diri anak-anak.

“Peranan ibu bapa amat penting dalam menyuntik sifat cekal dalam diri anak bermula sekarang demi mempersiapsiagakan mereka ke arah kecemerlangan masa hadapan.”

-Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan-MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad-

Forum Grit Advantage MILO® berfungsi sebagai platform bagi pakar-pakar industri memberikan kupasan lanjut tentang penemuan Laporan Kecekalan Tangga Kejayaan MILO®. Mereka juga berkongsi perspektif tentang kepentingan ‘grit’ serta cara memupuk sifat ini dalam kalangan golongan muda hari ini.

Berikut antara pendapat menarik daripada barisan panel yang dapat kami ambil menerusi Forum Grit Advantage MILO®. Semua pendapat ini sangat berguna buat anda yang mahu memupuk ‘grit’ iaitu sifat cekal dalam diri anak anda.

Datuk Dr Habibah: pendidikan anak tidak terhad dalam kelas sahaja

Datuk Dr Habibah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia

“Sifat cekal bermula di rumah dengan didikan ibu bapa. Kemudian sifat ini dikukuhkan di sekolah dan dipupuk dalam kalangan masyarakat. Ia tidak terhad kepada pembelajaran dalam kelas semata-mata.”

Timothy Johnson: Sifat cekal anak perlu dipupuk pada usia muda

Timothy Johnson, Naib Presiden Kanan Pemasaran, Produk & Perkongsian, Kolej Universiti Antarabangsa INTI

“Sifat cekal ini ibarat tabiat. Jika tidak dipupuk pada usia muda, lama-lama ia jadi lebih rumit untuk dibentuk. Peranan ibu bapa dan pendidik amat penting untuk memupuk kecekalan dalam diri anak pada usia muda.”

Shahzad Umar: Tidak mengapa jika anak gagal sekali

Shahzad Umar, Pengarah Eksekutif – Sumber Manusia, Nestlé (Malaysia) Berhad

“Anak harus digalakkan untuk menerokai minat dan membuat pilihan sendiri. Tidak mengapa jika gagal kerana setiap jatuh itu ada bangunnya. Mereka boleh mengambil pengajaran daripada kegagalan tersebut.”

Ben Ho: Ajar anak buat sesuatu perkara sampai habis

Ben Ho, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, Talentbank

“Saya sering menasihati pelajar, mereka perlu ada minda mesti-buat dan mesti-buat-sampai- habis. Golongan muda kini berbakat tapi tidak konsisten. Hal ini boleh menjejaskan perjalanan kerjaya mereka.”

Nina Othman: Beri peluang anak belajar erti susah sejak kecil

Nina Othman, Pengasas, Grow the Goose dan Borneo Cocoa

“Ibu bapa terlampau melindungi anak sehingga mereka tiada peluang belajar erti susah. Itu perkara paling penting untuk bina kecekalan. Tanpa kesusahan, hilang erti atau tujuan”

Jadi, bagaimana anda mahu memupuk ‘grit’ dalam diri anak anda sejak mereka kecil lagi? Barisan panel telah bersepakat bahawa..

Sukan adalah guru terbaik untuk memupuk ‘grit’ dalam diri anak

Menerusi Forum Grit Advantage MILO®, Datuk Dr Habibah menegaskan kepentingan keseimbangan akademik dan aktiviti kokurikulum anak-anak demi mencapai kejayaan masa hadapan. Ia selari dengan pendapat setiap 3 daripada 4 orang pendidik dalam Laporan Kecekalan Tangga Kejayaan MILO®.

Datuk Dr Habibah turut mengangkat sukan sebagai contoh terbaik yang dapat memupuk ‘grit’ di luar kelas. Ibu bapa harus menggalakkan anak bersukan pada usia muda. Bukan saja ia mendatangkan manfaat dari segi fizikal malah dapat memupuk nilai-nilai ‘grit’ dalam diri anak.

Barisan panel juga sependapat bahawa sukan adalah guru terbaik untuk memupuk ‘grit’ dalam diri anak. Nilai-nilai positif yang dipupuk menerusi sukan seperti azam, kesungguhan, usaha daya dan disiplin adalah asas utama kecekalan yang turut tertanam dalam minda, semangat dan sikap juara takkan gentar. Melalui sukan, anak anda akan lebih cekal pada masa depan.

Namun, pencapaian yang diperoleh menerusi sukan tidak berlaku sekelip mata. Perlukan hasil latihan, ketekunan dan usaha bertahun-tahun lamanya. Kesimpulannya, barisan panel bersetuju bahawa sukan adalah pelengkap akademik yang terbaik. Ia juga penting untuk menyokong perkembangan awal anak-anak.

Mari bersama-sama tanamkan ‘grit’ dalam diri anak-anak dengan bersukan mulai sekarang!

Untuk perbincangan penuh, anda boleh ikuti Forum Grit Advantage MILO® melalui penstriman di laman Facebook MILO® Malaysia.

Untuk maklumat tentang Laporan Kecekalan Tangga Kejayaan MILO® serta bagaimana sukan dapat membina kecekalan, layari https://www.milo.com.my/get-active/kecekalan-tangga- kejayaan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×