Deko & Hias

Idea DIY Stor Luar Rumah Supaya Kemas & Terlindung. Senang Nak Simpan Barang

13.5K
SHARES
Diy stor luar rumah

Tempat simpanan barang atau stor adalah salah satu elemen penting dalam setiap rumah.

Dengan adanya tempat simpanan barang yang baik, barulah kita mudah nak mengorganisasikan barangan dan menjimatkan masa bila nak cari dan ambil untuk digunakan nanti.

Bagi yang dah tak ada ruang di dalam rumah, boleh cuba idea DIY stor di luar rumah yang dikongsikan oleh Syasya Safiyya menerusi Group Facebook Kelab Kaki D.I.Y ini.

Menurutnya, stor ni dah guna 2 tahun tapi memang tahan dan kukuh. Kalau orang lalu depan rumah pun, memang tak perasan yang ada stor dekat garaj tu.

Maksudnya ia terlindung dengan baik dan langsung tak menyakitkan mata.

Menarik kan?

Jom tengok perkongsian beliau selengkapnya di bawah.

Idea DIY Stor Luar Rumah Supaya Kemas & Terlindung

Ni stor kat rumah saya yang dibuat dekat garaj kereta.

Kalau orang lalu depan rumah, memang tak perasan langsung ada stor kat garaj tu.

Sebab bila dipandang dari laluan depan rumah, beginilah rupanya.

Ini pula rupa stor tu bila dilihat dari dekat

diy stor luar rumah

Setiap rak ni memang kukuh, kalau orang dewasa panjat duduk pun tak runtuh. Alhamdulillah dah 2 tahun dah guna stor ni.

[Baca juga : 10 Cara Hilangkan Bau Tandas Busuk, Kekal Segar Sepanjang Hari]

Jadi saya kongsikan sikit dekat sini cara suami DIY stor luar rumah ni kut-kut ada yang berkenan dan nak buat dekat rumah masing-masing.

Cara Buat Stor Luar Rumah

Langkah 1

Mula-mula ambil ukuran lebar dan tetapkan kedalaman yang sesuai.

Untuk tampung papan plywood tu, kami guna bracket aircond yang dibeli di kedai hardware.

1 pc tu harganya dalam RM7 saja.

Langkah 2

Bila dah setkan kedudukan tadi, lekatkan papan tepi tu.

Kami guna engsel macam dalam gambar di atas ni.

Diy stor luar rumah

Langkah 3

Kemudian buat pula pintunya dengan plywood yang dah dipotong mengikut saiz.

Pintu ni dilekatkan guna engsel juga.

Kalau rajin boleh tambah damper kabinet (hydraulic). Lagi senang nak buka and tutup nanti.

Langkah 4

Boleh tambahkan kunci sekali pada pintu tu supaya simpanan kita selamat. Lagipun sebab stor ni letak di luar kan.

Akhir sekali bolehlah cat ikut warna cat dinding rumah atau ikut warna apa yang kita suka.

Kami guna cat minyak. Tapi tak ingat dah cat jenama apa.

Beginilah hasil akhirnya.

Gambar stor dari pandangan hadapan.

diy stor luar rumah

Memang mudah kalau ada satu stor luar rumah macam ni. Bolehlah simpan barang-barang yang selama ni terdedah macam tu je kan.

Nampak kemas, nak ambil barang pun senang.

Terlindung elok je…

Yang penting, barang pun selamat sebab stor ni boleh dikunci.

Sekarang pun tengok dah ada orang buat tempahan untuk stor jenis macam ni. Kalau rajin dan ada masa, bolehlah buat sendiri. Puas hati!

Kalau nak tengok idea tempat simpan barang sekolah anak, boleh tengok artikel ini : Guna Rak Harga RM 9.99 Je Dah Boleh DIY Tempat Simpan Barang Sekolah Dengan Teratur!

Selamat ber-DIY!

*Cara DIY stor luar rumah ini dikongsikan oleh Syasya Safiyya menerusi Group Kelab Kaki D.I.Y di Facebook. Sebarang pertanyaan lanjut dan perbincangan mengenai DIY stor luar rumah ini bolehlah diajukan menerusi posting asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×