Deko & Hias

Ini 7 Perkara Menarik Yang Akan Jana Positif Vibes Dalam Diri Anda!

5.1K
SHARES

Untuk menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari, tidak dapat dinafikan positif vibes merupakan sesuatu yang amat diperlukan.

Ye la! Bukan mudah untuk menghadapi cabaran harian yang akan sentiasa berubah-ubah. Galakan diperlukan! Oleh itu, hari ni admin nak kongsi apa yang anda perlukan dan macam mana nak gain energy yang positif tu.

Kini Hari-Hari Anda Lebih Positif!

Sebenarnya mudah je untuk kita dapatkan positif vibes tu walaupun pada hari bekerja. Asalkan kita dekat dengan orang-orang yang positif dan mengatur gerak langkah dengan betul. InshaaAllah semuanya akan baik-baik sahaja.

Paling best, jika ada perkara atau benda yang boleh menginspirasikan kita. Pasti positif energy itu akan datang sendiri. Kita kan ada 7 hari dalam seminggu? Jadi admin nak share apa yang anda perlu ada dan bagaimana ianya akan memudahkan hari-hari anda.

Positiviti Kini Milik Anda!

  • Isnin

Admin yakin memang ramai yang rasa malas nak pergi kerja pada hari isnin. Rasa kejap je cuti. Maka terjadilah situasi yang kita panggil monday blues. Sebab tu la anda perlukan sesuatu yang boleh bagi kita semangat.

Positif thinking mug antara item yang harus anda miliki. Bukan apa, bila pagi anda suram. dengan secawan kopi mahupun teh disertakan pula dengan kata-kata positif, confirm semangat nak bekerja tu berkobar-kobar.

Kalau anda jenis yang tidak ambil sarapan pagi, pastikan anda ada woodsign atau lifestyle frame yang ada kata-kata hikmat. Walaupun, nampak kecil tapi effect daripada perkara-perkara positif ini sangat besar pada diri kita.

  • Selasa

Jika Isnin kita ada mug, Selasa kita ada beg tote pink. Kenapa beg tote pink? Mestilah sebab warnanya. Warna tu boleh membangkitkan mood. Warna pink mampu bangkitkan mood ceria.

Bukan semua orang berani menggayakan warna pink. Hanya mereka yang mempunyai confident level yang tinggi sahaja boleh tampil bergaya dengan warna ini.

Tambahan pulak, beg ini boleh digayakan dengan dua gaya. Nak galas boleh, nak pegang ala-ala mak datin pun boleh. Admin cadangkan jenama Himawari dekat S&J. Designnya tampak eksklusif dan menarik.

  • Rabu

Rabu ialah hari yang sangat busy ye. Selalunya pada masa inilah anda akan menerima kerja yang menimbun. Jangan stress dulu, ambik masa anda dan take a rap sebentar. Masa inilah anda singgah S&J dan cuci mata. Tapi jangan lupa untuk grab Marque Letter Light.

Untuk apa? Dengan adanya cahaya yang lembut dengan perkataan dan huruf yang simbolik dalam kehidupan anda, semuanya akan terlihat lebih baik. Bahkan, hari yang memenatkan juga boleh menjadi hari yang produktif. InshaaAllah positif energy akan menjadi milik anda.

  • Khamis

Saat fikiran kusut memikirkan kerja dan urusan rumah tangga, Scented Natural Apothecary sememangnya pilihan yang tepat untuk menenangkan diri anda. Bauan yang pelbagai dan lembut mampu merehatkan minda. Lantas, membuatkan tubuh badan kita lebih relax. Yang ni anda wajib cuba!

  • Jumaat

Yeay! Setelah seminggu bekerja inilah hari yang dinanti-nantikan. Inilah masa yang sesuai untuk anda manjakan diri dan beristirahat, betul tak?  Jadi, gunakan eye mask untuk pastikan tidur anda lebih nyenyak tanpa gangguan sebarang cahaya.

Kalau anda nak pergi short vacation, pastikan anda ada u shaped neck pillow. Nanti kalau terlena dalam kereta semasa suami memandu, tak la sakit leher tu. Bila dah lena, mood akan jadi lebih baik sebab minda kita dapat rehat yang mencukupi.

  • Sabtu

It’s party time! Masa ni la kita nak sambut hari lahir anak, ajak kawan-kawan buat reunion party, buat makan-makan dan jemput saudara datang rumah.

Jadi, make sure anda dah sediakan props untuk buat party anda jadi lebih meriah. Belon wajib ada, mungkin anda boleh tambah mask dan party popper untuk meriahkan lagi suasana. Awesome kan?

  • Ahad

Akhirnya… Inilah hari di mana kita betul-betul nak rehat daripada sebarang aktiviti. Nak habiskan masa untuk keluarga tercinta la katakan. Jadi, masa begini anda boleh main permainan yang leisure. Monkey game merupakan satu pilihan yang tepat.

Bukan sahaja dapat luangkan masa bersama keluarga tapi dalam masa yang sama kita akan dapat quality time bersama keluarga.

Macam mana nak dapatkan semua barangan ni? Semua peralatan ni, anda boleh dapatkan dekat S&J. Mereka ada pelbagai barangan lain yang menarik dan ianya keluaran ekslusif.

Untuk pengetahuan anda, bagi setiap pembelian anda boleh dapat wrapping service secara percuma. Cuma anda kena beli atau sediakan wrapping paper untuk mereka. Selain itu, bila anda berbelanja RM 20 ke atas, anda layak membeli eye mask dengan harga hanya RM 5.

Berikut adalah senarai cawangan mereka di seluruh Malaysia.

Website: S&J

Facebook: S&J

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×