Dapur

Ibu Kongsi Resepi Mudah Bertih Padi, Anak Teruja Pertama Kali Cuba!

14
SHARES

Kebiasaannya, kita biasa melihat dan menikmati bertih jagung atau dikenali sebagai ‘popcorn’ yang selalu dibuat kudapan sewaktu menonton wayang di panggung wayang.

Namun, amat jarang pula menikmati bertih padi. Menurut Puan Yuziyana Yusop, bertih padi merupakan kudapan yang amat digemari oleh orang-orang dulu. Sampaikan anaknya pun pelik dan jakun melihat dia menggoreng padi menjadi bertih padi bukannya bertih jagung.

Baca juga: Ibu Kongsi Pengalaman Jaga Pemakanan Anak Speech Delay & 24 Idea Bekal Boleh Cuba

IBU KONGSI RESEPI MUDAH BERTIH PADI, ANAK TERUJA PERTAMA KALI CUBA!

Bertih padi.

Siapa biasa makan ni kita geng. Wangi. Kudapan orang dulu-dulu ni.

Bertih + kelapa putih + gula pasir. Rasa macam makan emping.

Kalau kawasan sawah baru lepas dibakar, try la cari bertih mesti jumpa. Nak puas makan, boleh goreng sendiri hehe.

Anak-anak sekarang pelik bila mamanya goreng padi jadi bertih. Terjakun la sekejap anak saya pun. Hahaha.

Edit:-

Siapa nak cuba buat, boleh cari padi di pet shop katanya ada jual. Sama je, tapi basuh sikit dan jemur dulu bagi kering baru buat ya. Guna padi tau bukan beras.

RESEPI BERTIH PADI!

BAHAN-BAHAN:

  • Bertih padi
  • Kelapa putih
  • Gula pasir perang

CARA-CARA:

1. Masukkan bertih padi di dalam kuali yang tanpa minyak.

2. Tutup kuali bersama api yang kecil untuk menunggu bertih-bertih padi meletus.

3. Apabila tiada lagi bunyi letupan daripada bertih, tutup api dan angkat.

4. Terhasil lah bertih padi apabila ianya seakan ‘popcorn’ bewarna putih kecoklatan.

5. Setelah itu, campurkan bertih padi bersama kelapa putih & gula pasir perang ke dalam pinggan.

6. Gaul rata sehingga sebati dan sedia untuk dimakan sebagai kudapan.

Selamat mencuba!

RUPANYA PELBAGAI GAYA DAN CARA ORANG-ORANG DULU MENIKMATI BERTIH PADI!

Melihat di ruangan komen pula, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi. Mereka berkongsi pelbagai pengalaman cerita menikmati bertih padi sewaktu membesar dulu yang kini, sudah jarang ditemui.

Menerusi balasan Puan Yuziyana di ruangan komen pula, rasa bertih padi lebih sedap berlemak dan tidak tawar daripada bertih jagung walaupun tanpa campuran apa-apa.

Sumber: Facebook Yuziyana Yusop via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×