0-6 Bulan

Ibubapa Boleh Rangsang Minda Bayi Dengan Memilih Alat Permainan Yang Betul. Ini 5 Tipsnya!

7
SHARES

Tahukah anda bahawa bukan semua jenis mainan sesuai untuk anak-anak berusia 18 bulan ke bawah? Untuk pengetahuan anda, alat permainan atau toys ini haruslah bersesuain dengan umur anak-anak supaya kejadian yang tidak diingini tidak berlaku. Antara kejadian yang mungkin berlaku adalah bayi akan memasukkan permainan di dalam mulut atau boleh mencederakan diri mereka sendiri. Jadi, untuk ibubapa inilah panduan untuk anda memilih permainan yang sesuai dan cara untuk melatih mereka jadi lebih fokus!

Permainan dan Perkembangan Bayi dan Kanak-kanak

Saya sangat suka hantar anak ke sekolah yang amalkan konsep belajar dan bermain. Sebab saya percaya bila anak-anak bermain dengan betul pada waktu yang betul, potensi pembelajaran anak-anak meningkat dengan cepat. Jadi harini kita cover mengenai permainan yang sesuai untuk bayi (0-18 bulan). Esok saya cover permainan yang sesuai untuk kanak-kanak.

http://www.eppgroup.eu/

Untuk bayi yang masih baru baring-baring belum boleh merangkak, permainan yang sesuai adalah permainan yang merangsang 5 deria:

1. Penglihatan (see)

2. Pendengaran (hear)

3. Deria rasa (taste)

4. Deria sentuhan (touch)

5. Deria bau (smell)

www.netmums.com

MACAM MANA NAK DIDIK BAYI JADI FOKUS?

Jadi untuk bayi fokus kan beli permainan yang colour-colour terang dan berwarna warni. Yang ada bunyi-bunyi. Cari jugak permainan yang bercermin untuk merangsang penglihatan bayi. So, next time beli mainan untuk baby, kena tanya adakah mainan merangsang 5 perkara ini?

www.shutterstock.com

Untuk bayi yang sudah merangkak (up to 18 months), kita tukarkan aktiviti kepada aktiviti yang merangsang koordinasi dan perkaitan.

Contoh :

1. Susun-susun ring

2. Asingkan mainan ikut bentuk (shape sorter)

3. Blocks

www.smithsonianmag.com

Sewaktu mandi, mandikan anak dalam kolam kecil, besen atau bathtub. Belikan bathtub toys: macam gayung, itik terapung, yang menyebabkan water splash, isi-isi dan tuang.

Waktu ini juga kenalkan anak dengan #language. Ajar ini apa, ini apa. Beli kan buku mengenai objek dan perkataan, Bila anak pegang sesuatu beritahu nama objek itu.

*Jadi, lepas ni dah tak blurkan nak ajar anak apa?

Sumber: Amalina Mohd Daud

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×