Famili

Ini Antara Inisiatif Kerja Amal Yang Coca-Cola Malaysia Buat Sempena Ramadan, Boleh Jadi Panduan!

1.4K
SHARES

Betapa seronoknya kita dapat sambut bulan Ramadan yang mulia pada tahun ini. Selain berpuasa, ramai yang akan fokus untuk menguatkan rohani dan menambah amal jariah di bulan ini.

Tidak hairanlah jika ramai yang mula mencari program kebajikan sempena Ramadan yang ada di Malaysia. Oleh itu, aktiviti amal yang dilakukan oleh Coca-Cola Malaysia ini boleh dijadikan sebagai teladan baik buat anda!

Coca-Cola Malaysia bekerjasama dengan Muslim Aid Malaysia, teruskan aktiviti amal di bulan Ramadan 2022

Bulan Ramadan ialah musim perayaan yang paling penting untuk diraikan di Malaysia. Dengan falsafah jenama Real Magic® atau Rasakan Keajaiban, Coca-Cola Malaysia mahu meraikan keajaiban saat bersama di bulan Ramadan.

Keajaiban itu sebenarnya ada di mana-mana, di setiap masa, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan. Malah, keajaiban itu lebih bermakna apabila dikongsi bersama yang tersayang dan komuniti di sekeliling kita. Terutama pada masa yang sukar.

Sejak tahun 2010, Coca-Cola Malaysia sudah membuat aktiviti amal bersama Muslim Aid Malaysia di bulan Ramadan. Demi berkongsikan kegembiraan bersama golongan kurang berkemampuan dan membantu mewujudkan masa depan yang lebih baik.

Apakah program kebajikan yang dibuat oleh Coca-Cola Malaysia bersama Muslim Aid Malaysia selama ini? Jawapannya adalah..

Program Fast2Feed diadakan setiap tahun, bantu mereka yang kurang berkemampuan

Setiap tahun Muslim Aid Malaysia akan meneruskan program kebajikannya, Fast2Feed di bulan Ramadan untuk bantu golongan kurang berkemampuan. Semua ini tidak akan berjaya tanpa sokongan berterusan daripada Coca-Cola Malaysia.

“Kami berterima kasih kepada Coca-Cola Malaysia atas dedikasi dan sokongan berterusan yang diberikan sejak 2010 lagi, agar kami dapat membantu lebih ramai komuniti yang kurang berkemampuan. Kami menggalakkan mana-mana individu atau syarikat korporat untuk menyokong kami dalam pelaksanaan program Fast2Feed bagi meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik, termasuklah anak-anak yatim dan keluarga miskin.”

-Habsah Marjuni, Ketua Pegawai Operasi, Muslim Aid Malaysia-

Antara aktiviti amal yang dibuat dalam program Fast2Feed tahun 2022

Apa kata kita lihat aktiviti amal yang dibuat dalam program Fast2Feed tahun 2022? Menarik juga. Anda boleh jadikannya sebagai rujukan untuk buat aktiviti amal bersama keluarga.

  • Hantar juadah berbuka puasa, hamper makanan dan duit raya.

Apakah benda paling penting di bulan Ramadan dan Syawal? Semestinya makanan dan duit raya bukan?

Bagi membawa kegembiraan sepanjang Ramadan, Coca-Cola Malaysia dan Muslim Aid Malaysia akan menghantar juadah berbuka puasa, hamper makanan dan duit raya kepada lebih 4,000 orang daripada komuniti yang memerlukan. Kerjasama yang mulia ini patut dipuji.

Bermula 3 hingga 27 April 2022, Coca-Cola Malaysia dan Muslim Aid Malaysia akan menziarahi 22 lokasi berbeza di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur, Johor, Terengganu, Pahang dan Kelantan sepanjang Ramadan.

  • Ajak beli pakaian raya baharu dan cantik belaka

Datuk Ameer Ali Mydin (kiri), Pengarah Urusan, Mydin dan Louis Balat Joseph (kanan), Ketua Pegawai Eksekutif, Singapura, Malaysia dan Brunei, Bottling Investments Group bawa 100 orang anak yatim dan kanak-kanan kurang berkemampuan buat persiapan raya di Mydin Seremban 2, Negeri Sembilan

Apabila tiba Hari Raya, sewajarnya kita gembira meraikannya. Golongan yang kurang berkemampuan juga pasti mahu meraikan Hari Raya seperti orang lain. Orang dewasa juga mahu seronok, apatah lagi kanak-kanak.

Oleh yang demikian, Coca-Cola Malaysia tidak berdiam diri, malah bekerjasama pula dengan MYDIN untuk bawa keseluruhan 200 orang anak-anak yatim di Seremban serta Tunjong berbelanja sempena persiapan untuk raya. Dapatlah mereka membeli-belah pakaian raya baharu!

“Mydin percaya rasa kekitaan yang wujud di dalam hati kita semua membolehkan semua pihak berganding bahu untuk menyokong inisiatif mulia ini bagi menggembirakan golongan kurang berkemampuan, dan ini bertepatan dengan kempen 2022 “Senyum Syawal” yang kami laksanakan. Mydin Prihatin CSR akan terus menghulurkan bantuan dan berharap kerjasama ini membawa kegembiraan kepada golongan komuniti kurang berkemampuan pada Aidilfitri ini.”

-Datuk Dr Ameer Ali, Pengarah Urusan, MYDIN-

  • Iftar bersama di masjid dengan juadah yang enak

Cuba kita memahami golongan yang memerlukan, lebih-lebih lagi anak yatim dan kanak-kanak kurang berkemampuan. Kadang-kala mereka sukar menikmati hidangan seharian sepuasnya.

Apa yang Coca-Cola Malaysia buat? Mereka pakat bersama Marrybrown untuk memberikan juadah yang enak dengan iftar bersama di masjid. Marrybrown akan menderma hidangan yang disukai ramai, iaitu MB Nasi Lemak. Juadah ini pasti akan buat golongan ini gembira menjamunya.

“Di Marrybrown, kami percaya hidangan yang disediakan adalah untuk dikongsi dan cara yang baik meraikan Ramadan adalah dengan berkumpul beramai-ramai sambil menikmati keenakan hidangan yang ada. Kami sangat bersyukur dapat turut serta menyajikan hidangan kami kepada mereka yang memerlukan.”

-Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif, Marrybrown-

Pada masa yang sama, Coca-Cola Malaysia turut bekerjasama dengan masjid – Masjid Enstek dan Masjid Salak Tinggi – tempat pekerjanya berbuka puasa bersama komuniti tempatan berhampiran kilang pembotolannya di Bandar Enstek.

Nikmati aneka promosi Coca-Cola Malaysia yang menarik sempena Ramadan

Sempena Ramadan, Coca-Cola Malaysia tidak ketinggalan untuk mengadakan beberapa promosi menarik. Anda tidak boleh lepaskan tawaran ini. Cara untuk nikmati promosi ini amat mudah.

Anda hanya perlu membeli minuman yang dinyatakan dalam promosi di kedai terpilih. Mudah bukan? Paling menarik, anda boleh dapat minuman percuma dan barangan edisi terhad. Sementara stok masih ada!

Untuk info lebih lanjut tentang promosi Coca-Cola Malaysia sempena Ramadan, anda boleh terus ke laman web https://ramadan.coca-cola.com.my/.

Berminat untuk membantu dalam program Fast2Feed Muslim Aid Malaysia? Layari http://muslimaid.org.my/fast2feed/ untuk info lebih lanjut.

Kami yakin sumbangan anda akan dapat memberikan keceriaan kepada seseorang di bulan Ramadan ini. Selamat menjalani ibadah puasa!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×