Sihat

Bukan Gatal & Kudis Biasa. Ini 7 Perkara Tentang Impetigo Yang Parents Kena Alert

5.9K
SHARES

“Eh, semalam merah-merah sikit je, hari ni nampak makin teruk pulak. Asyik nak gosok muka je dari tadi. Bahaya ke tak gatal-gatal ni?”

Kanak-kanak memang mudah terkena gatal-gatal dan kadang-kadang tu bekas yang kecil pun boleh luka dan merebak akibat kesan garu.

Biasanya kita anggap gatal-gatal dan kudis ni sesuatu yang sementara dan akan hilang tak lama lagi.

Tapi, ada sejenis jangkitan kulit iaitu impetigo yang biasa dijangkiti oleh kanak-kanak. Jangkitan ini boleh menyebabkan komplikasi lebih teruk seperti demam bersuhu tinggi. Malah, ia juga amat mudah merebak.

Tak ramai antara ibu bapa yang tahu tentang impetigo kerana tanda awalnya kelihatan seperti gatal-gatal biasa.

Jom ketahui lebih lanjut tentang impetigo pada kanak-kanak dan bayi.

7 Perkara Tentang Impetigo Pada Kanak-kanak Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

1. Apakah Impetigo?

Menurut portal MyHealth, impetigo adalah jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus atau Staphylococcus.

Bakteria tersebut boleh memasuki bahagian kulit yang rosak disebabkan perbuatan menggaru, luka atau lain-lain masalah kulit.

Ia biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak.

Ia juga mudah tersebar kepada orang lain.

kudis pada kanak kanak

Foto Kredit: MyHealth

2. Punca Impetigo

Impetigo biasanya bermula dengan gelembung-gelembung kecil dan akhirnya pecah dan mengeluarkan cecair.

Cecair tersebut akan kering dan kemudiannya menghasilkan kulit keras yang berwarna coklat kekuningan.

kudis pada kanak kanak impetigo

3. Tanda Impetigo

Impetigo selalu dilihat pada bahagian muka di sekeliling mulut dan hidung.

Bagaimanapun ia juga boleh terjadi pada bahagian lain badan terutamanya bahagian yang terdedah.

Beberapa tanda lain juga boleh dilihat berdasarkan jenis impetigo di bawah ini.

apakah impetigo

4. Jenis Impetigo

Terdapat 2 jenis impetigo iaitu:

i. Impetigo Non-bulosa

– menimbulkan kesan kemerahan pada kulit.

– walaupun tidak terasa sakit, ia sangat gatal dan akan membuat anak sering menggaru.

– kesan kemerahan ini lama-kelamaan akan mengering dan menjadi kuning kecoklatan.

– setelah sembuh, kerak kuning lazimnya akan hilang tanpa bekas.

ii. Impetigo Bulosa

– menimbulkan kesan melepuh yang berisi cecair jernih.

– lepuhan berisi cecair ini akan menjadi gelap dan keruh.

– pembengkakan kelenjar boleh berlaku di samping demam.

– lepuhan akan pecah dalam beberapa hari serta meninggalkan kerak berwarna kuning.

– awas kerana waktu pecahnya lepuhan tersebut adalah masa paling mudah impetigo terjangkit kepada orang lain melalui sentuhan fizikal.

5. Impetigo Mudah Berjangkit

Penyakit ini mudah merebak daripada satu bahagian badan je bahagian yang lain.

Ia juga boleh berjangkit kepada orang lain melalui beberapa cara, antaranya :

  • Bersentuhan badan dengan orang yang dijangkiti penyakit ini.
  • Berkongsi pakaian, tuala atau tempat tidur dengan orang yang dijangkiti.

www.pinterest.com

6. Komplikasi

Penyakit impetigo perlu diberi rawatan terutamanya pada bayi kerana penyakit ini mudah tersebar luas dan menjadi lebih teruk.

Jika impetigo tidak dirawat, kanak-kanak boleh mengalami:

  • Demam / Sepsis
  • Cellulitis
  • Osteomyelitis
  • Dalam kes yang lebih serius, jangkitan bakteria Streptococcus ini boleh membawa kepada penyakit buah pinggang yang serius dipanggil Glomerulonephritis.

Foto Kredit: rcemlearning.co.uk

7. Rawatan

Rawatan dengan ubat sapu mungkin diperlukan di samping pengambilan ubat antibiotik jika ia telah tersebar luas dan teruk.

Selain itu, langkah penjagaan di rumah adalah:

  • Basuh dengan cermat bahagian kulit yang keras dengan sabun / larutan antiseptik dan air 3 – 4 kali sehari.
  • Menahan diri daripada menggaru bahagian tersebut untuk mengelakkan ia merebak ke bahagian lain.
  • Elakkan anak daripada berkongsi tuala, pakaian dan cadar.
  • Basuh tangan dengan bersih menggunakan sabun dan air selepas bersentuhan dengan kulit yang dijangkiti.
  • Jangan biar anak ke sekolah atau pusat jagaan sehingga betul-betul sembuh.

Jangan Ambil Ringan

Utamakan kebersihan dan pastikan kuku anak sentiasa pendek dan bersih.

Jika gatal-gatal dan kerengsaan berlaku pada anak, beri perhatian dan dapatkan rawatan sekiranya ia tidak menunjukkan tanda akan berkurang.

Yang penting, pastikan ubat diambil mengikut preskripsi doktor ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×