Dapur

Ibu Kongsi Pengalaman Jaga Pemakanan Anak Speech Delay & 24 Idea Bekal Boleh Cuba

50
SHARES

Menyediakan bekalan makanan anak-anak ke sekolah bukanlah perkara yang mudah. Tambahan pula, anak yang jenis memilih makanan, mesti pening kepala mak ayah nak memikirkan menu setiap hari.

Namun, bukan buat ibu hebat ini iaitu Puan Nana Zaim. Kegigihan dia setiap hari menyediakan pelbagai idea makanan dengan kreatif untuk bekalan anaknya harus dicontohi sehingga berjaya menambat hati anaknya.

Baca juga: Sambal Belacan Lebih Jangan Buang, Boleh Buat Nasi Goreng Belacan Garing Mantap!

IBU KONGSI PENGALAMAN JAGA PEMAKANAN ANAK SPEECH DELAY & 24 IDEA BEKAL BOLEH CUBA

Gambar: Antara menu bekalan yang disediakan Puan Nana Zaim untuk anaknya bawa ke sekolah.

Saya edit sikit ya sebab ramai yang tanya beli mana acuan dan pencucuk buah. Boleh cari nama FRUIT PICKER & BREAD CUTTER ATAU BENTO. Yang hijau tu bukan petai tapi Edamame yang saya dah siap kopekkan untuk anak.

SUDAH BIASAKAN ANAK DENGAN BEKAL SEJAK TADIKA

Anak sulung saya darjah 1 tahun ni. Memang dari tadika dah dibekalkan dengan makanan dari rumah walaupun di tadika memang dah sediakan makanan.

Nampak banyak, tapi selalunya yang biskut belum buka tu akan bawak balik ke rumah. Awal-awal dulu saya silap, buka siap-siap dan bila balik dah lemau.

Jadinya, lesson learn. Kita jangann buka. Dah pesan dengan anak, kalau nak makan, guna gunting je. Alhamdulillah, anak pandai guna gunting.

ANAKNYA SPEECH DELAY SANGAT SUKAKAN BEKALAN YANG DISEDIAKAN!

Gambar: Di ruangan komen ramai menyangka yang hijau itu sebagai petai, sebenarnya ia adalah kekacang Edamame.

Anak saya speech delay. Alhamdulillah sekarang dah banyak improvement cuma masih belum berapa lancar nak bercakap.

Sebelum pergi sekolah dah siap-siap sarapan di rumah. Pernah bekalkan duit belanja, tapi duitnya hilang. Nak bagitahu kemana duitnya, masih belum pandai.

Jadinya, saya ambil inisiatif untuk tidak bekalkan duit belanja bagi mengurangkan kontroversi sebab tak nak susahkan cikgu nak kena siasat pula nanti.

Makan pun agak memilih. Jadi, mama agak risau keadaan dia dekat sekolah. Makanya, mama bekalkan makanan setiap hari tanpa gagal.

Awal-awal sekolah dulu, memang bekalkan macam-macam menu dan bertukar setiap hari. Tapi, bila dah masuk bulan ke 3 sekolah, anak request nak bawak roti je pergi sekolah sebab senang nak makan dan tangan tak kotor.

Hari-hari menu roti cuma, buahan-buahan dan side dish je bertukar.

Seronok bila balik sekolah anak akan cakap, ”Mama, harini roti Mickey Mouse, Yad suka. Mickey cute.” Gigih lah setiap hari mama bekalkan roti dengan pelbagai bentuk.

MARI LIHAT LAGI 22 IDEA BEKALAN YANG DISEDIAKAN IBU INI

1. PELBAGAI JENIS SUMBER MAKANAN DIBEKALKAN DALAM SEHARI

Gambar: Lihatlah! Sangat kreatif ibu ini menyediakan bekalan untuk anakya.

2. INI PULA BENTUK-BENTUK ROTI YANG BERJAYA MENAMBAT HATI SI ANAK

Gambar: Pelbagai bentuk roti ada dan yang paling menarik minat anak Puan Nana Zaim adalah rupa Mickey Mouse.

Gambar: Nak buat bentuk roti jadi lebih mudah dengan menggunakan ‘bread cutter/bento’.

DI RUANGAN KOMEN PELBAGAI REAKSI DITERIMA DARIPADA NETIZEN

Rasa ingin tahu netizen amatlah tinggi kerana pelbagai soalan diajukan, selain pujian yang diberikan kepada Puan Nana Zaim atas kesungguhannya menyediakan pelbagai idea dan sumber makanan untuk anak.

Sumber: Facebook Nana Zaim via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×