gaya hidup

Ini Dia Full Line-Up Untuk OOTW 2.0 Tahun Ni. Dengar Cerita Macam-Macam Aktiviti Ada. Dah Ready Belum?

1
SHARES

Festival muzik dan air terbesar di Malaysia, Out of The World Music Festival 2.0 (OOTW 2.0) telah mengumumkan bahawa festival kali ini akan diadakan selama 3 hari, pada 19 Januari 2024 hingga 21 Januari 2024 di Pangkalan KL, Sungai Besi.

Mesti anda tertanya-tanya full line-up bagi festival tahun ni dan apa kelainan yang dibawa di OOTW 2.0 kali ini kan?

Haaaa….Kalau nak tau kenalah baca sampai habis. Hehehe!

Women’s power!

Siapa cakap wanita lemah? OOTW 2.0 telah membuktikan yang wanita pun sama hebat dengan lelaki tau.

Untuk pengetahuan anda, OOTW 2.0 akan menampilkan persembahan dari barisan DJ wanita antarabangsa, serantau dan tempatan pada 19 Januari 2024 iaitu hari pertama festival OOTW 2.0 kali ini.

Anda akan dihiburkan oleh 50 aksi EDM Top Dunia iaitu, Nervo dari Australia yang berkongsi pentas dengan DJ No.1 Taiwan Cyndi dan salah seorang Dj Hip Hop terbaik Indonesia, Ramengvrl. Wow!

Bagi menghangatkan lagi festival ini, OOTW 2.0 juga menjemput Cherry Bomb, V-Gene dan Jerly Lee khas untuk anda. Ini baru betul Girl Powers!

Pentas The Splash juga merupakan salah satu faktor keseronokan yang ada, sebab mereka mengumpulkan 100 kumpulan Saturday Selects yang paling hebat di Kl yang terdiri dripada DJ terkenal tau.

Steve Aoki kembali lagi ke Malaysia untuk OOTW 2.0!

Hari pertama dah gempak, hari kedua mesti lah lagi gempak sebab Top 8 DJ terbaik Dunia, Steve Aoki akan perform kot. Bukan kaleng-kaleng!

Pada malam 20 Januari 2024, anda juga akan dihiburkan oleh DJ dari Indonesia’s award winning Weird Genius dan Superstar Malaysia dari Malaysia iaitu DJ Blink.

Pssttt….Dj pertama yang akan perform pada malam tu ialah Perry Kuan dan Bad MOB, dan apa yang min paling excited adalah persembahan dari SonaOne dan penyanyi Hip Hop popular Singapura, Alyph. Memang havoc lah cerita dia!

Terima kasih kepada penganjur Genesis Entertainment yang memberi peluang kepada anda semua untuk memulakan hari di pentas Splash dengan bermain inflatable water park terbesar di Malaysia sambil dihiburkan oleh beberapa DJ terbaik Malaysia.

DJ yang paling viral di dunia pun ada? Siapa?

OOTW 2.0 bakal melabuhkan tirainya pada 21 Januari 2023, dengan menampilkan DJ paling viral di dunia dengan kemahiran taknikalnya yang luar biasa iaitu James Hype. Fuhh!

James Hype akan mengambil alih pentas utama bersama DJ Inquisitive dari Singapura dengan membawakan elemet kejutan untuk persembahan mereka nanti tau. Kalau nak tau apa kena lah join OOTW 2.0 ni.

Tidak lupa juga, OOTW 2.0 turut menampilkan beberapa DJ tempatan terbaik iaitu, Rachel B, Nahsyk, Curzon dan DJ kegemaran ramai, Chuckies & Whackboi yang meraikan  ulang tahun ke 10 mereka sebagai pasangan hard dance duo.

Bagi siapa yang nak berhibur di pentas Splash tu, anda memang bernasib baik sebab anda pentas itu akan dihoskan oleh Pitt Club KL. Lain daripada yang lain ya!

Menurut penganjur festival ini, Genesis Entertainment, festival ini ibarat mimpi menjadi kenyataan sebab, kami berjaya menghimpunkan lebih dari 50 DJ yang bakat untuk menghiburkan pengungung OOTW 2.0 selama 3 hari.

Anda juga boleh menikmati pelbagai jenis makanan dan minuman dari seluruh dunia di kawasan pentas The Splash yang dibawakan oleh Tastefully MY, salah satu pengendali ekspo makanan terbesar di Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Out Of The World (@ootw.asia)

Aktiviti yang paling menarik di OOTW 2.0 untuk anda cuba ialah berseronok di taman air inflatable water park yang diiktiraf terbesar di Malaysia.

Selain itu, pihak penganjur juga berhasrat untuk meningkatkan sektor pelancongan negara dengan festival ini dengan menarik pelancong dan penduduk tempatan.

Cepat! Tunggu apa lagi klik SINI untuk dapatkan early bird tickets OOTW 2.0 atau ke laman web rasmi OOTW 2.0. Tiket terjual macam pisang goreng panas tau. Jangan cakap min tak bagi tahu ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×