Famili

Ini Antara 4 Kepentingan Sarapan Untuk Anak-Anak, Walaupun Belajar Dari Rumah!

3K
SHARES

Buat anda yang ada anak di rumah, mesti boleh relate dengan situasi pembelajaran dari rumah sekarang ni. Bukan mudah nak pastikan anak-anak sentiasa mengikuti kelas dan belajar dari rumah tanpa culas kan? Nak kejut tidur dah satu hal, lepastu pulak bila bangun lambat, dah tak sempat sarapan. Bila tak bersarapan, mood nak belajar pun dah hilang.

Lepas tu, bila lapar, mulalah makan jajan-jajan yang tak berkhasiat tu! Kalau anda nak tahu, sarapan yang bernutrisi sebenarnya dapat membekalkan tenaga dan membantu kita lebih fokus, terutamanya untuk anak-anak yang belajar dari rumah. Nak tahu sebabnya?

SARAPAN PAGI MEMBEKALKAN 25% KEPERLUAN TENAGA HARIAN

Freepik

Kalau anda nak tahu, mengikut Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2017, kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun memerlukan 1600 hingga 1900kcal setiap hari, bergantung kepada umur, jantina dan tahap aktiviti fizikal.

Jadi, amat penting untuk memastikan mereka bersarapan supaya mereka dapat tenaga yang cukup, sekaligus lebih fokus dan tak mudah mengantuk semasa belajar.

KURANG TERDEDAH KEPADA MASALAH OBESITI

Freepik

Mesti anda tertanya-tanya apa kaitan sarapan pagi dengan obesiti kan? Haa..apabila anak anda tak mengambil sarapan pagi, mereka akan cepat berasa lapar. Secara tak langsung mereka akan makan dengan berlebihan ketika waktu makan seterusnya, terutamanya kalau anak anda tidak aktif, yang akhirnya dalam jangka masa panjang akan meningkatkan risiko untuk menjadi obesiti.

Sebab tulah penting untuk anda berikan mereka sarapan yang berkhasiat dan lengkap dengan nutrisi, di samping memastikan mereka makan on-time dan teratur.

MOOD ANAK AKAN LEBIH TERJAGA

Freepik

Bila lapar, semuanya serba tak kena. Jangan tak tahu, perut yang kosong sangat mempengaruhi mood anak-anak tau! Masa tu, mulalah tak boleh duduk diam dan tak bagi perhatian ketika kelas berlangsung.

Oleh itu, seelok-eloknya anda pastikan anak-anak bersarapan dahulu sebelum memulakan kelas dengan padanan sarapan yang berkhasiat dengan secawan MILO® agar emosi mereka tidak terganggu sepanjang pembelajaran.

KANAK-KANAK YANG BERSARAPAN AKAN LEBIH SIHAT BERBANDING KANAK-KANAK YANG TAK BERSARAPAN

Premium Photo | Asian young mother with laptop teaching kid to learn or study online at home

Tabiat sarapan pagi bukan je mendorong anak-anak untuk mengamalkan makanan yang lengkap dengan segala nutrisi harian, malah ia dapat membuatkan tubuh lebih cergas dan meningkatkan daya ketahanan badan yang lebih tinggi. Tambah-tambah lagi kalau mereka bersarapan dengan makanan yang bernutrisi tinggi.

Manakala, kanak-kanak yang tak bersarapan pula sukar untuk memberi tumpuan dan akan cepat berasa letih. Ini bukan saja boleh menjejaskan mood, malah akan mengganggu pembelajaran mereka.

Yang lebih penting, tabiat sarapan pagi juga adalah penting dalam memberi tenaga kepada anak-anak untuk memulakan hari mereka dengan ceria dan bersemangat!

OLEH ITU, MULAKAN HARI ANAK-ANAK ANDA DENGAN SARAPAN PAGI YANG SIHAT BERSAMA SECAWAN MILO®!

 MILO®

MILO

Nak dapat idea sediakan sarapan simple yang boleh dipadankan dengan MILO®? Layarilah laman web MILO® untuk pelbagai inspirasi dan idea sarapan pagi!

Sarapan yang berkhasiat dipadankan dengan secawan MILO® setiap hari boleh membantu anak-anak kekal bertenaga!

Untuk pengetahuan anda, setiap cawan MILO® mengandungi 124kkal yang merupakan 6% daripada keperluan tenaga seseorang setiap hari (berdasarkan 2000kcal). Ia juga mengandungi kebaikan semula jadi barli malt, susu, koko, vitamin dan mineral penting dengan hanya ~1 sudu kecil gula tambahan (sukrosa) dalam setiap hidangan!

Nak lagi mudah, ibu-ibu boleh hidangkan anak-anak segelas MILO® UHT sejuk agar mereka sentiasa bersemangat dan dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya ketika belajar!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web MILO®. 

Bersama mempelajari kepentingan sarapan pagi dengan diet seimbang dan gaya hidup sihat!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×