Famili

Ingatkan Ular Masuk Rumah, Rupanya Ketam!

214
SHARES

Siapa yang tak takut kalau binatang berbisa seperti ular masuk ke dalam rumah bukan? Boleh undang maut, sebagai langkah selamat anda perlu memanggil pasukan penyelamat Bomba untuk mengusir keluar binatang sebegini. Namun, beza pula dengan kisah yang dikongsikan oleh suri rumah ini apabila dia mendapati ada bunyi pelik di dalam kabinet dapur dan disangka ular!

Baca juga: Tak Sengaja Runtuhkan Kabinet Dapur Mentua, Impian Jadi Menantu Idaman Musnah!

INGATKAN ULAR MASUK RUMAH

Disangkakan ular tetapi yang ditemui hanyalah ketam nipah!

Kejadian berlaku di Alor Star apabila seorang suri rumah bimbang dan panik settelah membuat panggilan kepada pihak bomba kira-kira jam 10 pagi Khamis. Hal ini kerana dia menyangkakan almari rak pinggannya dimasuki ular.

Ketua Balai Bomba Penyelamat Alor Setar, Ahmad Naufal Abdullah berkata, sebaik anggotanya tiba di rumah pengadu di Kuarters Pejabat Pos Alor Janggus, memang mereka terdengar bunyi seperti benda bergerak di dalam almari terbabit. Memang risau bila dengar bunyi-bunyi pelik dalam kawasan yang kita sendiri tidak nampak.

RUPA-RUPANYA KETAM…

Sumber: Awani

“Ketika pemeriksaan dilakukan, anggota bomba menjumpai seekor ketam nipah sedang bergerak mencari jalan keluar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Naufal berkata, hasil siasatan suri rumah terbabit tidak menyangka ketam yang baru dibeli di pasar pada pagi itu terlepas dari ikatan lalu memasuki almari itu melalui lubang belakang. Ketam itu kemudiannya diserahkan kepada suri rumah terbabit untuk dimasak.

Sumber: Awani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×