Apabila individu itu usianya sudah mencecah 30’an, sudah pasti akan ada ‘bisikan’ masyarakat yang selalu bertanya dan ingin melihat diri anda berkahwin. Perkara ini sudah tentu membangkitkan rasa rimas dan dalam masa yang sama khuatir akan jodoh yang belum hadir.
Bak kata Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah melalui perkongsian beliau, jodoh itu Allah SWT yang tetapkan dan janganlah pernah merasa terlambat dan Dia lebih mengetahui insan yang tepat untuk menjadi milik anda. Justeru itu, ini tujuh pesanan beliau untuk orang yang masih bujang.
Baca juga: Ini Sebab Kenapa Isteri Suka Dipeluk, Bukan Sekadar Dahagakan Hubungan Seksual Semata Tapi…
7 PESANAN DATO’ FADZILAH KAMSAH KEPADA INDIVIDU BUJANG

Sekadar gambar hiasan: HelloDoktor.
Masih single? Ini 7 pesan Tok Abah untuk anda:
1. JANGAN SUKA BANDINGKAN DIRI DENGAN RAKAN YANG BERKAHWIN
Jangan merasa sendiri dan membanding-bandingkan dengan kawan kamu semua yang sudah berkeluarga. Jodoh bukan perlumbaan, maka tak perlu melihat mereka.
2. TETAP BUJANG SEHINGGA BERTEMU PASANGAN SEPERTI…
Tetap single sehingga kamu benar-benar telah jumpa seseorang yang matang dan bertanggungjawab untuk mencintai kamu dan keluarga kamu.
3. PILIH SESEORANG YANG BUKAN PEMALAS DALAM PERHUBUNGAN
Pilih seseorang yang sedar bahawa tiada tempat untuk bermalasan dalam sebuah perhubungan yang memerlukan komitmen.
4. PILIH PASANGAN YANG TIDAK HUKUM MASA LALU ANDA

Gambar hiasan: LightFieldStudios; iStock oleh Getty Images.
Pilih si dia yang tidak pernah menghukum masa lalumu. Seseorang yang menghargai kamu pada masa ini dan sentiasa ‘look forward’ untuk mencipta kehidupan terindah denganmu.
5. PILIH SI DIA YANG TELAH LIHAT SISI LEMAHMU
Pilihlah si dia yang telah melihat masa terburukmu, maksudnya pernah melihat kamu gagal dan hampir putus asa. Dia datang sebagai kekuatan dan sentiasa percaya dengan keupayaan kamu.
6. PILIH PASANGAN MELETAKKAN ALLAH SWT DI TEMPAT TERTINGGI
Pilihlah si dia yang sentiasa meletakkan Allah SWT di tempat tertinggi dan mendekatkan kamu denganNya.
7. PILIH SI DIA YANG TIDAK PERNAH PENAT DENGANMU
Pilihlah si dia yang tidak pernah merasa penat denganmu. Seseorang yang sentiasa ada sahaja idea untuk elak kamu merasa bosan dan buat sesuatu perkara menginspirasikan dan indah.
SENTIASA BERDOA & UBAH DIRI JADI INSAN YANG LEBIH BAIK

Sekadar gambar hiasan: PesonaPengantin.
Jodoh itu Allah telah tetapkan. Kita jangan pernah merasa terlambat kerana hidup ini penuh keindahan yang Allah telah bentangkan untuk kita.
Kadangkala, Allah sengaja menghilangkan jodoh kita dengan pasangan kita sebelum ini, hanya kerana Dia lebih mengetahui orang yang tepat untuk menjadi milik kamu.
Mulai hari ini, berdoalah dan ubah diri kamu untuk jadi insan yang lebih baik dan baik. Inn shaa Allah, ada calon yang baik pasti menghampiri dan mengetuk pintu hatimu untuk berumahtangga.
Terus berdoa ya.
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, moga ada jodohnya ya.