Famili

Ibubapa Jangan Halang Anak Jadi Aktif Dan Lasak Kerana Itu Tanda Bahawa Mereka Bijak!

519
SHARES

Setiap kali anak-anak bermain dan melompat sana sini, apa yang kita sebagai ibubapa buat adalah menengking mereka. Memang agak merimaskan kalau anak sepanjang masa buas kesana-kemari tetapi bila sampai waktu bermain, anda sepatutnya membiarkan mereka. Fit kids fit brains, itulah ayat yang perlu digunapakai oleh ibubapa supaya anda faham bahawa anak-anak yang aktif ini sebenarnya mempunyai otak yang bijak!

Fit kids, fit brains!

Mengikut kajian oleh Chaddock et al. (2014) yang diterbitkan dalam Journal Frontiers of Human Neuroscience, kanak-kanak yang mempunyai tahap kecerdasan fizikal yang tinggi cenderung memilki otak yang sihat & cerdas. Dipercayai juga bahawa aktiviti fizikal mampu meningkatkan “grey matters” di dalam otak dimana ianya mampu meningkatkan memori & kebijaksanaan. Ini adalah salah satu kajian dari banyak lagi kajian yang telah dibuat bagi mengaitkan kecerdasan fizikal & kecerdasan otak kanak-kanak (fit kids = fit brains).

Sebagai scientist dan researcher, saya memang suka baca article journal (sudah jadi habit). Tapi, sebagai seorang ibu, saya banyak gunakan “instinct” yang Allah kurniakan untuk mendidik anak-anak, provided ianya tidak melanggar hukum Allah & selari dengan suruhanNya.

Pernah dengar orang tua-tua berpesan yang budak yang tidak duduk diam ni anak yang bijak? Ya, orang tua-tua zaman dahulu sudah maju dalam menganalisis & berhipotesis berdasarkan pemerhatian. Cumanya tidak dibukukan atau dijadikan artikel saja, jika tak, dah lama nenek moyang kita akan di “qouted” dalam penulisan & modul-modul perkembangan awal kanak-kanak.

IBUBAPA KENA FAHAM DENGAN FIRTAH ANAK-ANAK SUKA BERMAIN

pixabay.com

Fitrah kanak-kanak adalah bermain, bergerak & tidak duduk diam. Mereka banyak tenaga, jadi dengan tidak duduk diam (lazim dilabelkan “buas/nakal”), tenaga yang banyak tu dapat dikeluarkan. Jadi, sebagai ibubapa, apakah peranan kita? Sepatutnya, kita bantu mereka salurkan tenaga mereka yang banyak tu ke arah yang lebih bermanfaat.

Contohnya, sediakan ruang mereka untuk melompat, memanjat, bergayut, berlari dan sebagainya. Beruntung jika rumah ada halaman atau ada ruang untuk beraktiviti diluar. Tapi, kalau rumah apartment seperti rumah kami yang tidak mempunyai halaman, adakah aktiviti fizikal anak-anak akan terbatas? Jadi, disinilah peranan ibubapa untuk mewujudkan ruang untuk anak-anak supaya dapat beraktiviti fizikal biarpun ruang rumah yang sempit.

my.theasianparent.com

Kalau kawan-kawan masih ingat, kami pernah sediakan ruang memanjat & pull-up bar untuk harraz bergayut; tapi sekarang kami dah mampu sediakan “hallway monkey bar” untuk kami sekeluarga bergayut. Alhamdulillah, berbekalkan modal RM100+, papa harraz DIY hallway monkey bar ni. Mulanya, mama teringin nak DIY brachiation bar, tapi memandangkan ruang rumah kami yang sempit, jadi papa pun usulkan idea ni. Yang penting jimat ruang & kami sekeluarga dapat memanfaatkan sepenuhnya monkey bar ni (mama pun dipaksa bergayut).

SEDIAKAN HALLWAY MONKEY BAR UNTUK ANAK-ANAK

Jadi, jika sebelum ini anak yang aktif & tidak duduk diam dilabelkan sebagai “buas & nakal”, apa kata kita ubah persepsi tersebut dengan memainkan peranan kita sebagai ibubapa. Biasanya, anak yang diberikan peluang & ruang oleh ibubapanya, mereka faham & tahu limit/had untuk beraktiviti. Contohnya, harraz faham yang mama tak suka dia berlari-lari di tempat yang tak sesuai & bahaya (di jalan, di rumah sedara mara, di kawasan public-shopping complex etc).

Dia juga faham dimana boleh memanjat & melompat sebab kami dah sediakan tempat sepatutnya kepada dia. Tapi, sebagai fitrah kanak-kanak yang suka bermain & bereksplorasi, seringkali juga harraz menduga tahap kesabaran mama & papa. Jadi, disinilah peranan mama & papa untuk sentiasa mengingati & ulangi “the dos & donts” kepada harraz setiap kali kami keluar. Insyallah jika kita terangkan dengan jelas secara berulang-ulang, anak-anak akan faham “guideline” kita.

Oh selain artikel di atas, Glenn Doman juga sangat menggalakkan anak-anak dilatih untuk fit sedari baby lagi. Ada langkah-langkah serta stimulasi yang di ajar sesuai dengan umur anak-anak dalam buku beliau “Fit baby, smart baby, your baby: from birth to age 6”.

Ok, lepas ni, jom kita galakkan anak kita aktif & melasak sesuai dengan keadaan & ruang. Dan ajarkan juga anak adab & rasa hormat kepada orang lain dengan tidak melasak di tempat yang tidak sepatutnya (ya, kami masih struggle bab ni )! Oh tak lupa juga semua pun yang kita usahakan bukanlah penentu kebijaksanaan & kesihatan anak-anak. Ianya hanyalah asbab, semua yang berlaku pun atas izinNya. By the way, seperti selalu yang saya pesankan, dont trust me & do your own research.

*Sepatutnya kecerdasan fizikal dan otak ni haruslah berpanjangan sehingga tua, so jomlah kita sama-sama melompat, bergayut dan berlari dengan anak-anak walaupun tiap-tiap kali disuruh papa, banyak betul alasan mama bagi. Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Shida Saari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×