Hebahan

Ini Antara 5 Tempat Yang Wajib Dilawati Semasa Krismas & Tahun Baru Di Singapura!

27
SHARES

Klook ialah platform tempahan aktiviti pelancongan dan perkhidmatan global yang menawarkan lebih 60,000 aktiviti merentasi 250 destinasi utama. 

Ditubuhkan pada 2014, Klook memberikan pelancong kaedah yang lancar dan mudah untuk meneroka dan menempah tempat-tempat popular, lawatan tempatan, pas kereta api, alternatif tempat makan, pemindahan lapangan terbang dan pengalaman unik di seluruh dunia.

Berita baik untuk anda yang ingin melancong ke Singapura, Klook kini menawarkan pelbagai tawaran menarik di beberapa tarikan utama yang terdapat di Singapura sempena  musim Krismas dan Tahun Baru akan datang!

Untuk maklumat yang lebih lanjut, klik Klook Visit Singapore dan baca artikel ini hingga ke bawah kerana anda akan mendapat 10% kod promosi untuk menempah pengalaman di Singapura!

Berikut ialah tarikan-tarikan menarik di Singapura yang anda dan keluarga boleh lawati dengan tawaran eksklusif dari Klook!

1. Universal Studios Christmas

Jika anda pernah ke Universal Studios Singapore, anda mungkin mempunyai banyak pengalaman menyeronokkan yang  tak mungkin dilupakan.

Tetapi untuk kali ini, mulai sekarang sehingga 2 Januari 2023, seluruh taman tema akan memancarkan cahaya perayaan yang tidak akan dilupakan dengan watak-watak kegemaran semua dengan berpakaian Krismas semasa sesi meet and greet!

Terdapat juga sesi salji dan perarakan Krismas diikuti dengan persembahan sarkas yang menampilkan karakter-karakter kegemaran ramai seperti Santa, Jack Frost dan Minion!

Untuk anda yang suka menangkap gambar, Universal Studios Singapore juga memiliki tempat foto baharu yang sangat Instagram-worthy!

Dan yang paling penting sekali anda juga boleh ‘food hunting’ di sekitar taman untuk mendapatkan tawaran makanan Krismas edisi terhad.

Untuk maklumat lanjut tentang Universal Studios Singapore, anda boleh klik di sini.

2. Seasons of Bloom Di Gardens By the Bay

Gardens by the Bay mempamerkan paparan bunga terakhir sebagai meraikan ulang tahun ke-10 mereka. Season of Bloom ialah paparan bunga yang memberi penghormatan kepada pelbagai musim bunga yang telah dibawa oleh Flower Dome kepada pengunjung sepanjang sedekad yang lalu.

Anda juga boleh melihat bunga-bunga unik seperti Snapdragon untuk musim bunga, delphinium untuk musim panas, zinnia untuk musim luruh dan siklamen untuk musim sejuk. 

Untuk sambutan Krismas, Gardens by the Bay menyediakan rumah gua ais dan pokok krismas untuk anda nikmati pengalaman Krismas sebenar.

Selain itu, anda juga boleh berjalan menuju ke Avatar: The Experience, terletak di dalam Hutan Awan ikonik yang menakjubkan secara visual di Gardens by the Bay. 

Anda boleh menikmati pengalaman berdasarkan filem Avatar yang bersaiz sebenar, dengan penampilan yang sangat realistik dan terperinci yang memiliki kandungan yang menarik di seluruh lima zon berbeza.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh tekan sini.

3. Jumptopia: Festive Village

Jumptopia: Festive Village kini kembali dan lebih besar dari sebelumnya dengan merentasi ruang seluas 45,000 kaki persegi di Dewan C Ekspo Marina Bay Sands.

Daripada mega inflatables dan kawasan permainan kepada persembahan pentas, hidangan ringan yang menarik, pasar Krismas yang kecil, dan juga kawasan permainan “salji” dalaman, anda sekeluarga akan dapat bermain, berpesta, menyaksikan persembahan yang menakjubkan dan membeli-belah dalam satu tempat! 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Jumptopia: Festive Village.

4. Snow City

Walaupun salji tidak turun di negara-negara di asia tenggara, namun anda masih lagi boleh menikmati sambutan Hari Krismas dengan menikmati keseronokan musim sejuk di tengah bandar tropika, Singapura dengan aktiviti-aktiviti  bermain bola salji, melihat arca ais, melawat iglo dan banyak lagi di Snow City!

Terbuka kepada pelawat berumur 14 tahun dan keatas, anda juga boleh menikmati pengalaman  First Ever Sub-Zero Shooting Arena yang pertama di Singapura dengan tambahan Winter Shooting Arena untuk  pengalaman musim sejuk dan salji di Snow City.

Selain itu, anda juga boleh mengikuti lawatan ke Ice Hotel Gallery di Snow City. Tarikan terbaru ini mempunyai lima zon pemasangan seni ais dan salji tematik yang telah direka dengan teliti oleh veteran pengukir ais terkenal Singapura, Jeffrey Ng.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik Snow City Singapore.

5. Menikmati Malam Tahun Baru di Singapore Flyer

Nikmati panorama kota Singapura yang mengagumkan sambil sama-sama mengira countdown Tahun Baru 2023  bersama yang tersayang di Singapore Flyer.

Singapore Flyer juga telah bekerjasama dengan Singapore Biennale 2022, dimana ia akan diubah menjadi galeri untuk menyediakan pengalaman seni yang merangsang dan unik. Singapore Flyer x Singapore Biennale hanya tersedia untuk pemegang tiket Singapore Sling dan Champagne Premium dari sekarang hingga 19 Mac 2023. 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Singapore Flyer.

Gunakan kod MYHELLOSG untuk dapatkan 10% diskaun pengalaman ke Singapura dengan min. perbelanjaan RM100.

Jadi tunggu apa lagi? Jom layari laman sesawang Klook Travel dan Klook Visit Singapore dan nikmati tawaran-tawaran hangat pada harga yang terbaik sempena  Hari Krismas dan Tahun Baru akan datang!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×