Famili

Ini Baru Malaysia, Rupanya Rangkaian Restoran Perkhidmatan Segera Terkenal Di Malaysia Milik Dato’ Haji Azmir

78
SHARES

McDonald’s Malaysia telah beroperasi di negara ini selama 42 tahun, namun ramai yang tidak tahu bahawa sejak 2017, syarikat ini sepenuhnya dimiliki oleh orang Islam dan anak tempatan  apabila Dato’ Haji Azmir Jaafar mengambil alih melalui syarikat Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd.

Mungkin kita tertanya-tanya, apakah perbezaan apabila syarikat ini dimiliki oleh anak tempatan? Sebenarnya, banyak perubahan berlaku dan kita patut berbangga kerana anak tempatan seperti Dato’ Haji Azmir kini menerajui syarikat ini.

Anak FELDA kebanggaan Malaysia

Di sebalik kejayaan jenama besar ini, terdapat satu sosok penting yang menjadi teras kepada pembangunan syarikat ini di negara kita, iaitu Dato’ Haji Azmir Jaafar.

Memulakan kerjayanya sebagai Pengurus Pelatih restoran dan kemudiannya berjaya mencatat nama sebagai Pengarah Urusan termuda syarikat tersebut, bukanlah satu perjalanan yang mudah buat beliau.

Beliau yang berasal dari Felda Pasir Besar, Negeri Sembilan ini telah melalui pelbagai cabaran kehidupan sebagai anak peneroka dan kepayahan yang dilalui keluarganya adalah sebahagian daripada perjalanan hidupnya sebelum mencapai kejayaan yang membanggakan ini.

Bermula sebagai Pengurus Pelatih, dilantik sebagai Pengarah Urusan pada usia muda

Memulakan kerjayanya sebagai Pengurus Pelatih di McDonald’s Malaysia pada tahun 1993, Dato’ Haji Azmir menunjukkan prestasi yang cemerlang, sehingga beliau dilantik sebagai Pengarah Urusan pada usia 38 tahun, menjadikannya sebagai pengarah urusan termuda dalam sejarah McDonald’s Malaysia!

Lebih membanggakan, disebabkan prestasinya yang mengagumkan serta kejayaannya di pasaran Malaysia ketika itu telah menarik perhatian pengurusan kanan McDonald’s di pasaran lain untuk melantiknya sebagai Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pembangunan McDonald’s, di mana beliau telah berkhidmat di China dan di Timur Tengah. Hebat!

Semasa berkhidmat di China, Dato’ Haji Azmir Jaafar memperkenalkan banyak inovasi, termasuk pembukaan 500 McCafe dan lebih 250 restoran Pandu-Lalu, yang menyumbang kepada pembukaan lebih 1,100 restoran baru dalam tempoh lima tahun.

Di Timur Tengah pula, beliau memimpin 17 pasaran dan menjadikan McDonald’s popular di kalangan penduduk Arab. Kejayaan Dato’ Haji Azmir menunjukkan bahawa jenama ini berkembang pesat bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat global.

McDonald’s Malaysia syarikat 100% milik orang Islam

Setelah selesai menjalankan amanahnya di pentas dunia, Dato’ Haji Azmir kembali ke tanah air untuk sekali lagi menerajui McDonald’s Malaysia dan kali ini mengambil alih sepenuhnya restoran itu di Malaysia, menjadikannya syarikat milik 100% orang Islam. 

Untuk pengetahuan semua, nama ‘Mekdi’ juga adalah simbolik kepada komitmen syarikat ini kepada Malaysia, di samping menyediakan hidangan yang dekat di hati kita seperti Prosperity Burger, Bubur Mekdi, Ayam Goreng Mekdi dan lain-lain.

Kini, McDonald’s Malaysia memiliki lebih 370 restoran di seluruh negara, dengan 16,000 pekerja tempatan yang mana 100% adalah warga tempatan, di mana 90% daripadanya adalah orang Islam.

“Keluarga Mekdi, Keluarga Saya”

Hasil dorongan dari ayahnya iaitu Encik Jaafar Ahmad, anak Felda berkelulusan Ijazah Sarjana Muda, University of Georgia, Amerika Syarikat dalam Pengajian Pemakanan (Diet Klinikal) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di University of Bath, United Kingdom ini berhasrat menjadikan McDonald’s Malaysia lebih daripada sekadar restoran, tetapi sebagai platform untuk pembangunan bakat dan kerjaya.

Prihatin dan peduli terhadap kebajikan pekerjanya, McDonald’s Malaysia di bawah pimpinannya turut menawarkan peluang pendidikan dari sijil kemahiran vokasional hingga ke peringkat sarjana.

Bagi warga Mekdi, restoran ini bukan sekadar tempat bekerja, tetapi juga sebuah institusi yang memberikan peluang kerjaya untuk maju bersama.

Prihatin terhadap masyarakat

Dato’ Haji Azmir Jaafar menerapkan prinsip moral dalam kepimpinannya di McDonald’s Malaysia, di mana beliau memastikan restoran ini tidak hanya menyajikan hidangan istimewa tetapi juga memberi manfaat kepada komuniti.

Beliau juga turut menekankan kepentingan menjadi jiran prihatin di setiap lokasi operasi mereka melalui inisiatif ‘Program Komuniti @ McDonald’s & RMHC’ dengan melaksanakan lebih 19,000 aktiviti kemasyarakatan setiap tahun di seluruh negara.

Aktiviti tersebut termasuklah sambutan hari jadi anak yatim, Hari Bapa, dan Tahun Baru Cina bersama warga emas.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×